Daisypath Anniversary tickers

10 March 2010

~Baraka Allahu Lakuma

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


semalam.
anak murid saya
menyanyi-nyanyi dalam kelas..
"lagu untuk miss ni. semoga miss berdua diberkati Allah".
(eh budak-budak ni...)

jum kita layan apa lagu tu...



ok gak kan lagu ni.

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko-

09 March 2010

~Tarik Tali Sukan Profesional?

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“eh mana en ninja?..”
cik meeko :dia ada training… tak dapat nk teman..
“training apa ?..”
cik meeko : tarik tali.
“tarik tali?..” sambil muka blur blur…

Dulu.masa Mula-mula pun.
cik meeko blur blur jugak…
musykil jugak... tapi layankan je...
(bukan ke maen tarik tali acara utama dalam acara sukanneka)

kadang-kadang tak faham….
Hanya kerana seutas tali….
Kene berdiet la..
maen sampai baring2 atas tanah..
Kene exercise la .. sampai 3 x dalam seminggu
(hadoiiii.. kurang la masa berdating cik meeko~)

"ngat maen tarik tali ni.. macam permainan kampung ek?sukan family day ek?"
"kalo larat mai r join traning nak tngok tahan tau x"
(sumber: en ninja)

cik meeko pun buat2 faham apa yang en ninja juangkan..
(dalam erti kata lain.. cik meeko menyokong apa saja yang dilakukan oleh en ninja)

mula la saya mencari-cari maklumat di internet..
untuk mengubah persepsi awal saya..
(maen tarik tali.. permainan sukanneka)

menurut sumber yang dipercayai.

~Apa itu Tarik tali?
Pertandingan melibatkan dua regu, dengan 5 atau lebih peserta.
Dua regu bertanding dari dua sisi berlawanan dan semua peserta
memegang erat seutas tali. Di tengah-tengah terdapat garisan.
Masing-masing regu berupaya menarik tali sekuat mungkin agar regu yang berlawanan melepasi garis batasan. Regu yang melepasi garis batasan dikira kalah.

Peraturan Talik Tali
1. tidak dibenarkan memakai kasut
(tak tahu nape tak leh pakai kasut..?)

2. berat timbangan keseluruhan lapan orang peserta
tidak boleh melebihi 640kg.itu pun bergantung kepada pengajur...
(patut la sungguh2 bergotong royong berdiet)

3. PENGANJUR atau PETUGAS yang menganjur perlawanan ini tidak bertanggungjawab dan terikat kepada sebarang TUNTUTAN ganti rugi jika berlaku KECEDERAAN, KEMALANGAN, KEMATIAN atau KEHILANGAN HARTA BENDA yang menimpah peserta-peserta SEBELUM, SEMASA atau SELEPAS acara Tarik Tali ini dijalankan.
(saya tak suka statement ni.. ~ nampak macam berbahaya sangat permainan ni..)

sebenarnya banyak juga peraturan2 nye.... saya cuma copy paste yang menarik untuk dikongsi.

Macammana nak maen?
1. Angkat Tali.
2. Tegangkan Tali
3. Sedia.
4.tiupan wisel dibunyikan..
5. maka bermula la acara tarik menarik belaku...
6. selesai apabila salah satu pasukan melepasi garis batasan pihak lawan.

apa motto tarik tali~
Taktik permainan terletak pada penempatan pemain, kekuatan tarik dan pertahanan tumpuan kaki di tanah. Pada umumnya pemain dengan kekuatan paling kuat ditempatkan di hujung tali, untuk menahan hujung tali ketika bertahan atau menghentak pada saat penarikan.

haa
sapa kata tarik tali ni sukan kampung?..
sukan profesional la..

dah macam2 pertandingan diadakan kat malaysia ni..
Open Tarik tali...USIM pun pernah anjurkan Open tarik Tali.
Polis Di raja pun ada anjurkan....
Sukan Antara Universiti pun ada jugak ..

Last year..
antara pertandingan yang en ninja ikut..
1. Sukan staf UM - dapat number 2
(ni time mula2 nk bibit-bibit cinta)

2. Sukan intervarsiti - dapat number 3
(seminggu en ninja di terengganu~~ cik meeko weng-weng sekejap)

3. Open USIM 2009~ tak silap dapt no 6...
(en ninja seronok sangat walaupun dapat no 6....)

4. tarik tali di ukm ~ ~ tak ada nombor..
(hehehe)

untuk en ninja.
walaupun awak kata..
"sy nk join diaorang training je.. tak kisah dapat maen ke idak.."
saya tahu awak mesti tgh sungguh-sungguh berlatih..
apa pun.. hati-hati ek.

esok lusa cik meeko nk update cerita futsal en ninja.

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko-

05 March 2010

~Bila en Ninja tiada di Sisi

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bila En ninja tiada di sisi~
~bila pagi..
1. tak boleh buat panggilan ~"Bangun! Bangun!"..
(silap2 hari bulan.. kene bambu)
2. tak bole buat omelet kesukaannya~
3. tak bole sms ~" dah sampai opis"..
4. tak bole sms ingtkan dia tentang sesuatu.. ~" jangan lupa itu.. jangan lupa ini"

~bila tengahari..
1. tak boleh sms ~"dah makan?.."

~bila petang...
1. tak singgah ke mana-mana lagi.. ~ terus balik umah
2. tak boleh sms ~ "dah sampai uma.. nk mandi n solat sat"
3. tak boleh sms ~" dah sampai uma?.. bawa moto elok-elok ek"

~bila malam
1. tak ada sms sepanjang malam....
2. tak ada makan malam sama-sama..
(dah 2 kg turun ni.. dek kempen mogok ini)
3. tak ada gurau manja lagi...
3. tak ada panggilan untuk tido ~ "gud nite s**"

inilah antara kebiasaan-kebiasaan cik meeko buat setiap hari
sebelum en ninja ada dengan saya...
serius!.. cik meeko sangat rindu dengan kebiasaan cik meeko~
saya sangat2 rindu en Ninja saya!

kepada en ninja~
"saya minta ampun dan maaf. saya betul2 minta maaf. "

(pak unggu sangat rindu sama kamu!)


en ninja.
dunia akhirat!.

i love u


tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko-

19 February 2010

~Kesungguhan dalam kehidupan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

kata mak saya
"nk buat sesuatu tu... kene yakin..
sungguh-sungguh. InsyaAllah.. apa yang dihajat
kita dapat.InsyaAllah"

saya masih ingat cerita mak..
"dulu-dulu..mak dengan ayah tak berduit....
orang susah. masa mula-mula kahwin dulu.. mana ada moto.
mak meniaga junjung kain turun naik bas.
jalan kaki.. meniaga pasar malam. angin ribut hujan ..
semua mak dengan ayah tempuh. Alhamdulillah.. sekarang ni..
anak-anak dah boleh hidup senang,, semuanya berkat sungguh-sungguh
dan keyakinan mak dengan ayah"..
(lebih kurang la dialog mak setiap kali cik meeko merungut tentang sesuatu)

Pernah ke cik meeko bersungguh-sungguh dalam sesuatu hal?.
1.Bila Dengan Family
Alhamdulillah, I’m still given full commitment to my family.
I always want to make my family’s happy and get closer to my family…

2.Time Belajar
Masa sekolah dulu… saya maen-maen.. tapi bila time exam je.saya bersungguh-sunguh mengulangkaji... ~(ada juga sunguh-sungguh tu)
Bila masuk universiti.. saya sangat bersungguh-sungguh belajar.. (ye ke?.. .)
Actually saya sangat bersungguh bila time ulangkaji.. suka buat nota banyak-banyak .
(yana suka cilok nota saya.. heh)

3.Bila saya Bekerja
Saya sangat bersungguh-sungguh dengan kerja saya. Saya akan pastikan semua kerja saya siap.Sekarang ni pun, saya sangat committed dengan kerja saya.. Cuma kadang-kadang bila ada orang main politik kerja… membuatkan saya terfikir…
“kerja sungguh-sungguh pun .. tak ke mana…”.. tapi saya tetap yakin.. jika kita sungguh-sungguh.. ikhlas…InsyaAllah..berbaloi..

