Daisypath Anniversary tickers

15 June 2012

~ Mengumpul kekuatan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sorry. Saya terpaksa memilih tempat ini untuk meluahkan rasa hati saya. Rutin pejabat menyebabkan “semangat” saya menghilang. Tak tahu kemana. Tak tahu siapa yang bawa pergi ‘semangat” itu. Mungkin dek kerana ‘kesibukan’. Ataupun mungkin kerana.... hmmmmm.

Setahun setengah yang lalu, saya diamanahkan untuk memberi khidmat di tempat sekarang ini. Macam-macam benda yang saya mengadap. Semuanya benda baru. Karenah baru. Politik baru. Suasana yang sentiasa baru. Dan paling baru yang saya belajar. Lebih banyak bersabar.(adooiya)

Yes!.Bersabar. Mental kena kuat. Kalau tak, tak mungkin saya dapat bertahan (Saya beruntung En Ninja sentiasa ada untuk saya) . Sejak akhir-akhir ini politik semakin hebat dicanang-canangkan disini. Kalah musim pilihanraya. Masing-masing ada agenda tersendiri. Buruk niatnya. Baik niatnya.. itu saya tidak tahu. Semuanya ada “udang disebalik batu”. Lemas!

Cuba ingatkan diri saya. Berbalik pada hari pertama saya mula bekerja di sini. Ada yang bertanya apa prinsip kerja saya. Ikhlas. Itulah saya pegang sampai sekarang. Tapi sejak akhir-akhir ini ‘ikhlas’ itu menghilang. Dan saya sedang berusaha mendapatkan ia balik.

Doa dan harapan saya, jangan kiranya ada orang sekeliling yang berkecil hati dan marah dengan kelemahan dan kesalahan saya. Bak lagu Rohana Jalil..”aku insan yang lemah. Hanya mampu berserah”. dan saya benar-benar berserah dan mengharapkan Allah memberikan kekuatan kasih sayang, iman, ilmu, kesihatan, keberkatan, keselamatan untuk saya lebih banyak “memberi”.

Mudah-mudahan Allah memberi pelindungan dari keluh kesah dan dukacita, sikap kelemahan dan kemalasan dan daripada sifat ketakutan sehingga saya cukup “berani” menghadapi.

~Untuk En Ninja
Needing u abang!

tata.

With The Greatest Love~
-chenta hati En Ninja.

21 May 2012

~Hari ini tentang Donut

سم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Donat..
kau ingat tak ..
masa ko terbongkok-bongkok sakit perut nak muntah..
kononnya aku nak selamatkan ko.. tapi aku yang muntah kat belakang.
(sampai bila-bila aku tak boleh lupa peristiwa tu)

Donat..
kau ingat tak ..
masa kita jatuh motor plus motor hempap aku
tapi ko selamatkan motor dulu dari selamatkan aku.
kata ko. takut motor terbakar.. yelah tu kawan.

Donat..
kau ingat tak ..
masa exam ko jatuh pengsan...
glamour sekejap geng kita. disebabkan ko pengsan

Donat..
kau ingat tak ..
kitaorang pinjam duit ko.. buat belanja jalan2 kat langkawi.
masa tu ko jadi "orang kaya " dapat duit terpijak.
heaven.

Donat..
kau ingat tak ..
kita gaduh.. sampaikan aku tak dapat tengok Shepia (Last episode)
sampai sekarang aku tak tahu apa endingnya cete tu.

Donat..
kau ingat tak ..
kau curi-curi rakam masa aku tido.
kononnya ko nak tunjukkan bukti dalam tido aku suka makan.
cet!.

Donat..
kau ingat tak ..
aku tak dapat attend "BIG DAY" ko....
tiap kali jumpa ko mesti ungkit.. huhuuhu sedih..

Sampai sekarang aku masih terasa.
rasa macam semalam benda-benda tu belaku.
rasa macam semalam aku dapat jadi kawan ko.
anyway aku harap..
jauh macammana pun ko dengan aku..
aku tetap nak kawan dengan ko.
lama macam mana pun tak bertanya khabar.
u still in my mind.
dan aku nak ko tahu..
i love u too three four.


