Daisypath Anniversary tickers

03 December 2010

~ Jangan Jadi Budak Nakal

سم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


satu hari.
ada budak nakal mengadu kesakitan kepada saya.
" adoiiiii. sakit... sakiiiiit"(sikit lagi nak menagisnye tu..)
ish... macam nak neno neno ke hospital je masa dengar budak nakal mengadu kesakitan.





Penyebabnya


.......................................................................
................................................................
.........................................................
..................................................
............................................
.....................................
...............................
...........................
....................
...
...
...
...
..
..
..
..
..
..
..
.
.
.
.

PAINTBALL DI TENGAHARI PANAS TERIK~



disebabkan benda ini juga.
jari budak nakal sakit sampai sekarang....
hishhh =(


~Untuk En Ninja
jangan jadi seperti budak nakal tu tau

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

02 December 2010

~harry potter and the deathly hallows - Part 1

سم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

harry potter and the deathly hallows - Part 1

semalam.
saya merengek-rengek (gedik semut.. getis!)
nak tengok movie ni....
kebetulan semalam hari rabu. RM 6 saja.
maka En ninja pun melayan getis saya. (heheheehh i loveeeeeeeeee u)

sipnopsis cerita.
harry potter n the geng bermati-matian untuk selamatkan dunia sihir daripada lord voldemort.. (memang dari dulu pun kan.. si harry potter ni bermusuh dengan voldemort ni)... nak jadikan cerita ramai la yang mati untuk selamatkan harry potter. Sebabnya si voldemort ni anti gila dengan si harry potter ni. kononnya dalam ramalan, Harry and the geng tahu apa benda yang boleh musnahkan voldomert.tu yang voldomert suka-suka je arahkan konco-konconya tangkap harry potter and geng.

Bintang:
4 bintang ****

Komen:
tak banyak sangat aksi macam movie harry potter sebelum ni..banyak memainkan jiwa perasaan. (Harry potter macam tekanan perasaan sebab ramai yang berkorban untuk dia)

moral of the story :-
friendship between Hermione Granger, harry potter and Ron Weasley sangat besh.take care each other. (tetiba teringat donat.yana and iza. Windu korang la-- sila abaikan sesi emosi yang tetiba ini)

saya suka :-
character doby~... sangat comel character doby....


ada sambungan nye dalam part two. Sesiapa yang bercadang nak tengok part Two.. kene tengok harry potter and the deathly hallows - Part 1.
and enJoy The movie for those yang nak tengok.

~Untuk En Ninja
tak sabar nak tunggu part 2 pulak.
nanti kita tengok ek. hihihi (getis lagi)
Thanks.

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

29 November 2010

~ En Ninja & the askar's

سم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tajuk Cerita : ~ En Ninja & the askar's
Tempat Kejadian : MAHA international 2010.
Tugasan hujung Minggu.. bawa askar n the geng jalan-jalan..

misi bermula.
~the orchid!..
sangat-sangat teruja bila tengok orkid yang dijual~.
bak kata en ninja "tak payah bawa g cameron lagi".

~white sheep of the family
ada macam-macam binatang selain biri-biri.
ada lembu 'gagah perkasa' ada lembu 'rambut kerinting'
kerbau 'murrah'......

~Nana n the orchid~
Nana. salah seorang askar yang ikut kami berjalan-jalan..
posing macam kene paksa amik gambar..hehe

~En Ninja n the 'Askar... rabbit time.
Rabbit Time.. En ninja melayan askar-askar.
bagi rabbit makan. tapi semua tak mau makan..sebab dah kenyang.

~Maisara N En Ninja
Puteri lilin En Ninja's

dari kul 10 pagi sampi ke 1 tengahari.
setengah je pameran yang dapat kami singgah..
sangat penat~..tapi besh n happening.

misi tamat.

~Untuk En Ninja
nasib baik ada askar n the geng~.
i love u little askar n the geng..
and u too my En ninja's.

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

22 November 2010

~Projek Menjahit Di Hujung Minggu [edisi 1]

سم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

***************Sinopsis********************
Pengarah Projek : En Ninja
Penganjur : En Ninja & Cik Meeko
Setiausaha : Cik Meeko
Pengukur : En Ninja
Tukang Jahit : Adik & Cik Meeko
Tukang Pasang : En Ninja & Cik Meeko & intAn
Penghias Dalaman : En Ninja
Penasihat Utama : En Ninja
Tempoh : 48 jam
*******************************************

Minggu lepas .. Raya AidilAdha
(selamat Hari Raya Aidiladha kepada muslim muslimat)
Dengan semangat bekobar-kobar ....
kami berjaya siapkan 'Projek Menjahit' kami.
alkisahnya..sebelum ni ..cik meeko sangat amator dalam menjahit butang tertanggal.kelim baju tercabut.seluar koyak.
Maka dengan berbekalkan ilmu menjahit butang tertanggal, seluar koyak dan sewaktu dengan nya dan semangat & dorangan yang berkobar-kobar dari En Ninja....cik meeko berusaha menyiapkan 'Projek Menjahit' kami dari A hingga Z.

Alhamdullilah.. berjaya siapkan 'Projek Menjahit' kami.

sesi mengira ukuran langsir (nanti saya update macam mana nk kira ukuran langsir)


sesi memilih fabrik langsir.. (sangat pening~ 2-3 kedai kami survey)


final decision ~ warna pilihan Hati Pengarah Projek.


sesi mengukur Langsir..


sesi menjahit.


Thanks to Adik sebab banyak membantu. I love U too..


taraa.. (~.-)/ siap!


moral of the story :
Walaupun berbekal dengan ilmu 'amator'...
berjaya siapkan!.. yang penting.. kena ada usaha untuk belajar
dan jangan malu untuk bertanya~..

nanti cik meeko update untuk
'Macam Mana Nak Ukur Langsir'
and rupa 'Projek Menjahit' yang dah siap.

~Untuk En Ninja
Thanks for jadi Pengarah Progam.Pengukur.Penghias Dalaman. Penasihat Utama. Tukang pasang. Penganjur Bersama.
and
jadi PENGARANG JANTUNG saya..
opssss lariiiiiiiiii.. hihihi.


tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

16 November 2010

~comel la lirik ni.

سم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Cuba Jangan

kau suruh ku masak sedap-sedap
agar ibumu setuju
aku turutkan saja.
ku bergelut dengan sayur, ikan
yang namanya ku tak tahu
hingga akhirnya ku capai telefon
untuk panggil bomba.

aku bukan yang terbaik
tapi ku cuba
ku cuba
hanya satu yang ku pinta
agar kau cuba
kau cuba

jangan suruh aku jadi seperti dia
aku tak mahu walau ku daya
kalau tak nak
usah bilang kau nak
biar aku jadi seperti aku
bukannya susah untuk mengaku
ada sebab kau tinggalkan dia

kau suruh ku make-up lawa-lawa
agar temanmu cemburu
aku tepekkan segala.
ku bergaduh dengan bedak, gincu
yang tak serasi dengan ku
hingga akhirnya kau temankan aku
ke klinik pakar.

aku bukan yang terbaik
tapi ku cuba
ku cuba
hanya satu yang ku pinta
agar kau cuba
kau cuba

jangan suruh aku jadi seperti dia
aku tak mahu walau ku daya
kalau tak nak
usah bilang kau nak
biar aku jadi seperti aku
bukannya susah untuk mengaku
ada sebab kau memilih aku

mana mungkin ku kan terima
jadi bayang-bayang dirinya
dan berhenti menjadi aku.

jangan suruh aku jadi seperti dia
aku tak mahu walau ku daya
kalau tak nak
usah bilang kau nak
biar aku jadi seperti aku
bukannya susah untuk mengaku
ada sebab kau memilih aku

~ sekali baca... gelak guling-guling.
~ kali kedua baca... gelak.
~ kali ketiga baca.. terdiam.

~Untuk En Ninja
saya bukan yang terbaik..
tapi saya akan terus mencuba.
dunia akhirat

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

~ Sebaik Mana pun kita... pasti diuji

سم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



"Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku"..


sebaik manapun kita... pasti diuji..
Usah diminta kecilkan ujian
pinta dibesarkan iman untuk menghadapi.
Moga Allah menghadiahkan kekuatan kepada kita.

~Untuk En Ninja
untuk awak..dinasour pun .. saya boleh kalahkan.

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

12 November 2010

~Tart oh tarT.

سم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

TART OH tart....
sifu saya ~ KAK CT tercinta!.. i love u.. hehehe
masa zaman di UKM dulu.... (curi gambar dari simpanan kak CT)..
akak.. Thanks ek.

bahan-bahannya~

adunan (tak ada mixer masa ni)....

start mengulung~

gulung.. jangan tak gulung

yeah... siap gulung~.

susun-susun atas dulang untuk membakar~

sapu kuning telur

mula membakar~

yeah... siap dah..

balik ni nak bongkar resepi lama....
nk masak untuk en ninja~.

~Untuk En Ninja
suka sangat-sangat kalau dapat memasak untuk kamu.
and thanks for last nite
~ yeahhhh dapat kasut baru...
i loveeee u... (opssss iklan lagi)
Lariiiiii....

With The Greatest Love~
-cik meeko

11 November 2010

~i love you all my life

سم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tajuk ~ dasattttt.
but.. This is soooo much how I feel about the one I love.



(dah lama tak update,, first step untuk cari balik mood blogging)..

~Untuk En Ninja
Thanks!~
I hope I love you all my life.

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

18 August 2010

~ Update sekejap

سم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Ramadhan.
Ampun kawan-kawan. Dah lama sangat cik meeko tak update blog.
Nak update sekejap.
cik meeko sibuk sangat dengan rutin harian.
cik meeko sibuk sangat dengan melayan 'demam mengejut.
Seminggu cik meeko demam. Pening!Batuk!Selsema!.
en ninja pun kene jangkit demam juga.
Kesian En Ninja. Ingatkan boleh bermanja dengan En ninja.
Konon-konon dapatlah tengok en ninja jadi Nurse cik meeko.
(En nurse yang garang~)Terdemam pulak mamat sowang ni.
Terpaksa cik meeko jaga diri sendiri yang sama-sama marathon demam'.

Minggu lepas en ninja ke Sabah. cik meeko ke JB.
dapat ole-ole yang "banyak" dari sabah.
(nanti cik meeko update cerita dari Sabah dan JB)

Hujung minggu sibuk dengan aktiviti PaintBall.
Bukan aktiviti cik meeko, en ninja nye aktiviti.
cik meeko penonton saja.
(ini pun saya akan update. InsyaAllah)

Jumaat ni ada ujian.
(rasa sangat2 bosan nak mengadap ujian ngok ngek tu)
try my best. InsyaAllah!.

~Untuk En Ninja
Demam seminggu.
Buat saya rindu En Ninjanya.
Lari!.

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

29 July 2010

~Untuk diKongsi Bersama

سم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

untuk dikongsi bersama.

Untuk En Ninja
ini tahun ke-2.
Puasa bersama-sama.
alhamdulillah.

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

14 July 2010

~ Ingat tak?

سم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

(sumber - urusan rasmi Utm)
~medey medey...
kenal tak signature sapa ni?..our Assistant Registrar kita masa di UTM dulu..huhuhu.macam dah naik pangkat je.? for Vice Chanselor?.. wow!.

Untuk En Ninja
teringat signature kamu macam ulut bulu itu.
lari.

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

09 July 2010

~Zebra Vs Ikan

سم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Is a zebra white with black stripes
or black with white stripes?


"Their stripes come in different view unique to each different individual"

hmmm.. semalam saya dengan en ninja bertelagah tentang benda alah ini.
bingung sekejap. macam biasa la. saya diketawakan dengan pemahaman "A" saya. memang tak boleh menang kalo "gado manja" (istilah ini digunakan sekiranya gado dengan pencintaan) dengan en ninja.

view dari saya.
"benda tu sama je. tapi kalo berbeza pendapat.. berbeza la maksudnya. tapi kalo kita sama pendapat... maknanya sama. "

view dari en ninja
"salah tu. awak bayangkan macam ni..amik contoh terdekat.. kalo kambing hitam.. belangnya putih... kalo kambing tu putih,, belangnya hitam.. senang je.. kat citu kan dia macam suruh kita buat perbezaan..tapi hakikatnya sama je..petikan nyer kan cmnie..kambing putih tp belangnya hitam atau kambing hitam tp belang nya putih...n penjelasannya ialah... x kira samada kambing tue berbeza warna atau berbeza belang..tp hakikatnya..orang tetap tahu yang itu..kambing"

kambing?.. kambing ada hitam putih ek?.. (mentang-mentang suka kambing)
huhuhu..sekali lagi saya kena akui apa yang en ninja hujahkan....

hari ni 27 rejab (Hari Isra' Mi'raj)
semoga kita semua mendapat keberkatan dariNya~ pejam celik pejam celik dah nak masuk syaaban.dunia semakin tua.ya Allah..Kuatkan aku. Lindungi aku dari putus asa.Jika aku harus mati.. temukan aku dengan MU Ya Allah.

Untuk En Ninja
"kalo saya jadi ikan. ikan tu dicampakkan dalam laut masin.. laut tu je yang masin, ikan tak masin . ingat tau ..ikan tak masin. tau.. tau...."
perumpamaan ini pun en ninja gelakkan saya.
gelak tak hengat (sampai kuar air mata en ninja saya)

ish!..tapi kamu kene ingat tau.. laut je yang masin.. ikan tak masin. Tau~

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

07 July 2010

~ Chef En Ninja

سم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam . tiba-tiba mood masak saya muncul.
Balik kerja, terus berderummmm gi kedai runcit..(malas nak gi carefour.. nanti mata meliar nk shopping benda lain). saya berkira-kira nak masak apa malam ni.

Situasi di kedai runcit.
amik santan (konon nk masak lemak).. letak balik santan.
amik ikan (konon nk masak 3 rasa ) .. letak balik ikan.
amik cili (konon nk masak sambal) letak balik cili.
tuptup saya beli barang-barang nak masak kek coklat..
n bahan-bahan cucur kentang.

Situasi di rumah...
Operasi memasak dimulakan agak lewat.. Jam 9.30 malam. saya sediakan bahan-bahan nak masak kek coklat dulu.
Bahan-Bahan Kek Coklat
1. 1 cawan tepung gandum *(guna cap yang ada gambar sauh tu)
2. 1 cawan serbuk koko *(saya guna cap van hauten)
3. 1 cawan gula halus *(saya guna gula castor)
4. 1 cawan susu pekat (cap kesukaan ramai - F&N)
5. 1 cawan minyak masak/sayur/jagung
6. 1 cawan air panas
7. 2 biji telur
8. satu teh serbuk bikarbonat
9. satu teh esen vanila
10. satu sudu serbuk nescafe (wangi)
Pesanan saya :- Cawan yang digunakan untuk sukatan mesti sama dengan sukatan bahan2.

sambil-sambil menjengah resepi.. kejap kejap tengok resepi.. Takut tersilap buat. saya mulakan operasi memasak saya.

1. Ayak bahan2 yang berasaskan serbuk.
2. Pukul telur sehingga kembang .
3. campurkan semua bahan2 kek coklat dan kacau sehingga sebati.
4. masukkan air panas dan kacau sekali lagi sehingga sebati.
5. Masukkan dalam bekas. Then bakar selama 1 jam 170 panasnye..

sambil-sambil menunggu kek dibakar siap.. saya siapkan Bahan-bahan cucur kentang.. ..
Bahan-Bahan Cucur Kentang
1. fries yang dibeli di kedai runcit
2. tepung gandung (en ninja selalu gelakkan saya bila nk saya nk menyebut tepung ni)
3. telur
4. bawang
5. garam secukup rasa

cara-cara nak buat:....
gaul semua nyaaaaa.. then masukkan dalam peti sejuk semalaman... esok dah boleh goreng dan hidangkan pada orang tersayang.

senang je kalo nak masak .. kalo rajin dan ada sokongan.. lagi-lagi kalau ada orang suka makan masakan kita. yang penting kesungguhan. harap-harap mood rajin saya makin menjadi-jadi..boleh jadi tukang masak en ninja ameen.

Untuk En Ninja
saya nak belajar jadi Chef Terbaik dalam hidup kamu.

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

05 July 2010

~ My Superman

سم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

kompius sekejap. lagu Faizal Tahir ek?.

Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu

Untuk En Ninja
tiba-tiba berangan en ninja nyanyi lagu Faizal Tahir.
en ninja saya bertukar jadi my superman.

hehehe.... i love u.. (opsss iklan sekejap)

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

~Boleh Ke?

سم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tempat kejadian dirahsiakan...
bayaran asT** sebulan RM 80 .
RM 80 X 3 kuali = RM 240 ...
wah wah wah ... banyak nya duit dia...
cuba tanya pada tuan rumah tu?..
Boleh ke derma kepada masjid 80 ringgit sebulan macam dia bayar pada asT** tiap-tiap bulan? saya tak tanya 240... tapi saya cuma tanya 1/3 dari jumlah yang dia kene bayar?.. tak pun saya akan hanya tanya. boleh ke derma RM 14.95 (Mini Packages ast**) kepada masjid.. kalo bole. Alhamdulillah.Untuk saya... boleh ke?

Untuk En Ninja
kamu NINJA saya!

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

30 June 2010

~Tempat jatuh

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

tempat jatuh dikenang.. ini kan pula tempat bermain..
saya saja tukar perumpamaan ini kepada...
tempah jatuh dikenang.. ini kan pula tempat jatuh cinta.

inilah tempat pertama kali nampak dia. orang kata.. love for first sight. (betul ke).hehehe..so setiap kali saya lalu tempat ini.. saya mesti sengih sorang-sorang..hahaha. Gila.

Untuk En Ninja
ingin berkali-kali saya jatuh...
jatuh cinta.
lariiiiii

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

29 June 2010

~ Jual ubat gusuk

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


ya ampun.. bahasa oh bahasa

Untuk En Ninja
teringat kamu selalu komen bahasa pemahaman saya!
dush dush! (kat sini je boleh dush kamu)
huhu.
lari.

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

28 June 2010

~Muhasabah Cinta

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Wahai Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu
Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku
Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu
**********************************************************

Untuk En Ninja
Ya Allah ya Tuhanku. Lindungi kami dari putus asa.

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

~Tanda Kiamat

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani; Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau, yang menjadikan aku, dan aku adalah hambaMu, dan aku tetap atas amanahMu, dan janji Mu sekadar kesanggupanku, aku berlindung kepadaMU daripada kejahatan yang telah aku lakukan, aku mengakui bagiMu dengan ni'mat ke atasku dan aku mengakui dosaku, ampunilah aku, maka sesungguhnya tiada siapa boleh megampuni dosa-dosaku melainkan Engkau sahaja."- Penghulu Istighfar

cuba perhatikan tarikh-tarikh penting ini.....
(27-11-2009) Hari raya aidiladha “hari Jumaat”
(18-12-2009) Tahun baru hijrah “hari Jumaat”
(25-12-2009) Hari krismas “hari Jumaat”
(1-1-2010) Tahun baru “hari Jumaat”
(26-2-2010) Maulidur rasul “hari Jumaat”
(2-4-2010) Good friday “hari Jumaat”
(28-5-2010) Hari wesak “hari Jumaat”
(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri “hari Jumaat”
(27-8-2010) Nuzul Al-Quran “hari Jumaat”
(5-11-2010) Depavali “hari Jumaat”


Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi pada hari JUMAAT. Kiamat semakin menghampiri...? Ya Allah...Adakah Dunia Di Penghujung Nyawa?

