07 June 2011

Learn CPR .. You Can Do It !!!!

سم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم
ورحمة الله وبركاته

Sebelum-sebelum ni..
memang tak pandai sangat tentang CPR
(memang selama ni buat tak endah dengan semua tu)
Kebetulan baru-baru ni ada segmen macam mana nak lakukan CPR.
ada Tiga langkah yang senang je kita boleh lakukan untuk menyelamatkan mangsa

Langkah Pertama "CALL".
Check mangsa samaada mangsa bagi tindakbalas atau tidak.
if mangsa tidak memberi tindak balas atau tidak bernafas atau tidak bernafas secara normal, call 911. Dan if masa tu Ambulans tak datang lagi..haruslah kita membantu mangsa untuk bernafas.

Langkah Kedua "PUMP"
Make sure mangsa terbaring tempat yang rata. If mangsa tidak bernafas secara normal, batuk atau bergerak, mulakan menekan dada mangsa. Tekan ke bawah di tengah-tengah dada mangsa sebanyak 30 kali, once per second.

Langkah Ketiga "BLOW"
Picit hidung mangsa dan berikan nafas mulut ke mulut sebanyak 2 kali. once per second. Check mangsa, if tak sedar lagi.. ulang lagi langkah kedua dan ketiga.

jum kita tengok demonstration CPR daripada Pakar.
(harap dapat membantu)

video

~Untuk En Ninja
Balik umah ni .. nak pura-pura pengsan depan abang.
kikikiki (lari)

tata.

With The Greatest Love~
- cik meeko.

03 June 2011

Mungkin abang Tak Perasan ..

سم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Entry to my lovely 'abang'.
(aka.. watak sebelum ini my encik Ninja)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mungkin abang tak perasan,
abang mungkin bukan orang paling kacak kat di dunia..
sama juga macam saya... bukan Miss universe of the year,
Mungkin kadang-kadang abang terbuat salah dan dosa
tapi saya prefer to see your beauty within

Mungkin abang tak perasan,
abang tidak mungkin membaca Qur'an tanpa salah.
abang tidak mungkin dapat hafal semua surah
Tapi bila dengar abang baca, hati saya tenang dan lega.
mungkin disebabkan keikhlasan hati abang membaca.

Mungkin abang tak perasan,
abang tegur dan nasihat saya
saya faham, sebab saya pun ada kelemahan saya sendiri.
Namun kita saling memaafkan sesama kita. (kan?)
dan saya sentiasa menghormati abang.

Mungkin abang tak perasan,
abang menjadi lelaki yang dipilih Allah untuk saya
untuk menjadi pelindung saya.
dan untuk itu.. saya memberi hati saya..
kerana Allah.

Mungkin abang tak perasan,
abang takut akan Allah dan tidak pernah tinggal untuk berdoa kepadaNya.
abang suka Nabi dan selalu ingin cuba mencontohi Baginda.
abang selalu cuba sentiasa mempunyai wudhu'
dan menjadikan sunnah itu wajib.

Mungkin abang tak perasan,
abang suka sangat bila saya rajin.
kadang-kadang abang suka puji masakan saya.
tapi saya orang paling beruntung bila abang rajin
dan saya adalah orang gembira bila abang makan masakan saya.

Mungkin abang tak perasan,
abang selalu membaca Qur'an bila saya sedih
& selalu mengingatkan saya untuk membaca Al Qur'an
abang tak pernah mengganggu & menghalang saya
dan selalu mendekatkan cinta saya dengan nabi & Allah.

Mungkin abang tak perasan
abang selalu berkongsi rahsia & impian abang
kadang-kadang ketakutan abang.
InsyaAllah saya akan menjadi isteri abang & kawan baik abang,
comforter abang, recharge abang & wiper air mata abang.

Mungkin abang tak perasan
abang tetap panggil saya comel
walaupun masa tu saya paling comot di dunia.
abang tetap jadi Wiper air mata saya
walaupun abang tahu saya suka menagis.

My dear Abang..
I hope you know I’ll always need you
This girl will love you more than all her barang-barang dapurnya.
i love you more every day...
Thank you for bringing love into my love...

My abang.. My Encik Ninja.. My Imam..
in this life & the next.

♥ u soo much!!

tata.

With The Greatest Love~
- cik meeko.
(saya masih ingin gunakan nick ini)

08 March 2011

~It's Real Love

سم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

saya tak nak cakap banyak hari ni.
jUm tengok video ni.
Speechless!



Tabik "spring" 23 ganda dengan mamat ni.

~Untuk En Ninja
The best part of me was always you.

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

07 March 2011

~Gigi Sihat Senyuman Menawan

سم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sabtu Lepas.
Marathon "jumpa DR gigi" dengan En Ninja.
Seingat saya. dah berkurun saya tak jumpa Dr Gigi

En Ninja Sakit Gigi?
Tak La Gigi dia kuat lagi bersih menawan
Cik Meeko Sakit Gigi?
Saya pun tak sakit gigi.

Nape kami jumpa Dr Gigi?
Scalling gigi
Sebab gigi yang sihat, senyuman pun menawan.
(kononya nak cantik2 dalam gambar nanti)

Apa tu Scaling Gigi?
Scaling gigi ni untuk bersihkan karang dan plak dari permukaan gigi dengan satu alat yang bergetar dan mengeluarkan banyak air (en google). rasa ngilu-ngilu sikit, tapi tak sakit.

Plak tu apa pulak ?
selaput lembut pada gigi yang terbentuk pada permukaan gigi pada setiap hari. sisa-sisa makanan yang terselit di celah-celah gigi.

karang gigi?
Karang gigi terbentuk daripada sisa makanan yang melekat di permukaan gigi kerana tidak dibersihkan. Kemudian plak (sisa makanan) itu bercampur dengan air liur sehingga menjadi keras.

Selepas buat Scaling gigi ni.
kami berdua boleh senyum dengan menawan bila ada orang amik gambar kami berdua.

~Untuk En Ninja
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali

gigi awak tinggal dua pun..
saya tetap sayang awak!
lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

25 February 2011

~Keluar Rumah

سم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pagi-pagi.
Keluar simpang rumah.
ada "accident".
tiga buah kereta.

bisik hati saya -
"ni mesti keluar rumah tak baca doa keluar rumah"
tengok-tengok....
cina-india-cina.
Patutla!...

Nak buat peringatan unTuk DIRI Sendiri.
"jangan lupa baca doa masa nak keluar rumah.."
amalkan apa-apa bacaan pun..
al-fatihah pun dah cukup.
semoga semua urusan kita dipermudahkanNya....
amenn.

teringat doa yang En ninja ajar saya ;)




~Untuk En Ninja
Semoga Allah memudahkan segala urusan kita.
ameen.

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

28 January 2011

~Dia

سم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

dua hari lepas.
borak panjang dengan mak... Tetiba.

Mak : "dia dah tak macam dulu lagi....Tak nak makan . tak nak minum. baring je... mungkin dah sampai waktu"

Mak : "mak tak nak bgtau angah.angah mungkin tengah sibuk ngan keje"

mak : " Semalam mak mimpi arwah ajak mak dan dia gi umrah...tengah-tengah siap..capai barang sana. capai barang sini. mak kene tinggal. dia ngan arwah gi dulu.......mungkin arwah ajak dia balik......"

Semalam.
Mak : "dia dah ok sikit. ari ni mak tak kemana. Jaga dia je.

Mak : "Alhamdulillah, dah nak makan. dah nak minum.. "

Mak : "dah berbotol-botol dia minum air zam-zam.. dia suka".

dulu.
dia kuat..
buat itu. buat ini.
macam-macam dia nak buat kalau dia tengah sihat.

dulu.
dia rajin buat kuih.
untuk sang Penchenta hatiNya.
sebab Sang Penchenta suka makan.

dulu.
dia selalu membebel.
marah kalau kami buat salah.
marah kami kalau kami bising main pondok2.
itu pun sebab sang Penchenta hatinya tengah tido.

sekarang.
hmmmmm.......

Ya Allah
kuatkanlah hati kami untuk menerima ketentuanMu.

~Untuk En Ninja
Tolong saya.
carikan air zam-zam untuk dia.

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko