Daisypath Anniversary tickers

15 March 2012

~Hanya kerana sebutir ilmu

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"Berkorban apa saja..Harta ataupun nyawa.itulah kasih mesra. sejati dan mulia" bait-bait lagu Tan Sri P.Ramlee.Ringkas.Padat dan Penuh Makna.

Setiap hamba dambakan kebahagian. kesenangan. kemewahan.Demi mengejar semua itu, kita tidak dapat lari untuk melakukan pengorbanan samaada bentuk fizikal, material atau pun emosi. Sama jugalah macam En ninja saya. Berkorban demi kami sekeluarga. Hanya Kerana sebutir Ilmu.

Demi mengejar ilmu. Mengejar cita-cita.
Sanggup meredah hujan. Ribut. Petir berdentum.
tetap juga dia gagahkan diri demi sebutir ilmu.

Demi mengejar ilmu. Mengejar cita-cita.
korbankan masa bersama keluarga.
tetap juga dia kuatkan hati demi mengejar sekeping ilmu.

Demi mengejar ilmu. Mengejar cita-cita.
Sanggup lupakan sekejap lapar dan hausnya
tetap juga biarkan perut berkeroncong demi menimba sebaldi ilmu.

Demi mengejar ilmu. Mengejar cita-cita.
korban duitnya dan simpanannya
tetap juga dia berhabis demi membayar sebuku ilmu.

Demi mengejar ilmu. Mengejar cita-cita.
korban tenaga dan penatnya
tetap juga dia berlelah demi mencari segantang ilmu.

Demi masa depan keluarga kami. jiwanya tetap kental.Korban masa.Korban Minat.Korban Tenaga. Sanggup meredah tanpa keluh.Belum pernah saya nampak ada riak keluh dimukanya. Balik lewat malam macam mana pun.Mesti senyum dibibirnya dihadiahkan. Penat macam mana pun. Dia tetap ringankan tulang. Sejuk mengigil meredah malam.jiwanya tetap gagah.

Sebab itulah. Setiap doa saya. Semoga Allah kuatkan semangatnya.
Sebab itulah. Setiap masakan saya.Semoga Allah memberi keberkatan setiap suapannya.
Sebab itulah. Setiap basuhan pakaian. Semoga Allah memberi keselesaan kepadanya.
Sebab itulah. Setiap senyuman saya. Semoga Allah menghilangkan penatnya.
Sebab itulah. Setiap pelukan saya. Semoga Allah memberi rahmat kepadanya.

~Untuk En Ninja
Semoga setiap pengorbananmu mendapat redha NYA.
Semoga masa konvo nanti.. dapat bergambar dengan anak yang berderet deret deret deret. ops!.hihihi

tata.

With The Greatest Love~
-chenta hati En Ninja