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:‘Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.’Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. ‘- Sahih Bukhari
~ dah jadi dah…

2) Zina bermaharajalela.
‘Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.’- Sahih Muslim
~ dah nampak dah…

3) Bermaharajalela alat muzik.
‘Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka’. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; ‘Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?’Baginda menjawab: ‘Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita’- Ibnu Majah
~ Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik…

4) Menghias masjid & membanggakannya.
‘Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid’- Riwayat Nasai..
~ memang dah nampak dah…

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
‘Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.’- Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu……

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran’ – Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama’yg tinggal…

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
‘Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’bin Luka’(orang yang ***** & hina).Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia’- Riwayat Thabrani
~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysiapun ada….

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
‘Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.’- Riwayat Ahmad
~ jiran sebelah rumah pon tak bertegur sapa…

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. ‘Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang’.
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)…

10) Bulan sabit kelihatan besar.
‘Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.’- Riwayat Thabrani
~ dah terjadi.. tapi tak pernah saksikan sendri

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
‘Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu’ – Sahih Muslim
~ Melodi.Fuhh.AC DIsini

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
‘Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.’-Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq …

13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.
‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²’- Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji… Mina dah kene banjir…

Untuk En Ninja
”Dah lama ke pakcik pakai kaki tu?”
“Dah lama nak. Dah jauh pakcik jalan. Tapi ingat, jalan mesti ke depan, bukan ke belakang..”(iklan Merdeka Petronas)
saya suka iklan ini... Mengingatkan diri akan perjalanan hidup yang mesti diteruskan walau apa yang kita hadapi sedikit sebanyak melemahkan diri.
saya tetap menjadi cik meeko kamu. (~,o)/

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

25 June 2010

~ Try Not to Cry..

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Please.. Try not to cry my little one
Don't show your tears to your oppressor!

untuk saya juga.. Please try not to cry!

Untuk En Ninja
I’ll stand by you
dengan kamu!.. sentiasa ingin mempercayai kamu sepenuh hati. InsyaAllah =)

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

~ Asma Allah

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Buka speaker kuat-kuat..sambil layan lagu ni... SubhanaALLAH..
pagi-pagi mamat ni dah buat saya nagis..nasib baik ensem..
(opsss kepada en ninja. buat tak dengar ek.. huhuhu ampun.)




Untuk En Ninja
kamu tetap 'ensem' di hati saya.!

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

24 June 2010

~Akan rindu Ta'azim MU...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sedar tak sedar... masa belalu begitu pantas sekali.Pantas sehingga saya tak sedar.. bulan ni.. bulan rejab.Bulan yang penuh keberkatan. (Ya Allah.. ampuni aku.. aku alpa dengan bulan MU YA ALLAH)..Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan dan kemulaian) kerana ALLAH S.W.T. akan melimpahkan rahmat dan kemurahan-NYA.

Rasullullah S.A.W pernah bersabda
Sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Rejab,maka Allah S.W.T menyeru kepada nya ."Telah wajib hakmu atas KU, mintalah oleh mu kepada ku. Demi ketinggian dan kebesaranKu, tidak akan AKU tolak hajatmu. engkau adalah jiran KU di bawah 'Arasy-ku. Engkau kekasih-Ku daripada semua mahluk-Ku. Engkau mulia disisiKu. Berbahagialah kamu, tiada hijab diantara Aku dan Engkau"

Pelbagai peristiwa besar Islam yang berlaku dalam bulan yang penuh ta'azim ini. Mengingatkan kita pada Peristiwa Isra' dan Mi'raj dimana Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Peristiwa Isra' dan Mi'raj diangkat tinggi darjatnya di mana Berpuasa sunat Rejab sehari pada 27 rejab (Peristiwa Isra' dan Mi'raj) di beri pahala seperti puasa 60 bulan. Jika disertai dengan ibadat bersedekah, diberi pahala seperti berpuasa seribu tahun ... Ya Allah besarnya rahmatMu ....

Ibadat puasa sunat pada bulan Rejab ini akan bertambah lipat-ganda ganjaran pahalanya jika dikerjakan pula solat-solat sunat pada malam dan siangnya. Solat-solat sunat ini termasuklah solat sunat bulan rejab dan solat sunat yang lain seperti tahajjud, Tasbih, Hajat, Isyraq, Dhuha, Taubat dan lain-lain.

Mereka yang mengerjakan ibadat Puasa sunat Rejab pada Khamis, diikuti mengerjakan solat rejab 12 rakaat (6 salam) pada malamnya (malam jumaat) selepas fardu Magrib,maka akan diampunkan dosa-dosanya dan dilipatgandakan ganjaran pahalanya.
Amalan solat itu di lakukan dengan

1. Selepas Fatihah Rakaat pertama, baca Surah Al-Qadr 3 kali
2. Selepas Fatihah Rakaat kedua, baca surah Al-ikhlas 12 kali.
3. Selepas salam, berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W 70 kali
4. Diikuti sujud pertama dengan berdoa
"Tuhanku ampunilah aku dan rahmatilah aku, dan hindarilah dari apa jua keburukan yang ENGKAU ketahui"
4. Bangun dari sujud dan ikuti sujud kedua dengan beroda mengikut hajat yang baik. (InsyaAllah akan dimakbulkan)..

Subhanallah.. besarnya Rahmat Mu.. Agungnya Cinta Mu...

jom sama-sama meriahkan bulan yang penuh ta'azim ini..

Untuk En Ninja
Syukur... betapa 'nikmatnya Ujian NYA kepada kita.
mendapat nikmat yang kadang2 orang lain tak dapat. Alhamdulilah.
Syukur.. ada kamu di situ.


tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

23 June 2010

~Mencari Ketenangan Diri 2

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

satu lagi bingkisan 'bekalan hidup' yang ingin saya kongsi.
untuk mengingatkan saya. untuk mengingatkan dia. dan untuk mengingatkan kita semua.(semoga ia menjadi bekalan dalam hidup saya. Thanks to Penulis yang sudi berkongsi ilmu sentiasa yang rindu kata-kata hikmah.)

Bahagia itu bila kita membahagiakan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Pegang kata-kata itu. Impilikasinya, untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiaakanlah mereka. Hanya setelah itu, barulah kita akan merasa bahagia. Sesungguhnya bahagia itu bukan “benda” yang akan berkurang bila diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang semakin “diberikan” akan bertambah terangnya. Kata bijak pandai, dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam… tetapi kita akan mendapat lebih banyak cahaya.
Siapakah orang yang paling hampir? Siapakah yang paling layak kita berikan bahagia? Selain kedua ibu-bapa (bagi seorang lelaki), maka isterinyalah yang paling utama diberikan kebahagiaan itu. Jika isteri yang di sisi tidak bahagia, jangan harap kita boleh membahagiakan orang lain. Dan paling penting, jika isteri sudah menderita itu juga petanda yang kita juga menderita – ingat, kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia.

Apakah langkah pertama untuk membahagiakan isteri? Ya, pertama, hargailah kehadirannya. Rasakan benar-benar bahawa sidia adalah anugerah Allah yang paling berharga. Jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan, justeru dia adalah anugerah khusus daripada-Nya buat teman hidup kita sepanjang kembara di dunia. Isteri kita ialah jawapan Tuhan pada doa yang selalu kita pohonkan.

Ingatlah bahawa yang paling berharga di dalam rumah kita bukannya perabot, bukan peralatan eletronik, komputer ataupun barang-barang antik yang lain. Yang paling berharga ialah manusianya – isteri atau suami kita itu. Itulah” modal insan” yang sewajarnya lebih kita hargai daripada segala-galanya. Tetapi benarkah kita telah menghargai isteri atau suami lebih daripada barang-barang berharga di rumah kita?

Sayang sekali, lain yang difikirkan lain pula yang dirasa. Cuba renanungkan, berapa ramai para suami yang lebih prihatin tentang perasaan isteri berbanding ‘keadaan’ keretanya. Batuk isteri yang berpanjangan semacam tidak kedengaran. “Batuk” kereta yang sedikit cepat-cepat dihantar ke “workshop” untuk diselenggarakan.

Itu belum dikira lagi kaki pancing yang setiap hujung minggu berkepit dengan joran dan umpan tetapi membiarkan anak-anak dan isteri kesepian di rumah. Atau para isteri yang leka dengan aorkid dan barang antik, dibelek dan dikelek siang malam, sedangkan suami terbiar tanpa ditanya perasaan dan didengar luahan hatinya.

Bila kereta ‘aneh’ sedikit bunyinya, cepat-cepat diusung ke workshop, dibetulkan enjin, ditunekan semula bunyinya. Tetapi isteri yang batuk-batuk, lenguh dan sembab dibiarkan… alasannya, itu memang adat, badan dah tua. Itu belum dikira yang ‘workoholic’ – bekerja siang, malam, tak kenal cuti dan rehat… Bila ditanya mengapa begitu sibok? Dia menjawab, demi isteri. Padahal, dia bekerja sampai ke tahap mengabaikan isteri. Aneh juga, ada yang mencari duit sampai tidak sempat menikmati duit. Bila duit sudah terkumpul, kesihatan sudah tergadai, rumah tangga sudah berkecai, isteri telah terabai.

Sesetengah bertanya? Bagaimana kita boleh mengharagai pasangan kita. Insya-Allah, bila ada kemahuan pasti ada jalan. Dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. Kata orang, kasih, cinta dan sayang umpama aliran air, sentiasa tahu ke arah mana ia hendak mengalir. Mulakan dengan memandangnya dengan pandangan kasih… mungkin wajah isteri kita sudah kedut, tetapi rasakanlah mungkin separuh “kedutan” itu kerana memikirkan kesusahan bersama kita. Mungkin uban telah penuh di kepala suami kita, tetapi uban itu “mercu tanda” pengorbanannya membina rumah tangga dan keluarga kita.

Itulah pandangan mata hati namanya. Kalau dulu semasa awal bercinta, pandangan kita dari mata turun ke hati. Tetapi kini setelah lama bersama, pandangan kita mesti lebih murni. Tidak dari mata turun ke hati lagi, tetapi sudah dari hati “turun” ke mata. Yang kita lihat bukan “body” tetapi budi. Yang kita pandang bukan urat, tulang dan daging lagi… tetapi suatu yang murni dan hakiki – kasih, kasihan, cinta, sayang, mesra, ceria, duka, gagal, jaya, pengorbanan, penderitaan – dalam jiwanya yang melakarkan sejarah kehidupan berumah tangga bersama kita!

Daripada pandangan mata hati itulah lahirlah sikap dan tindakan. Love is verb – cinta itu tindakan. Kata penyair bila sudah cinta, ingin dipintal awan-gemawan untuk dijadikan kerosang di dada isteri, ingin dijadikan rembulan untuk menjadi lentera teman beradunya, mentari sebagai sinar dalam duka dan nestanya… Ah, kita tidak payah mengajar cara apabila sudah cinta. Kerana dalam cinta itu sudah menyala kemahuan.

Mungkin sikaya pulang bersama cincin permata untuk menghargai siisteri. Atau petani hanya membawa sebiji mangga untuk dimakan bersama sang “permaisuri”. Buruh yang pulang bersama keringat disambut senyuman dan dihadiahkan seteguk air sejuk oleh isteri tentunya lebih bahagia dan dihargai oleh seorang jutawan yang disambut di muka pintu villanya tetapi hanya oleh seorang “orang gaji”. Begitulah ajaibnya cinta yang dicipta Allah, ia hanya boleh dinikmati oleh hati yang suci. Ia terlalu mahal harganya. Intan, permata tidak akan mampu membeli cinta!

Hargailah sesuatu selagi ia masih di depan mata. Begitu selalu pesan cerdikiawan dan pujangga. Malangnya, kita selalu lepas pandang. Sesuatu yang ‘terlalu’ dekat, kekadang lebih sukar dilihat dengan jelas. Isteri di depan mata, tidak dihargai. Kajian menunjukkan bahawa para suami di Amerika lebih banyak meluangkan masa menonton TV daripada bercakap dengan isteri. Di sini apa kurangnya, tiga jam menonton TV bersama tanpa sepatahpun berbual. Suami dan isteri sibok melayani fikiran sendiri walaupun duduk hanya berselang beberapa inci.

Malah, bila berjauhan pun kekadang terlalu lokek bertanyakan berita. Jika duduk berjauhan, masa berSMS dengan teman lebih banyak berbanding dengan isteri. No news is a good news. Begitu selalunya, rasa di hati. Tetapi bila isteri atau suami diserang “sakit” – katalah hilang keupayaan bercakap dan bergerak, maka ketika itu puaslah kita menangis kerana tidak dapat mendengar suaranya lagi. Waktu itu barulah duduk di tepi katil hospital, merenung mata isteri atau suami kita yang berkelip-kelip, tanpa kata, tanpa suara…

Hidup terlalu singkat. Hidup hanya sekali. Yang pergi tak kan kembali. Yang hilang, mungkin tumbuh lagi… Tetapi tidak semua perkara akan tumbuh semula. Apakah ibu-bapa yang ‘hilang’ akan berganti? Apakah anak, isteri, suami yang ‘pergi’… akan pulang semula? Jadi, hargailah semuanya selama segalanya masih ada. Pulanglah ke rumah dengan ceria, tebarkan salam, lebarkan senyuman. Mungkin esok, anda tidak ‘pulang’ atau tidak ada lagi sidia yang setia menunggu di sebalik pintu. Mungkin anda ‘pergi’ atau dia yang ‘pergi’. Hargailah nyawa dan kehidupan dengan sayang dan cinta. Kita tidak akan bahagia, selagi orang di sisi kita tidak bahagia!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Memberi akan menyebabkan kita akan lebih banyak menerima.InsyaAllah!

Untuk En Ninja
ingin membahagiakan kamu!
Ya Allah. Ya Rahman Ya Rahim. jadikanlah dia dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakan dia dengan kekayaan sehingga seratus dua puluh kebaikan. Agar cinta kami membumbung tinggi. Tiada sempadan.Tiada Tara....sampai syurga!


tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

22 June 2010

~ Unggun

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Seorang budak menangis ketika melihat unggun api terbakar. Bila khalifah Harun Ar Rasyid bertanya, “mengapa dia menangis?” Budak itu menjawab, “aku takutkan api neraka.” Khalifah yang adil itu memujuk, “anak kecil seperti mu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.” Sebaliknya budak itu menjawab, “aku lihat ketika orang menyalakan api, mereka akan memasukkan ranting-ranting kecil dahulu. Setelah ranting kecil terbakar, barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar. Aku takut hal yang sama berlaku di neraka kelak…Aku umpama kayu kecil itukah?” Mendengar jawapan itu, khalifah turut menangis…
(sumber dari penulis kegemaran cik meeko!Thanks!)

Ya Allah!... Celiknya hati anak kecil itu...saya?...

Untuk En Ninja
Bersama kamu.
Terasa ingin bahagia berkali-kali di syurga.
Ya Allah hiasilah hati kami untuk melihat keindahan ajaranMu!

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

21 June 2010

~ Mencari Ketenangan Diri

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

semalam.
saya teringat satu kisah yang pernah diceritakan oleh kawan saya...
"miey..cerita ni banyak ingtkan aku pada ko"...
[yanie.. thanks pernah kongsi cerita ini !.. ]


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"cerite pasal nurul qamariah. Nurul Qamariah ni sangat cantik... dah la cantik ada kerjaya lagi.. kiranya kerjayanya ini sangat membanggakan keluarganya di kampung.. serba serbi lengkap si nurul kamariah ni..Cuma yang tak lengkap... nurul qamariah ni masih single lagi. Nurul ni bukan saja cantik duaniawi... akhirat pun nurul cantik. Jaga sembahyang.. jaga aurat ....jaga adab... Pernah sekali nurul jumpa ustat. Ustat ni pernah bagi kuliah dan ceramah di tempat tinggalnya..
"ustat.. saya teringin menjadi wanita yang ustat ceritakan tempoh hari... melayan suami dengan baik .. taat dan patuh pada suami.. dan itulah golongan wanita yang akan masuk syurga..... masalahnya ustat.. saya tiada pasangan hidup lagi.. bagimana tu ustat" pastu ustat pun tanya la.. apa usaha yang nurul qamariah dah lakukan untuk mendapatkan jodoh tu..
"kamu ada puasa isnin dan khamis?" - ustat
"alhamdulilah ustat kebelakangan ini.. saya selalu puasa isnin dan khamis.." - nurul
"kamu ada lakukan sembahyang tahjud?.. meminta pertolongan dari Allah? - ustat
"ya ustat .. ada.. saya ada lakukan...." - nurul
" kamu ada bersedekah nurul?" - ustat
" arrr erm.. yg itu sy kurang lakukan ustaz" - nurul

ustat pun berpesan pada Nurul..
"Selepas ini .. awak perbanyakkan sedekah.. Semoga dengan amalam bersedekah dengan niat yang ikhlas.. Allah akan bantu dalam mempertemukan jodoh..."
"Rasulullah pernah bersabda.. sedekah itu jalan memudahkan yang sulit.. InsyaAllah bila kita bersedekah, yang susah akan menjadi senang. dan Allah menyukai hambanya yang bersedekah"..Rasiaonal juga.. Bila kita banyak bersedekah.. Banyaklah orang doakan yang baik-baik untuk kita.....berbalik daripada perjumpaan itu, Nurul mulalah melakukan amalan bersedekah itu...selepas tiga bulan .. Ada tiga lamaran yang datang pada nurul.. dua orang bujang dan satu duda. Tapi yelah kan.. jodoh tu semua ketentuan Allah.. Walau datang lamaran yang banyak pun.. Kalao dia bukan untuk kita.. bukan juga.

bujang 1
-terpaksa direject sebab dia ditangkap khalwat dengan seoarang janda
bujang 2
- dia balik kampung.. alih-alih dia disuruh oleh maknya kahwin dengan orang lain.
duda
- dia ok.. dia pun boleh terima duda tu. tapi alih-alih dia disuruh kahwin dengan adik iparnya....

sedihlah hati si nurul ni dalam hati dua tertanya-tanya.. ada lagi yang tak cukup dia lakukan.. yang kurang dengan dia.. nurul pun berjumpa semula dengan ustat..bertanya kekurangan dalam diri dia..

"Kenapa awak sedih dan nak menagis.. Orang itu bukan jodoh yang ditetapkan oleh Allah. Jodoh diibaratkan menunggu pokok berbunga.. cepat pokok itu berbunga cepatlah.. lambat pokok itu berbunga maka lambatlah.. yang penting bersabar dan pasrah.. Kata ustat itu.. teruskan apa yang dia pernah buat.. satu hati dia sembahyang tajhud.. dia bermimpi.. dia nampak matahari terbit .. dia pun kurang faham dengan maksud mimpinya.. dia pun bercerita tentang mimpinya pada ustat itu.. Pesan ustat itu.. teruskan usaha nurul.

satu hari ada gotong royong di masjid .. nurul qamariah pun melibatkan diri dan dia tertarik hati dengan peribadi seseorang... tup tup orang tu sms dia .. cakap nak melamar dia.. dia pun suka lah.. dan nama orang tu shamsul falaq.
dia pun mula keliru dalam diri dia.. dan dia menceritakan kepada ustat...
ustat tu pun cakap lah... memang shamsul pun insyaAllah jodoh dia.. Jodoh dari Allah.. dan berketepatan dengan mimpi dia.. nurul pun macam pelik dan apa kaitan dengan mimpinya itu.. rupanya-rupanya.. makna samsul falaq ialah matahari kejayaan... maka betulah.. ada kaitan dengan mimpinya.. iaitu suami dia ialah matahari kemenangan dia...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

cik meeko sama macam nurul qamariah ke?.. macam langit dan bumi.
luar dan dalam nurul sangat cantik sangat cantik di mata 'dunia dan akhirat'.saya?.. Ya Allah.. kerdilnya aku di MATA MU YA ALLAH...
saya jeles dengan keperibadian Nurul Qamariah.. saya sangat jeles dengan nurul

Ya Allah, sejak akhir2 ni, terasa penat sangat nak beramal. Badan terasa penat semacam untuk bangun di awal pagi. Terasa hubungan denganNya semakin lemah..Nauzubillah min zalik. Aku pohon kekuatan dariMu ya Allah.

Subhanallah,Agung nya Maha Pencipta.Sekurang-kurang dapat mengerti mengapa dan kenapa doa dan permintaan kita tidak diterimaNya.Adakah Allah itu zalim? Tidak….. tapi sebab kita yang menzalimi Allah.

doa saya untuk en ninja
"Ya ALLAH.. kenalkanlah kami dengan agungnya cintaMU.. Amin.."


tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

17 June 2010

~Jangan Biarkan Mulut Menjadikan Telinga Kita Menjadi Tuli

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sekadar berkongsi satu input yang terkesan pada saya..
untuk mengingatkan saya.
"jangan biarkan mulut menjadikan telinga kita menjadi tuli!"
(amik kesempatan kepada penulis asal...untuk dikongsi cerita ini supaya boleh dijadikan pegangan dalam kehidupan~ Thanks!)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Manusia memerlukan didengar kata-katanya sama seperti dia perlukan makanan. Tanpa makanan akan lemahlah jasad, sakitlah badan. Tanpa didengar akan tumpullah perasaan dan lumpuhlah emosi. Manusia yang membesar tanpa diberi hak didengar akan menjadi manusia yang kurang cerdas emosinya apabila dewasa kelak. Dia akan gagal mengurus perasaan marah, kecewa, takut dan dendamnya.

Orang yang begini, akan gagal dalam hidupnya. Peri pentingnya didengar dalam hidup seseorang itu hingga menyebabkan bijak pandai mengungkapkannya melalui kata-kata hikmah yang berbunyi: “Tugas cinta yang pertama ialah mendengar.” Ertinya, kekasih yang baik ialah kekasih yang mendengar. Mendengar rintihan, keluhan, aduan dan rayuan pasangannya. Justeru, dengan mendengar cinta akan lebih subur dan harum. Dengan mendengar ertinya kita memberi telinga, mata dan hati.

Orang yang mendengar sebenarnya adalah orang yang “memberi”… Bukankah cinta itu bererti memberi? Memberi kasih-sayang, perhatian dan perlindungan. Orang yang banyak mendengar akan banyak belajar dalam hidup ini. Orang yang banyak mendengar bukan sahaja banyak pengetahuan tetapi akan banyak kawan dalam masyarakat. Mungkin kerana itu Allah ciptakan kita dua telinga dan satu mulut sebagai simbolik, kurangkan berkata-kata tetapi banyakkan mendengar.

Malangnya, kebanyakan manusia lebih suka “memperdengarkan” daripada mendengar cakap orang lain. Lidah selalu menyebabkan telinga menjadi tuli. Dalam pergaulan, kita selalu sahaja ingin memonopoli perbualan. Kononnya dengan banyak bercakap kita akan terlihat pandai dan bijak berbanding orang yang diam. Kebanyakan kita menyangka orang yang diam itu bodoh. Tidak ada idea dan pendek wawasan. Sedangkan diam itulah terpuji dan bermanfaat. Kata bijak pandai: “Diam itu banyak hikmahnya tetapi sangat sedikit sekali orang mengambil manfaatnya.”
Cuba lihat orang di sekeliling kita dan lihat kita sendiri. Apakah kita banyak mendengar daripada berkata-kata? Maaf, kerap kali kita ingin jadi jaguh dan wira yang tidak henti-henti berkokok di mana-mana. Bila bercakap kita seolah-olah serba tahu. Kita mengetuai perbualan, kita menjuarai percakapan. Mengapa? Ya, sering berlaku pangkat, harta, nama serta jawatan menyebabkan seseorang tidak sudi lagi menjadi pendengar.

Pangkat ku lebih tinggi, aku cakap kau dengar. Nama ku lebih tersohor, jangan cuba-cuba mencelah bila aku berbicara. Kau tak layak menasihati aku, ilmu ku lebih tinggi. Begitulah yang kerap kita lihat dalam kehidupan. Bukan orang lain tetapi diri kita sendiri! Apakah dengan mendengar kita menjadi hina, miskin dan tidak ternama? Jika itulah anggapan kita jelas kita sudah tersalah. Menjadi pendengar menjadikan kita orang yang tawaduk (rendah diri).

Orang yang tawaduk akan ditinggikan Allah. Orang yang mendengar akan lebih banyak belajar daripada orang yang asyik berkata-kata. Semakin banyak kita belajar semakin banyak ilmu yang kita peroleh. Dan bila semakin banyak ilmu yang kita miliki, maka semakin tinggilah darjat kita di sisi Allah dan manusia. Bukankah dalam Al Quran Allah telah menegaskan bahawa darjat ahli ilmu itu ditinggikan oleh-Nya berbanding orang yang tidak berilmu?

Justeru, Allah yang Maha Pencipta juga bersifat Maha Mendengar – “ sami’“. Dan salah satu nama Allah yang baik dan indah ialah as Sami’. Allah maha mendengar rintihan, aduan, kebimbangan, luahan rasa daripada hamba-hambanya pada setiap masa, tempat dan ketika. Allah adalah “kekasih” setia yang sentiasa mahu mendengar rintihan hamba-hamba-Nya. Jika kekasih di kalangan manusia akan jemu jika masalah yang sama diperdengarkan berulang-ulang kali sebaliknya Allah tidak sebegitu.

Allah bersedia mendengarnya bila-bila masa sahaja. Jika ada jutaan manusia mengadu dan merintih kepada Allah, Allah tetap mendengar semua rintihan itu dengan terang dan jelas. Sedangkan seorang kaunselor, ulama, khadi, hakim yang terbaik sekalipun tidak mampu mendengar dua, tiga masalah daripada klien yang berbeza pada suatu masa dalam keadaan serentak. Inilah kehebatan Allah sebagai As Sami’. Bukan sahaja Allah mahu mendengar bahkan mampu mendengar seluruh pengaduan hamba-Nya pada satu masa!

Allah mulia dan agung kerana kesudian dan kesediaan-Nya mendengar rintihan dan pengaduan manusia. Begitu juga jika ada manusia yang mahu mendengar rintihan dan pengaduan manusia lain… dia juga akan ditinggikan darjatnya. Allah sudi mendengar rintihan semua manusia tanpa mengira pangkat, derjat, harta dan rupa paras. Allah mendengar permintaan seorang raja, Allah juga mendengar rintihan seorang hamba. Allah Maha Adil…

Seorang pesakit, datang merintih kerana penyakitnya… Allah mendengar. Seorang menteri mengadu hal-hal negara… Allah mendengar. Seorang isteri mengadu hal rumah tangga… Allah mendengar. Apa pun dan dari sesiapapun Allah tetap mendengar. Pintalah hal sekecil-kecilnya dan pintalah hal yang sebesar-besarnya, Allah tetap sudi mendengarnya. Daripada rintihan seorang pengemis yang merayu untuk mendapatkan sesuap nasi, sehinggalah kepada munajat seorang soleh yang memohon syurga, Allah tetap sudi mendengar, justeru Allah itu bukan sahaja mendengar tetapi Dia Maha mendengar!

Sebaliknya, manusia terlalu ego dan bersikap berat sebelah termasuk dalam soal mendengar ini. Ya, jika orang yang bercakap tinggi pangkatnya, maka dia senyap terpaku membisu. Tetapi jika yang bersuara itu orang bawahan, maka dia mendengar sambil lewa atau cepat-cepat memotong cakap sebelum orang bawahannya itu dapat menghabiskan percakapannya.

Kalau sikaya menegur, semua menelinga dan tunduk akur. Tetapi bila si miskin yang mengadu, ramai yang berpaling dan menunjukkan reaksi selamba. Namun tidak begitu keadaannya pada insan bernama Muhammad saw. Baginda seorang yang sentiasa memberi hak mendengar kepada sahabat, isteri dan pengikut-pengikutnya. Walaupun, baginda “orang besar” yang memimpin negara, tetapi masih sempat mendengar rintihan anak kecil yang terbiar di tepi jalan di satu pagi Hari Raya.

Di dalam mesyuarat, baginda sering mendengar pendapat sahabat-sahabatnya. Kekadang baginda ada pandangan, tetapi dirasakannya ada pandangan lain yang lebih tepat… maka diambilnya pandangan yang lebih tepat itu!

Itulah Rasulullah saw yang paling berjaya meniru sifat As Sami’ Allah swt. Bagaimana dengan kita? Ah, malang, kekadang pangkat tidaklah setinggi mana… namun egonya sudah setinggi langit. Kononnya kitalah yang paling bijak dan mulia. Jika dalam satu majlis kita tidak dialu-alukan dengan kata-kata sambutan, maka kita rasa dipinggirkan. Jika dalam mesyuarat kita tidak dijemput bercakap, terasa orang menafikan keintelektualan, gelaran dan jawatan kita.

Anda tidak perlu banyak cakap untuk disenangi dan disayangi, cukup dengan menjadi pendengar. Lihat mata orang yang bercakap, buka telinga dan hati, dengarlah dengan penuh simpati dan empati… nescaya orang akan jatuh hati. Bila anak-anak menghampiri kita, pegang tangannya dan ucapkan, apa yang kamu ingin katakan? Ayah atau ibu sudi dan sedia mendengarnya. Jika pekerja bawahan menziarahi atau datang di muka pintu rumah atau bilik anda lalu memberi salam, jawab salamnya dan bawa dia dekat dan dengar luahan katanya. Dengarlah bisikan orang di sekeliling kita.

Insya-Allah, kita tidak akan terpaksa mendengar jeritan. Berapa banyak bisikan yang dibiarkan yang akhirnya bertukar menjadi jeritan yang memeritkan. Isteri ingin mengadu, suami menjauh. Anak hendak bercakap, ibu-bapa membentak menyuruh diam. Pekerja ingin berbincang, dituduh ingin mogok. Rakyat ingin memberitahu, kononnya pemimpin serba tahu… Terlalu banyak bisikan yang dipinggirkan dan disisihkan.

Akhirnya, bisikan menjadi jeritan. Anak derhaka, isteri nusyuz, diceraikan suami, pekerja lari, rakyat berpaling tadah… Semuanya gara-gara dan angkara sikap ingin mendengar yang semakin terhakis dalam kehidupan dan pergaulan. Pesanku untuk ku dan untuk mu… jangan biarkan mulut menjadikan telinga kita menjadi tuli!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

untuk en ninja.
semoga hari-hari mendatang...
saya mendengar kamu dengan telinga hati saya.
InsyaAllah.

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

16 June 2010

~Maafkan saya

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Maafkan saya wahai en ninja.
kadang-kadang saya rasa..
saya selalu banyak meminta itu ini..
sedangkan kamu tak pernah meminta

Maafkan saya wahai en ninja.
kadang-kadang saya bersuara tanpa berfikir
semua perkataan saya menjadi salah.
sedangkan kamu selalu memberi nasihat

Maafkan saya wahai en ninja
kadang-kadang saya suka mengganggu kamu
semua kerja kamu tinggalkan semata untuk saya
sedangkan kamu sedang sibuk.sangat!

Maafkan saya wahai en ninja
kadang-kadang mengada-ngada saya
sengaja mencari perhatian dari kamu
sedangkan kamu pelindung saya

Maafkan saya wahai en ninja
Kadang-kadang pandangan saya berbeza dengan kamu
sedangkan pandangan kamu adalah benar.

Maafkan saya wahai en ninja
Kadang-kadang cemburu saya meruntun jiwa kamu
sedangkan kasih kamu.. tiada bandingan

Maafkan saya wahai en ninja
Kadang-kadang berjauhan dengan kamu
membuatkan diri saya menjerut rindu.
sedangkan saya selalu di hati kamu...

Maafkan saya wahai en ninja
saya yang terlalu tinggi bercita-cita dengan cinta.
sedangkan kamu selalu mengabulkan cita-cita saya

Maafkan saya!...

ditulis ketika sedang menunggu en ninja.
semoga kamu selamat sampai.
(maafkan saya ye .. agak "sentimental"..)
(kes rindu lagi!)..


tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

14 June 2010

~Masak-Masak

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

hari minggu saya..aktiviti bersama "family baru saya"..
masak-masak.

deco deco...

bersama peserta-peserta.


Di bengkel.....
sangat seronok!.
walaupun terasa penat ..tapi sangat-sangat berbaloi.
happening!. even baru first time jumpa.. kami macam dah lama kenal.
kakak-kakak!. makcik-makcik! nenek pun ada!.. sangat sporting dan sangat peramah!

dan berbaloi sangat sebab dapat cabutan bertuah. heheheh..hari mingguku sibuk dengan "mencuci" rumah..


untuk en ninja
yang suka menjadi pengkritik masakan saya
yang sentiasa menghabiskan masakan saya (walaupun tak sedap)
yang sentisa memberi sokongan dalam "karear" masakan saya..
i love u!.. (iklan sekejap hehe)
pst pst.. dah pandai masak kesukaan kamu.


tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko
Read more...

11 June 2010

~Pengajaran

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

semalam sebelum tido.. saya cakap pada diri sendiri.
"esok kerja. nak jadi orang paling ceria. nak jadi pekerja yang paling ikhlas bekerja.berazam untuk siapkan kerja-kerja yang ada."

alhamdulilah.
saya bangun awal.. tak liat pun nak bangun keje.siapkan diri. pergi kerja pun senang..trafic pun ok je. tak seperti selalu. masuk opis, saya orang paling awal. belum pukul 8.30 pagi lagi.. saya dah siapkan 3 tiga skali gus dalam masa setengah jam. ati pun rasa senang je. alhamdulilah...

mungkin betul kata Dr fadzilah kamsah (betul ke ejaan ini).
pakar motivasi.. (mak saya salah seorang peminat kipas mati dia)
...."kalau nak set apa yang jadi esok.. malam sebelum tu.. sebelum tido.. cakap pada diri sendiri.. aku nak jadi apa esok.. InsyaAllah.. kita akan set otak kita apa yang kita azamkan....

dan sekarang.. alhamdulilah.. terbukti petua itu.
bagi cik meeko..pokok pangkalnya ada dalam diri kita sendiri. kalo kita rasa susah nak buat benda tu.. kita akan rasa susah. Tapi kalau kita set kan dengan hati dan minda kita.. "aku akan usaha.. aku rasa boleh buat..." InsyaAllah..mudah saja untuk kita buat sesuatu kerja. minggu ini memang agak serabut dengan masalah-masalah yang bertimpa-timpa.. sebenarnya masalah tu tidak la sebesar mana pun.. tapi bila semua dah mix up.. jadi serabut... saya cuba bertenang.alihkan pandangan hati dan minda saya dari terus memikirkan benda-benda yang serabut tu. . alhamdulillah.. saya ok...dan saya belajar dari benda yang serabut itu.

1. jangan mudah ambil hati dengan sesuatu keadaan yang kadang-kadang tidak memberi faedah kepada saya.
2. banyakkan bersabar bila nak rasa marah.. Sentiasa memperbanyakkan sabar.. Nabi S.A.W pernah perpesan supaya mencari 144 sebab sebelum saya nak mulakan kemarahan pada sesuatu... Banyakkan istifar.
3. Sentiasa setkan hati dan minda saya supaya bersangka baik dengan apa yang berlaku depan mata saya.
4.Saya kena membanyakkan doa dalam kehidupan saya.
5.Pokok pangkal kembali pada yang hakiki. Yang Esa. DIA tahu apa yang terbaik untuk saya.

InsyaAllah ujung minggu ni.. saya ada class memasak.. yeah!(o.o)/ cayok cayok..

untuk en ninja.
tetiba saya teringat masa first time awak makan golden ball..
haha.
lari......

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

10 June 2010

~Serabut

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

minggu ni.. agak serabut.
dengan masalah di pejabat yang 'ting tong'.
dengan masalah ketua jabatan yang sentiasa mencari salah
dengan berita yang tak berapa nak best tentang pejabat baru
dengan keje yang tak sepatutnya saya buat... "big bos" goyang kaki..
(eii bukan big bos dah,, dah jadi big foot!.. asik goyang kaki, jadi macam tu la)
keje sungguh2.. tapi tak dihargai...serabut!
dan lebih-lebih lagi bila saya ada masalah..
en ninja tak ada di sisi.. nun jauh..... huhuhuhu
(kes windu ni)

saya cuba bertenang...fikir benda-benda yang positif. try calm down!.
Allah nak uji hambanya ni... (itu yang terlintas sekarang ni)

"Wahai Tuhanku. Akuu tidak layak masuk ke syurgamu. Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu. Kamilah hamba yang mengharap belas darimu,"

"SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAILA HAILALLAH WALLAHUAKBAR WALA HAULAWALA KUATAAILA BILLA HIL ALIYIL AZIM"
(baca 10X dalam setiap pergerakan solat tasbih)
kata dia yang nun jauh di sana.
~amalkan solat tasbih.
InsyaAllah Allah memberi ketenangan dan dipermudahkan segalanya.

"Wahai ahli takwa dan ahli keampunan, wahai yang mengingat orang-orang yang mengingat, berilah aku taubat nasuha dan tambahlah kurnia rahmat-Mu kepadaku, tambahlah nur dan kejelasan untukku, wahai kekasih-kasih yang mengasihi"..

ameeen.

~untuk encik ninja~
sedikit sebanyak saya dah ok!..
tapi yang buat saya sangat ok.
my en ninja!~.. Thanks!..

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

04 June 2010

~ Masa

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kenapa Jepun siang dulu .... sebabnya dia dapat tengok matahari dulu..
(patutlah sepet matanya)

untuk en ninja.
Hari ini Hari ketiga
Walaupun dipisah masa, terasa kamu ada di sisi!

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

03 June 2010

~ayok!.. tak tahu..

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ayok!..ha.. tak tahu ...
terlupa nak ingatkan dia untuk buat roaming call..

cepat-cepat saya call c***** center..

encik operator : boleh saya bantu.?
cik meeko : Boleh tak saya nk tanya..kalo nk buat roaming call untuk orang lain boleh tak ?
encik operator : untuk orang lain?.. nape orang tu tak buat sendiri.
cik meeko : orang lain itu terlupa. dia dah tak ada kat malaysia ni. boleh tak saya minta tolong untuk buatkan roaming call untuk dia. lagipun line saya satu line dengan dia.
encik operator : tak boleh encik. kena ikut prosedur.. Empunya diri kene call and buat pengesahan roaming call.
cik meeko : abis tu macammana saya nak call dia.
encik operator : tak boleh cik. kami memang tak dapat bantu.. kami nasihat supaya beli sim card yang baru.

eiiiiiii.. geramnya..tak canggih pun network c***** ni.
patutnya kalau pergi mana-mana pun .. ujung dunia pun .. boleh la hubungi orang tersayang.. barulah kita sayang c*****. teknologi canggih konon. hampeh.opssss..saya pun satu.. pelupa!.

tiba-to=iba saya rasa macam nak tulis surat.Pos surat untuk dia. buat macam orang dulu-dulu bercinta.. berutus surat. hmmm.. macam mana la orang-orang dulu boleh bercinta macam tu ek.. hanya dengan tulis surat. dengan tabur bedak wangi..siap ada cop lipstik lagi.. (saya tak pernah buat gitu tau)... di setemkan tiga posen. sebulan selepas tu.. posto posto.. dah buat si perindu tersengih-sengih kerang.kental!.. tapi kalo saya tulis surat .. nak tulis alamat apa ek.
uwaaaaaaaaaa...

Moral of the story :-
1. Sebelum ke luar negara tu.. buat la reminder untuk call c***** center..
2. Minta tolong encik operator untuk buatkan roaming call.
3. kalo dah di luar negara.. nak call encik operator pun tak guna.
4. Pengajaran yang terakhir.. jangan makan semut.. nanti jadi pelupa macam saya.(bila masa pulak saya makan semut ni).

untuk en ninja.
ayok.. kes naya ni.. ayok! tak tahu!..
semoga kamu sihat-sihat saja di hari kedua ini.

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

02 June 2010

~ semoga ....

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ini hari pertama
semoga perjalanan dia selamat,
semoga dia sentiasa dilindungi,
semoga dia sentiasa di rahmati
semoga dia sentiasa diberkati...
semoga dia sentiasa cukup makan..
semoga dia sihat-sihat saja
semoga dia senyum-senyum selalu.
semoga dia sentiasa ceria selalu
semoga dia menjadi bahagia sangat-sangat
semoga dia selalu ingat saya.
semoga dia tidak lupa siapa saya.
semoga dia menjadi en ninja saya dunia akhirat
**************************************
semoga saya tidak rindu dia sangat.
(walaupun sangat-sangat!)
semoga saya kuat sangat sangat
(walaupun saya tak kuat sangat mana pun)
semoga saya boleh laluinya hari hari.
(walaupun tak boleh sangat)
semoga saya selalu tersenyum
(walaupun dia tahu saya tak boleh senyum tanpa dia)
semoga saya menjadi cik meeko dia dunia akhirat
(InsyaAllah.. doakan ek!)
semoga saya sabar menunggu dia.
(walaupun saya tidak sesabar itu)
semoga saya boleh selalu dengar suara dia
(walaupun jauh macam manapun)

semoga semuanya ok saja.

untuk en ninja
saya cik meeko awak dunia akhirat, InsyaAllah.

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko
Read more...

14 May 2010

~Mata, Hati & Mata Hati

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

saya nak kongsi satu cerita yang terkesan dalam hidup saya.
bukan cerita saya. cerita untuk kita renung bersama.

*********************************************************************************

Keretapi itu baru hendak memulakan perjalanan dari stesen membawa penumpang yang berbagai ragam. Seorang lelaki tua bersama anak lelaki yang berumur 25 tahun duduk bersebelahan.

Anak lelaki yang duduk dekat tingkap kelihatan sangat teruja dan seronok ketika keretapi mula bergerak. Dia mengeluarkan tangan dari tingkap sambil menikmati tiupan sambil menikmati tiupan angin di tangannya.

Tiba-tiba dia menjerit kegirangan dan berkata dengan ayahnya ".. Ayah!... tengok semua pokok-pokok tu dah ketinggalan keretapi." Si ayah tersenyum. Dia kelihatan sangat terhibur dengan keseronokan anak lelakinya yang berusia 25 tahun itu.

Berdekatan dengan mereka ada pasangan muda yang memerhati galagat dua beranak tersebut. Mereka tidak dapat menyembunyikan perasaan pelik melihat gelagat pemuda 25 tahun yang berperangai kanak-kanak. Mata mereka tidak berkedip dan dahi berkerut memerhati perangainya. Mereka sekali lagi tergangu bila pemuda tadi terus menjerit-jerit keseronokan. " Ayah! tengok tu, Ada Tasik. Haiwan pun banyak kat situ, Awan tu ikut keretapi ni.. ha ha ha.."

"Memalukan sungguh seorang dewasa berperangai seperti budak kecil". Getus hati kedua pasangan muda yang sejak awal tidak selesa dengan perangai pelik pemuda itu.
Hujan mula turun. Titis-titis hujan membasahi tangan si anak. Dia menjerit-jerit keseronokan. " Ayaah!..Hujan turun .. air hujan kene tangan saya.. Sejuk.! seronoknya..

Pasangan muda tadi tidak tertahan lalu mencuit si ayah yang nampaknya tidak kisah pun dengan perangai anaknya yang pelik, malah kelihatan sangat terhibur. Dibisikkan kepada ayahnya ...

"Kenapa tak bawa anak pakcik jumpa doktor untuk rawatan...?"
"Kami dari hospital la ni. Anak saya baru menjalani rawatan. Sejak Lahir, hari ini adalah hari pertama dia dapat melihat " .. jawab ayah nya dengan tenang.............
(sumber - majalah nur)...
**********************************************************************************
haaaa siapa yang perlukan rawatan sebenarnya. Pasangan muda tersebut atau pemuda yang baru dapat melihat itu.....?Bila terbaca kisah ini.. saya ingatkan diri sendiri. Jangan cuba menghukum sesuatu yang kita nampak sebab mata hanya mampu melihat apa yang tersurat. Tapi hati dapat merasa apa yang tersirat. Pandang dengan mata hati... bukan dengan MATA semata-mata.

Mata lahir yang celik bukan syarat untuk mata hati yang celik. Begitu juga, mata lahir yang buta memungkinkan hati yang lebih celik.

Untuk en Ninja
Kamu mataair saya~ lalallalala

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko-

~Fallin Slowly

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam layan american idol.
Crystal & Lee nyanyi lagu faberet saya!.
besh besh...


petang ni layan semi final thomas pulak....
Malaysia Vs China ?? kemenangan berpihak pada sapa?.
huhhuhu. macam tak nak tengok.. nanti sakit ati pulak!.
jom sama-sama saksikan perlawanan ni.. Hope Pasukan Malaysia dapat buktikan sesuatu.
ameen.

untuk en ninja~
lagu untuk kamu!..
hehehe.

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko-

30 April 2010

~lagu dari seberang

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

dulu-dulu..
masa cik meeko belajar di ukm..
rakan-rakan kelas kebanyakkannya mereka dari seberang..
dek kerana ramai sangat bapak2 dan ibu2 dalam kelas tu..
cik meeko pun terpengaruh dengan lagu lagu dari seberang...
(logik tak?..huhuhu....)

sekarang ni pun..
pagi2 kalo datang office..
cik meeko mesti layan 1 atau 2 lagu dari Opick.
(lagu yang dikenalkan oleh abg yon.. teme kaseh ya!)
suka sangat-sangat lagu-lagu opick ni..
lagu-lagu yang mengingatkan kita pada NYA...

jum layan salah satu lagu yang cik meeko suka sangat.


ni opick nyanyi... (macam kenal je iklan ni....)


ni pulak datok siti nyanyi....

hmmm.. macam mana?.. suka siapa nyanyi?..
opick?.. or datok siti?

cik meeko?...
saya suka....
.......
........
......
.....
.....
.....
.....
....
....
....
....
....
....
....
....

en ninja saya nyanyi....
hahhahahahahha lariiiiiiiiii.

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

16 April 2010

~Mak Lang ... Memberi BUkan untuk Menerima

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Jumaat..=)
Pagi ni.. saya nk kongsi satu kisah..
dari~~ "satu rasa dua hati"..
(amik kesempatan kepada penulis "satu rasa dua hati"...untuk kongsi kisah ini supaya boleh dijadikan pegangan dalam kehidupan~ Thanks!)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Mak Lang ada gaduh-gaduh tak dengan Pak Lang?" tanya saya.
"Eh, kau ni.. Pak Lang kau tu panas juga orangnya. Ada la gaduh, tapi tak selalu.."
"kalo gaduh, Mak Lang buat apa?"
" Pak Lang kau tu cepat reda, datang le dia memujuk."
"Wah romantik juga ya. Apa kata-kata pujukan Pak Lang?" usik saya.
"Dia tak cakap apa-apa. Dia tengok apa Mak Lang buat, dia tolong. Itu Mak Lang tahulah.. dia pujuk.. Atau tiba-tiba dia pergi kedai, beli bahan masakan kegemaran Mak Lang...Kemudian dia kata, jom masak sama-sama".
"Apa kau tanya-tanya ni.. Mak Lang bukan pandai sangat.Orang kampung biasa. Kau tu kan belajar tinggi"
"Taklah Mak Lang, saya cuma nk dengar kisah-kisah Mak Lang. Dulu masa ada Pak Lang, takut saya. Dia tu garang orangnya." akui saya terang-terang.
"Garang-garang pun dah suami kita. Mak Lang tak harap apa-apa masa mula dijodohkan dengan Pak Lang Kamu..."
"Maksud Mak Lang?"
" Mak Lang tak pernah bayangkan suami Mak Lang mesti begini, begitu.. Hati Mak Lang terima bulat Pak Lang kamu sejak diakad nikah. Yang Mak Lang fikir, macam mana Mak Lang perlu buat bila dah kahwin nanti...Kena masak, kena jaga rumah.. kene layan suami, kena didik anak. Mak Lang sedia itu sahaja. Mak Lang fikir singkat saja. Tak pandai pasang angan-angan"

Singkat tapi tepat. Mudah tapi berhikmah. Mak Lang mungkin tidak mengtahui falsafah ilmu rumah tanggga. Tetapi, hati, perlakuan dan kata-katanya menepati ilmu yang dihuraikan oleh buku-buku besar ahli falsafah. Ilmu itu pada tindakan.

"Mak Lang belajar urut-urut tak?"
"Manalah ada ."
"Habis... kata Pak Lang dulu Mak Lang pandai mengurut?"
"Gurau dia sahaja tu. Asalnya begini, dia jatuh sewaktu bekerja di kebun. Terhincut-hincur dia balik ke rumah. Tak sampai hati Mak Lang tengok, lalu Mak Lang urut. Ikut sedap tangan je. Baik pula. Sejak tu, apa-apa sakit, dia cari Mak Lang."
"Mak Lang tahu cakar harimau?"
"Apa tu?".
"Eh, tak ada le. Apa petua Mak Lang dalam urut-mengurut ni?"
" Urut dengan hati kita.. kene sayang, kesian, kasihkan dia. bukan sekadar nak ambil hati".
"kerana nak beri kasih sayang, bukan nk dapat kasih sayang?" tanya saya.
"Kau lebih pandai. Mak Lang tak pandai cakap-cakap macam tu."
"Apa yang Mak Lang rasa hilang sangat bila ditinggalkan Pak Lang?"

Dia diam tiba-tiba. Mak Lang memang 'relaks'.Tak pernah saya lihat dia menangis. Sewaktu Pak lang meninggal dunia dulu pun, dia macam biasa. Berdoa. baca al-Quran dan membantu menyelenggarakan urusan-urusan penyempurnaan jenazah...

"Sembang-sembang Pak Lang kamu." katanya pendek,
"sembang-sembang saja?" ujar saya hairan.
"Ya, sembang-sembang pak lang kamu adalah penawar hati Mak Lang. Sambil sembang dia memujuk, memberi ilmu, sampaikan panduan. Pandai dia bercerita. Tapi ada makna. Kekadang penuh gurauan, dia tahu Mak Lang tengah sedih... "
"Bila Pak Lang suka sembang?"

"Bila ada kesempatan. Kadang-kadang sambil kami lipat baju. Masa anak-anak kecil dulu, kami bersembang sewaktu Mak Lang membuai anak.. dia lipat kain. Sekali-sekala sewaktu memasak, kalau dia tak ke kebun. Tapi paling dia tidak pernah tinggalkan ialah sembang malam. sembang-sembang menjelang tidur"...

saya senyum. Dengan pemikiran yang 'simple', bahasa dan istilah yang mudah. Mak Lang berkisah - praktik imlu-ilmu motivasi terkini. Yang ditulis dalam pelbagai buku yang mahal dan tebal-tebal. Tapi Mak Lang dan Pak Lang hanya 'orang kampung', mereka hanya 'menulis' dalam kehidupan. 'Berceramah' dengan amalan harian.

" apa falsafah hidup Mak Lang?"

"Mak Lang tak pandai.. Mak Lang hanya buat apa yang Mak Lang patut buat. Rasanya Pak Lang pun begitu juga. Rasa kami sama, sebab selalu bersama.."
"Tapi ada orang selalu bersama, tapi rasa mereka tetap tak sama.. kenapa Mak Lang?"
"Tak tahulah pula. Tapi Mak Lang dulu selalu buat macam ni.. Mak Lang selalu fikir apa yang Pak Lang rasa, bukan yang Mak Lang rasa. Kalau keadaan macam ni, macam mana Pak Lang buat. Kalau macam tu, macam mana pula Pak Lang bertindak. Entahlah, akhirnya, Mak Lang rasa dalam diri Mak Lang, Mak Lang tak ada.... yang ada cuma Pak Lang"...

Wah, ini lebih tinggi daripada prinsip 7 habits, Steven Covey - seek to understand than to be understood.

"Pak Lang rasa macam tu juga ke? Yang ada hanya Mak Lang?"..
"Sekali-sekala datang juga pertanyaan macam tu. tapi Mak Lang tepis cepat-cepat. Kita buat apa yang patut kita buat. Isteri kene sayang suami tanpa harap balasan dan sebarang alasan"...

ini lebih hebat, prinsip teras dalam cinta rumah tangga - Unconditional LOve.

saya renung buat kesekian kalinya pusara Mak Lang. Sudah lama saya tidak ziarah untuk mengambil ibrah. Namun setelah saya berumah tangga kini, terbayang satu-persatu kata-kata bersahajanya. Mereka bukan wira yang perlukan tugu kenangan. Atau negarawan besar yang perlu diberi pangkat dan gelaran. Mereka hanya manusia biasa, yang menjadi 'luar biasa' dengan sikap biasanya - jujur, telus dan tulus. Memberi bukan untuk menerima!...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hmmmm..
nk jadi macma mak Lang la~...

untuk en ninja~
i swear i never meant for this.
it was an honest mistake,
and YOU are my favourite mistake.


tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko-

15 April 2010

~Kerjaya saya

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Entri sebelum ini
saya tak pernah berkongsi kisah kerjaya saya
maklumlah.. kalo nak update kisah kerja..
mesti berjela-jela entri mengenainya.

Anggapan semata-mata
Kawan 1 : wah!.. beshnya kerja penolong pendaftar..
Kawan 2 : kerja orang glamour... mesti seronok kan..
orang kampung 1 : wah jadi pegawai.. mesti gaji besar..
orang kampung 2 : wah... nanti boleh tolong anak makcik masuk U.

Hakikat sebenar..

Tanggungjawab yang besar plus Berat.
Kerja saya menguruskan pelajar. pensyarah. anak-anak buah saya.
Macam jaga satu Fakulti. Dengan karenah pelajar sekarang,dengan bijak Pandai Pensyarah, dengan pelbagai perangai anak-anak buah saya. kadang-kadang pening sekejap dibuatnya..macam-macam masalah kene selesaikan. Kadang-kadang dalam masa yang sama, saya kene buat macam2 perkara yang berlainan.itu baru ada 2 tangan.. kalo ada 10 tangan.. mesti saya boleh buat 100 benda dalam satu masa yang sama.


Memerlukan Kesabaran Yang Tinggi
Kadang-kadang kompius sekejap. samaada nak jadi baikhati atau
garang!... Bila jadi baik hati.. ramai la yang suka minta tolong
buat itu .. buat ini..kadang-kadang saya berlembut juga .. tapi kalo yang
dah degil sangat macam pak-pak arab.. saya sound direct je..tapi komprim dia sound kita balik.. silap haribulan.. diaorang buat report!.huh... sabar kan jelah .. dengan pensyarah pun sama.. Bila kita bagi arahan untuk submit kerja.. macam2 la komplem sana sini. tapi bila minta tolong...alahai... lembut lidah dari tulang..Macam2 perangai manusia kat muka bumi ni, selagi saya boleh bersabar.. saya akan bersabar.. tapi kalo tak boleh tahan sabar.. alamaknye.. menangis depan en ninja la..huhu(tetiba saya teringt CIk Najmah Samsuddin- Penolong pendaftar masa saya belajar di utm dulu.. garangnye dia.sampai kami takot nk buat silap. sebab takot jumpa dia.tapi kami selalu buli abg Dollah~~ kerani masa tu.. suka sangat membantu.. Teme Kasih abg dollah)

Kena Pandai Bahagi Masa
Kerja pengurusan ni.. kena pandai bahagi masa. kene banyak buat perancangan sebelum nak start kerja. almaklum la.. kerja melambak. bila tengah sibuk dengan satu kerja urgent.. tiba-tiba datang kerja yang urgent daripada itu.. haih..nak buat mana satu. benda yang saya tgh buat pun urgent jugak.. haaa mana satu..last2 tak buat. pastu kene marah.. tak naya keje macam tu.. so apa2 pun,, skang ni..saya selalu gunakan list to do.. sebab kadang-kadang.bila tgh buat kerja. datang kerja baru... saya terlupa kerja lama.. ha.. kes kes. maka jadinya.. saya kene pandai-pandai menguruskan masa saya.

Kerja yang menimbun
siapa kata kerja penolong pendaftar ni senang!.mula-mula pun saya rasa senang.. tapi dah setahun setengah..saya jadi mula BENGANG dengan kerja-kerja yang saya rasa.."eh bukan aku yang patut buat ni.. sepatutnya dia"..kerja saya dah menimbun macam gunung everest.. pastu..ditimbun dengan kerja-kerja yang bukan kerja saya. haaa!.sapa yang bertanggungjawab!.. tak paham dengan orang yang suka sub-sub kerja ni.. kan bagus.. kalo dunia ni.. semua orang buat kerja masing-masing. tak adalah menyusahkan orang lain. saya rasa kalo semua mengerjakan hak masing-masing. mesti tak ada org tuntuk hak nafkah,hak harta.. (tetiba salah topik ni). Apa-apa pun.. saya cuba lakukan yang terbaik untuk kerja saya yang menimbun macam everest tu.


haaa..
sapa cakap kerja saya glamor..
(glamor dengan pak arab buat apa ~~)
sapa cakap kerja besh
(pening...)
untuk makcik-makcik kat kampung yang berharap
saya untuk membantu anak dia masuk U...
(makcik.. suh anak-anak makcik belajar pandai,InsyaAllah).

apa-apa pun,,
saya akan buat sehabis baik!,
InsyaAllah.. saya akan bantu selagi saya boleh menbantu
saya nk jadi budak paling sabar! (44X) amen.
saya nak jadi budak paling rajin buat kerja! (44X) amenn

untuk en ninja.
saya nk jadi budak paling rajin sayang awak!.. (44X)
oppss iklan lagi ..hehehe

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko-

12 April 2010

~Today..

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

today~~.... i want to..

1. please Allah & His Messenger today.
2. behave in the best akhlaq today.
3. smile to at least 3 strangers today.
4. lighten the burden of someone today.
5. be patient & happy in all situations today.
6. get closer to Allah & & His Messenger today.
7. give my best in my worldly commitments today.
8. make my 'mum's day today.
9. benefit to the people around me today.
10.conscious of Allah in every moment and in every
place i go today
11.make everyone love me today
12.make my ninja's day today.


~~~
alhamdulillah.. last saturday...
i'm done for the exam...

untuk Puan yana & and Team PTD~
Thanks for ur supporting!

untuk kak CT...
thank you bagi tumpang saya tido..
dengan penuh nyenyak saya tido..

untuk en ninja~
Thanks a lots!.
for always be my ninja's.

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko-
Read more...