Untuk Puan Nur Diyana Zulkifli.
Selamat Hari Jadi.
Semoga menjadi isteri. anak.cikgu.ibu yang diredhaiNYA
Semoga segala impian + doa doa selama ini termakbul.
Dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baik.
Dilimpahkan kebahagian yang berkekalan.
amen-amen ya Rabbalalamin..

With The Greatest Love~
-Cik Meeko.

15 March 2012

~Hanya kerana sebutir ilmu

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"Berkorban apa saja..Harta ataupun nyawa.itulah kasih mesra. sejati dan mulia" bait-bait lagu Tan Sri P.Ramlee.Ringkas.Padat dan Penuh Makna.

Setiap hamba dambakan kebahagian. kesenangan. kemewahan.Demi mengejar semua itu, kita tidak dapat lari untuk melakukan pengorbanan samaada bentuk fizikal, material atau pun emosi. Sama jugalah macam En ninja saya. Berkorban demi kami sekeluarga. Hanya Kerana sebutir Ilmu.

Demi mengejar ilmu. Mengejar cita-cita.
Sanggup meredah hujan. Ribut. Petir berdentum.
tetap juga dia gagahkan diri demi sebutir ilmu.

Demi mengejar ilmu. Mengejar cita-cita.
korbankan masa bersama keluarga.
tetap juga dia kuatkan hati demi mengejar sekeping ilmu.

Demi mengejar ilmu. Mengejar cita-cita.
Sanggup lupakan sekejap lapar dan hausnya
tetap juga biarkan perut berkeroncong demi menimba sebaldi ilmu.

Demi mengejar ilmu. Mengejar cita-cita.
korban duitnya dan simpanannya
tetap juga dia berhabis demi membayar sebuku ilmu.

Demi mengejar ilmu. Mengejar cita-cita.
korban tenaga dan penatnya
tetap juga dia berlelah demi mencari segantang ilmu.

Demi masa depan keluarga kami. jiwanya tetap kental.Korban masa.Korban Minat.Korban Tenaga. Sanggup meredah tanpa keluh.Belum pernah saya nampak ada riak keluh dimukanya. Balik lewat malam macam mana pun.Mesti senyum dibibirnya dihadiahkan. Penat macam mana pun. Dia tetap ringankan tulang. Sejuk mengigil meredah malam.jiwanya tetap gagah.

Sebab itulah. Setiap doa saya. Semoga Allah kuatkan semangatnya.
Sebab itulah. Setiap masakan saya.Semoga Allah memberi keberkatan setiap suapannya.
Sebab itulah. Setiap basuhan pakaian. Semoga Allah memberi keselesaan kepadanya.
Sebab itulah. Setiap senyuman saya. Semoga Allah menghilangkan penatnya.
Sebab itulah. Setiap pelukan saya. Semoga Allah memberi rahmat kepadanya.

~Untuk En Ninja
Semoga setiap pengorbananmu mendapat redha NYA.
Semoga masa konvo nanti.. dapat bergambar dengan anak yang berderet deret deret deret. ops!.hihihi

tata.

With The Greatest Love~
-chenta hati En Ninja

16 February 2012

~ Man on the Ledge

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Rugi kalau tak tengok "Man on The Ledge".
Simple. But There's story behind "man on the Ledge".

~Untuk En Ninja
Thanks!

tata.

With The Greatest Love~
-chenta hati En Ninja.

13 February 2012

~Usaha

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

saya percaya.kejayaan tidak akan datang bergolek-golek. dan kejayaan tidak akan akan datang menyembah bumi tanpa ada usaha dari hambaNYa.(tapi kalau ada unsur-unsur rasuah/bodek- itu saya no komen).Prinsip kerja saya senang jer. bermula dengan niat ikhlas dalam melaksanakan kerja.
usaha.usaha.usaha.usaha.usaha.usaha.usaha.usaha.usaha.usaha.usaha.usaha.
usaha.usaha.usaha. usaha.usaha.usaha.usaha.usaha.usaha.usaha.
InsyaAllah Pasti Berjaya.

Kenapa "usaha". Sebab Allah dah berjanji "Man Jadda Wa Jadda"
sesiapa yang berusaha. pasti akan berjaya.


Pernah pada suatu hari, pada zaman Rasulullah seorang pemuda jujur yang ditipu oleh rakan-rakan menyatakan ada emas di dalam tasik berhadapannya. Mendengar kata rakan-rakannya. pemuda itu memulakan operasi mencari emas di dalam tasik itu...

berjam-jam.

berhari-hari.

berminggu-minggu.

bertahun-tahun.

mencari emas itu. sehingga tasik menjadi lubuk.lembah.gunung.bukit.
puas si pemuda itu tercari-cari. mengali. mencangkul.namun usahanya sia-sia sahaja.Kalau ikutkan logik akal manusia.. usaha si pemuda itu sia-sia sahaja. disebabkan rakan-rakannya yang menipu..Tapi Kuasa Allah. tiada siapa yang boleh sangkal. Akhirnya si pemuda itu menjumpai longgokan emas di dalam tasik itu. Itu pun sebab Allah telah berjanji."Man Jadda Wa Jadda". Sesiapa yang berusaha pasti akan Berjaya.

~Untuk En Ninja
saya pasti berusaha untuk menjadi isteri solehah kamu!
InsyaAllah.

tata.

With The Greatest Love~
-chenta hati en Ninja.

09 February 2012

~Doa Nabi S.A.W ketika perang Uhud

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah, Segala puji hanya bagi-Mu, Ya Allah tiada ada yang dapat mengenggam apa yang telah Engkau bentangkandan tidak ada pula yang dapat membentangkan apa yang telah Engkau genggam.Tidak ada yang boleh memberi petunjuk terhadap siapa yang telah Engkau sesatkan, tiada apa pula yang dapat menyesatkan siapa yang telah Engkau beri petunjuk.

Tidak ada yang boleh memberi terhadap apa yang telah Engkau tahandan tidak ada pula yang boleh menahan terhadap apa yang telah Engkau beri.Tidak ada yang boleh mendekatkan terhadap apa yang telah Engkau jauhkan, dan tidak ada pula yang boleh menjauhkan terhadap apa yang telah Engkau dekatkan.

Ya Allah, Bentangkan pada kami dari Berkat-Mu, rahmat-Mu, Kelebihan-Mu, dan rezeki-Mu.Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kenikmatan yang kekal yang tidak berlalu dan tidak pula hilang. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kenikmatan pada saat kefakiran, dan keamanan pada saat ketakutan.

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari keburukan apa sahaja yang telah Engkau berikan dan dari keburukan apa sahaja yang Engkau tahan.

Ya Allah, cintakan pada diri kami keimanan dan hiaskanlah pada hati-hati kami, dan bencikan diri kami terhadap kekufuran, kefasikan serta kemaksiatan.Jadikan kami di antara orang-orang yang mendapat petunjuk.

Ya Allah, wafatkan kami dalam keadaan islam, hidupkan kami dalam keadaan islam, dan sertakan kami bersama dengan orang-orang salih yang tidak hina dan tidak pula terfitnah.

Ya Allah, perangilah orang-orang kafir yang mendustakan para Rasul-Mu dan merintangai jalan-jalan-Mu, dan berikan mereka seksa_mu dan azab-Mu. Ya Allah, perangilah orang-orang kafir yang telah diberi kitab (yahudi dan nasrani).


** paste doa Nabi S.A.W semasa Perang Uhud sebelum hilang. Betapa komprehensifnya isi doa Baginda.

03 February 2012

~Sakit Lagi.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pak unggu
sakit lagi :(
sekali lagi ke bengkel Uncle.


Pak Unggu cepat sembuh ya.

~Untuk En Ninja
sayang kamu padat-padat!

tata.

With The Greatest Love~
-chenta hati en Ninja.