4.Bila saya mengajar
Saya sangat bersungguh-sungguh mengajar anak-anak murid saya supaya faham apa yang saya ajar.. kalo yang tak faham tu… saya ketuk je.. (huhuhu.. suka ati je ek nk ketuk-ketuk anak orang)

5.Bila Dengan Kawan-kawan.
Alhamdulilah, saya akan sungguh-sungguh membantu bila kawan-kawan saya susah.
Mak saya kata “.. kita buat baik pada orang.. jangan harap orang tu baik pada kita.. tapi InsyaAllah, satu ari bila kita susah… orang lain akan baik pada kita”.

6.Bila bercinta,
Hmmmmm..ni kene tanya en Ninja..
Untuk en ninja~
insya-Allah .. dunia Akhirat ~…..(~.o)/

hmm.. pernah tak korang bersungguh-sungguh dalam sesuatu hal?..
apa-apapun.. InsyaAllah saya akan ingat pesan mak~
"nk buat sesuatu tu... kene yakin..
sungguh-sungguh. InsyaAllah.. apa yang dihajat
kita dapat.InsyaAllah"

i love u mak!

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko-

17 February 2010

~Hobi Baru Dia

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hujung Minggu lepas cik meeko cuti panjang~~~~
(tak la panjang mana pun..... 4 hari je pun)
sebelum tu cik meeko n en ninja nk amik kesempatan ini..
~~~Selamat tahun Baru Cina~~~~
(walau rupa cik meeko macam amoi.. tapi cik meeko melayu celup ~ glurps)

cuti panjang yang berapa panjang ini~~~
macam-macam aktiviti cik meeko buat sepanjang ujung minggu ~

cik meeko sempat temankan en Ninja yang tgh rajin bertukang.
(en ninja sibuk menampal jubin umah sewa)
cik meeko sempat la menolong en ninja~~~
tolong tengok!..
(tolong jugakkan.. bagi semangat konon~~ huhuhu)


cik meeko sempat menyinggah ke kampung..
jenguk mak ayah.
(Alhamdulilah orang tua saya sihat walafiat)
jenguk nenek ngan atok yang makin uzur
(sempat juga cik meeko manja2kan atok n nenek)

cik meeko sempat meneman en ninja dengan hobi barunya~
aduhai~~~~~... layankan je aksi pelumba profesional ini~
(ANAK2 KECIL~JANGAN TIRU AKSI INI DI RUMAH YA!.. BAHAYA!~)

Go go go go !!!! ~


lately.. inilah hobi baru dia..
cik meeko layankan je perangai baru dia ni..
sabtu lepas ~~~ di SERDANG...
(sambil cik meeko berurut kaki~ en ninja ngan hobinya)

isnin lepas ~~~ DI Melaka
kata En Ninja~ "Tak besh la trek ni.. tempat budak2"
eleh!... tempat budak2 konon~ maen sampai cik meeko tak leh minum
coconut shake.. sob sob.

selasa lepas ~~~ DI SHah Alam..
kata En Ninja ~~~ "boleh rekemen ngan group ninja go-cart"
ni satu hal.. sejak bila la ada persatuan ninjago-cart ni!..

hmmm.. ini lah cerita perangai baru en ninja.
cik meeko pun mula meng 'seaching' cete-cete go-cart ni..

rupa2nya go-cart ni dah lama bertapak di Malaysia..
and ada pelumba-pelumba yang profesional lahir dari go-cart ni.
pastu kalo nk ada go-cart sendiri pun boleh..
macam2 aksesori dijual ..dari Kart Chassis(apa kah benda ini~ saya pun tak tahu)
sampai la race tyres .. macam2 jenis ada..
ada model enjin 80 cc .. 100 cc..
go cart jenis single set ..
go cart couple set pun ada
(satu ari nanti saya nk ajak en ninja bawa saya naik go-cart ini)

