Daisypath Anniversary tickers

30 June 2010

~Tempat jatuh

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

tempat jatuh dikenang.. ini kan pula tempat bermain..
saya saja tukar perumpamaan ini kepada...
tempah jatuh dikenang.. ini kan pula tempat jatuh cinta.

inilah tempat pertama kali nampak dia. orang kata.. love for first sight. (betul ke).hehehe..so setiap kali saya lalu tempat ini.. saya mesti sengih sorang-sorang..hahaha. Gila.

Untuk En Ninja
ingin berkali-kali saya jatuh...
jatuh cinta.
lariiiiii

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

29 June 2010

~ Jual ubat gusuk

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


ya ampun.. bahasa oh bahasa

Untuk En Ninja
teringat kamu selalu komen bahasa pemahaman saya!
dush dush! (kat sini je boleh dush kamu)
huhu.
lari.

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

28 June 2010

~Muhasabah Cinta

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Wahai Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu
Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku
Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu
**********************************************************

Untuk En Ninja
Ya Allah ya Tuhanku. Lindungi kami dari putus asa.

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

~Tanda Kiamat

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani; Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau, yang menjadikan aku, dan aku adalah hambaMu, dan aku tetap atas amanahMu, dan janji Mu sekadar kesanggupanku, aku berlindung kepadaMU daripada kejahatan yang telah aku lakukan, aku mengakui bagiMu dengan ni'mat ke atasku dan aku mengakui dosaku, ampunilah aku, maka sesungguhnya tiada siapa boleh megampuni dosa-dosaku melainkan Engkau sahaja."- Penghulu Istighfar

cuba perhatikan tarikh-tarikh penting ini.....
(27-11-2009) Hari raya aidiladha “hari Jumaat”
(18-12-2009) Tahun baru hijrah “hari Jumaat”
(25-12-2009) Hari krismas “hari Jumaat”
(1-1-2010) Tahun baru “hari Jumaat”
(26-2-2010) Maulidur rasul “hari Jumaat”
(2-4-2010) Good friday “hari Jumaat”
(28-5-2010) Hari wesak “hari Jumaat”
(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri “hari Jumaat”
(27-8-2010) Nuzul Al-Quran “hari Jumaat”
(5-11-2010) Depavali “hari Jumaat”


Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi pada hari JUMAAT. Kiamat semakin menghampiri...? Ya Allah...Adakah Dunia Di Penghujung Nyawa?

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:‘Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.’Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. ‘- Sahih Bukhari
~ dah jadi dah…

2) Zina bermaharajalela.
‘Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.’- Sahih Muslim
~ dah nampak dah…

3) Bermaharajalela alat muzik.
‘Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka’. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; ‘Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?’Baginda menjawab: ‘Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita’- Ibnu Majah
~ Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik…

4) Menghias masjid & membanggakannya.
‘Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid’- Riwayat Nasai..
~ memang dah nampak dah…

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
‘Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.’- Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu……

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran’ – Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama’yg tinggal…

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
‘Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’bin Luka’(orang yang ***** & hina).Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia’- Riwayat Thabrani
~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysiapun ada….

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
‘Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.’- Riwayat Ahmad
~ jiran sebelah rumah pon tak bertegur sapa…

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. ‘Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang’.
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)…

10) Bulan sabit kelihatan besar.
‘Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.’- Riwayat Thabrani
~ dah terjadi.. tapi tak pernah saksikan sendri

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
‘Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu’ – Sahih Muslim
~ Melodi.Fuhh.AC DIsini

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
‘Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.’-Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq …

13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.
‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²’- Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji… Mina dah kene banjir…

Untuk En Ninja
”Dah lama ke pakcik pakai kaki tu?”
“Dah lama nak. Dah jauh pakcik jalan. Tapi ingat, jalan mesti ke depan, bukan ke belakang..”(iklan Merdeka Petronas)
saya suka iklan ini... Mengingatkan diri akan perjalanan hidup yang mesti diteruskan walau apa yang kita hadapi sedikit sebanyak melemahkan diri.
saya tetap menjadi cik meeko kamu. (~,o)/

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

25 June 2010

~ Try Not to Cry..

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Please.. Try not to cry my little one
Don't show your tears to your oppressor!

untuk saya juga.. Please try not to cry!

Untuk En Ninja
I’ll stand by you
dengan kamu!.. sentiasa ingin mempercayai kamu sepenuh hati. InsyaAllah =)

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

~ Asma Allah

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Buka speaker kuat-kuat..sambil layan lagu ni... SubhanaALLAH..
pagi-pagi mamat ni dah buat saya nagis..nasib baik ensem..
(opsss kepada en ninja. buat tak dengar ek.. huhuhu ampun.)




Untuk En Ninja
kamu tetap 'ensem' di hati saya.!

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

24 June 2010

~Akan rindu Ta'azim MU...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sedar tak sedar... masa belalu begitu pantas sekali.Pantas sehingga saya tak sedar.. bulan ni.. bulan rejab.Bulan yang penuh keberkatan. (Ya Allah.. ampuni aku.. aku alpa dengan bulan MU YA ALLAH)..Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan dan kemulaian) kerana ALLAH S.W.T. akan melimpahkan rahmat dan kemurahan-NYA.

Rasullullah S.A.W pernah bersabda
Sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Rejab,maka Allah S.W.T menyeru kepada nya ."Telah wajib hakmu atas KU, mintalah oleh mu kepada ku. Demi ketinggian dan kebesaranKu, tidak akan AKU tolak hajatmu. engkau adalah jiran KU di bawah 'Arasy-ku. Engkau kekasih-Ku daripada semua mahluk-Ku. Engkau mulia disisiKu. Berbahagialah kamu, tiada hijab diantara Aku dan Engkau"

Pelbagai peristiwa besar Islam yang berlaku dalam bulan yang penuh ta'azim ini. Mengingatkan kita pada Peristiwa Isra' dan Mi'raj dimana Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Peristiwa Isra' dan Mi'raj diangkat tinggi darjatnya di mana Berpuasa sunat Rejab sehari pada 27 rejab (Peristiwa Isra' dan Mi'raj) di beri pahala seperti puasa 60 bulan. Jika disertai dengan ibadat bersedekah, diberi pahala seperti berpuasa seribu tahun ... Ya Allah besarnya rahmatMu ....

Ibadat puasa sunat pada bulan Rejab ini akan bertambah lipat-ganda ganjaran pahalanya jika dikerjakan pula solat-solat sunat pada malam dan siangnya. Solat-solat sunat ini termasuklah solat sunat bulan rejab dan solat sunat yang lain seperti tahajjud, Tasbih, Hajat, Isyraq, Dhuha, Taubat dan lain-lain.

Mereka yang mengerjakan ibadat Puasa sunat Rejab pada Khamis, diikuti mengerjakan solat rejab 12 rakaat (6 salam) pada malamnya (malam jumaat) selepas fardu Magrib,maka akan diampunkan dosa-dosanya dan dilipatgandakan ganjaran pahalanya.
Amalan solat itu di lakukan dengan

1. Selepas Fatihah Rakaat pertama, baca Surah Al-Qadr 3 kali
2. Selepas Fatihah Rakaat kedua, baca surah Al-ikhlas 12 kali.
3. Selepas salam, berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W 70 kali
4. Diikuti sujud pertama dengan berdoa
"Tuhanku ampunilah aku dan rahmatilah aku, dan hindarilah dari apa jua keburukan yang ENGKAU ketahui"
4. Bangun dari sujud dan ikuti sujud kedua dengan beroda mengikut hajat yang baik. (InsyaAllah akan dimakbulkan)..

Subhanallah.. besarnya Rahmat Mu.. Agungnya Cinta Mu...

jom sama-sama meriahkan bulan yang penuh ta'azim ini..

Untuk En Ninja
Syukur... betapa 'nikmatnya Ujian NYA kepada kita.
mendapat nikmat yang kadang2 orang lain tak dapat. Alhamdulilah.
Syukur.. ada kamu di situ.


tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko