05 September 2013

~ TIPS MENGERATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Please Take Note  :) AND also to remind myself

1) Solat Berjemaah.
Solat berjemaah amat dituntut dalam Islam… Suami sebagai ketua keluarga hendaklah menjadi imam kepada isteri dan anak2.. Dia hendaklah mempergilirkan solat berjemaah diantara di rumah dan di mesjid atau surau.. Bersolat dan berdoa bersama2, dapat mengeratkan hubungan suami isteri dan anak2…

2) Memberi bimbingan Agama.
Suami juga hendaklah memberi didikan agama kepada keluarganya, dengan cara membaca kitab2 agama, tafsir Al Quran, Hadith2 Nabi s.a.w… Pilih masa yang sesuai, terutama selepas solat fardhu berjemaah.. Masa diambil kira2 10 – 20 minit, mengikut kesesuaian..

3) Saling memberi hadiah
Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam telah bersabda: "Saling memberi hadiahlah kamu, niscaya kamu akan saling cinta mencintai." (HR. Bukhari).. Memberi hadiah merupakan salah satu bentuk perhatian seorang suami kepada isterinya, atau isteri kepada suaminya. Terlebih bagi isteri, hadiah dari suami mempunyai nilai yang sangat mengesankan. Hadiah tidak semestinya mahal, tetapi sebagai simbol perhatian suami kepada isteri..

4) Mengkhususkan waktu untuk Makan Bersama dan duduk bersama.
Jangan sampai antara suami isteri sibuk dengan urusan masing-masing, dan tidak ada waktu untuk duduk bersama. Kelak anak2 akan kehilangan kasih sayang ibu dan ayah... Firman Allah: "Pergaulilah mereka dengan baik." (QS. An Nisa':19)…Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam juga bersabda: "Orang yang paling sempurna imannya adalah yang terbaik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap isteri-isteri kamu." (HR. Tirmidzi)..

5) Menampakkan wajah yang ceria.
Seorang isteri akan senang jika suaminya berwajah ceria, tidak berkerut. Secara umum Nabi Shalallahu 'Alaihi Wassalam bersabda: "Sedikit pun janganlah engkau menganggap remeh perbuatan baik, meskipun ketika berjumpa dengan saudaramu engkau menampakkan wajah yang manis dan ceria." (HR. Muslim).. Begitu pula sebaliknya, ketika suami datang, seorang isteri jangan sampai menunjukkan wajah masam atau marah. Meskipun demikian, hendaknya seorang suami juga memahami keadaan isteri secara kejiwaan. Misalnya, isteri yang sedang haidh atau nifas, terkadang melakukan tindakan yang kurang menyenangkan. Maka seorang suami hendaklah bersabar.

6) Bersama-sama melakukan tugas2 rumahtangga…
Di antara kesalahan sesetengah suami ialah, mereka menolak untuk membantu tugas2 di rumah. Nabi Shalallahu 'Alaihi Wassalam melakukan tugas-tugas di rumah, seperti menjahit pakaiannya sendiri, memperbaiki sandalnya dan melakukan tugas-tugas di rumah. Terlebih lagi dalam keadaan darurat, seperti isteri sedang sakit dan sebagainya…

7) Ucapan dan kalimat yang baik.
Kata2 yang baik adalah kata2 yang menyenangkan. Hendaklah menghindari kata2 yang tidak menyenangkan, bahkan menyakitkan. Seorang suami yang menegur isterinya karena tidak berhias, tidak mempercantik diri dengan celak dimata, harus dengan ucapan yang baik. Misalnya dengan perkataan "Mengapa engkau tidak memakai celak?" Isteri menjawab dengan kalimat yang menyenangkan: "Kalau aku memakai celak, akan mengganggu mataku untuk melihat wajahmu".

Perkataan yang demikian menunjukkan ungkapan perasaan cinta isteri kepada suami. Ketika ditegur, ia menjawab dengan kalimat yang menyenangkan... 


~Untuk En Ninja
Sesungguhnya redha ALLAH ada dalam redhamu... Andai lidah terkasar bahasa.... Andai hatimu terguris rasa... Andai perilaku tidak mengena... Kira hatimu bahagia dengan senduku.. Kerana khilaf kurangnya ilmu... Ku pohon bimbing didiklah daku...

With The Greatest Love~
-chenta hati En Ninja.

12 April 2013

~Tips untuk Kebahagian Anak :)


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Saja paste letak dalam blog..
InsyaAllah, ada rezeki kami... boleh amalkan :) 

Tips untuk Kebahagiaan Anak
==================

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

1. Kirimkan Al-Fatihah

Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang Wajah Semasa Tidur
Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Solat Hajat di sisinya
Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4.Ucapan kasih sayang
 Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Pelukan
Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Sentiasa memaafkan
Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Tutur kata
Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Doa
Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat.

رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى‌ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ

[Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Peringatan
Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10.Petua
Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai ..dan ingat kepada Allah sentiasa

~Untuk En Ninja
sama-sama kita amalkan ek .. LoVe U.

tata.

With The Greatest Love~
-chenta hati En Ninja.



10 April 2013

~J U S T B E L I E V E

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Di mana ada kemahuan. di situ ada jalan.



~Untuk En Ninja
Chaiyok2!.. i'm always be with u abang. 

tata.

With The Greatest Love~
-chenta hati En Ninja.

09 April 2013

OH ALLAH

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

OH ALLAH, 

Sometimes its hard for me to understand what YOU really want to happen
But i trust YOU. 
i Know YOU will give me what's best :) 
Insha Allah 

~Untuk En Ninja
i l o v e u

tata.

With The Greatest Love~
-chenta hati En Ninja.