pada sesiapa yang nak layan cete2 go-cart di Shah Alam~
http://www.citykarting.com/updates.htm

cik meeko rekemen go cart shah alam~
sebabnya~
1. Keselamatan.. InsyaAllah Terjamin..
2. Tempat duduk Penonton disediakan amat selesa
(boleh la cik meeko duduk2 makan cekedis)
3. murah?.. boleh la.. RM 35 untuk 10 minit.. itu pun untuk 80 CC
kalo 100 cc ~ 80 hinggit .. amik ko!.. mahal~~ tapi sangat la puas ati~.

erm.. tiba2 terlebih lak cete cik meeko tentang hobi barunya en Ninja~..
dah dah. full stop!

iklan jap!.
pesanan untuk en Ninja~
walaupun cik meeko melayan kamu dengan hobi baru kamu ini~
tapi!!! ati2 di jalan raya ek~
naik moto ke / naik kete ke / naik go-cart ke / Apa2 je kenderaan yang bergerak
hati hati~ Ingatlah orang tersayang..


tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko-

18 January 2010

~Happy birthday my besh buddy.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

I wish ....
Tahun ni better than all other year for you...
I wish ...
for your success in everything that you choose to do..
I wish ...
you will be great Mummy for ammaR~
I wish ...
you will be great Mrs Muhklis~
I wish ..
for your happiness~...
Happy birthday to My besh friend~..
Puan Nor Liyana Mohd Shuib

almost ten years kita berkawan...
and rasanya macam-macam kita dah lalui dalam masa 10 tahun ni...
cuci mata di cafe N24.. jatuh motor. gonjeng-gonjeng' after exam.
~merempit 3 orang satu motor!.... karoeke...fuh!..
and sampai sekarang... kita macam berkawan..
cuma tk buat aktiviti lama~.. kuang-kuang.

untuk Puan Nor Liyana Mohd Shuib ..
Selamat hari Lahir ke dua puluh *****
tak ada hadiah yang special untuk kamu kali ini..
cuma apa yang boleh cik meeko bagi...
our friendship!.. and u always be my besh Friend (~.o)/


p.s : oNe day .. kita hang out sama-sama!.. buat aktiviti-aktiviti
bujang~... No en Ninja.. no En Mukhlis!..ammar? Ayahnye kan ada.... huhu.

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko-

03 January 2010

~Selamat Tahun BAru 2010

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangt..
"Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu..
"Bila mak minta kita pulang,kita jawab kita belum lapang...
"Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum sudah..

"Bila hati kita terguris, kita kata..."Mak memang tak pernah faham"
"Bila hati kita terguris, kita kata.." Ayah memang tak ambil kisah"...
Tetapi....
"Bila hati mak kita guris, mak kata ..."tak apa, dia masih muda"
"Bila hati ayah kita guris, ayah kata.."Tak mengapa, belum sampai akalnya"

~~~~~~~petikan dari DIARI SuFi~~~...

terus terpikat!...then cik meeko beli buku ni..
salah satu azam tahun ni... koleksi buku
(walaupun ini azam tahun lepass..~ carry forward azam tahun ni.)

eh bersawang sungguh blog cik meeko ni..
lama sangat tak diupdatenya.
InsyaAllah.. azam tahun ni.
no ~sawang2 lagi.
InsyaAllah.

n wish list for Year 2010!

~ my happy Mom3nT~
InsyaALLAH!... ameennn


~Selamat TahUn Baru =) ~

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko-