30 June 2010

~Tempat jatuh

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

tempat jatuh dikenang.. ini kan pula tempat bermain..
saya saja tukar perumpamaan ini kepada...
tempah jatuh dikenang.. ini kan pula tempat jatuh cinta.

inilah tempat pertama kali nampak dia. orang kata.. love for first sight. (betul ke).hehehe..so setiap kali saya lalu tempat ini.. saya mesti sengih sorang-sorang..hahaha. Gila.

Untuk En Ninja
ingin berkali-kali saya jatuh...
jatuh cinta.
lariiiiii

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

29 June 2010

~ Jual ubat gusuk

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


ya ampun.. bahasa oh bahasa

Untuk En Ninja
teringat kamu selalu komen bahasa pemahaman saya!
dush dush! (kat sini je boleh dush kamu)
huhu.
lari.

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

28 June 2010

~Muhasabah Cinta

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Wahai Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu
Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku
Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu
**********************************************************

Untuk En Ninja
Ya Allah ya Tuhanku. Lindungi kami dari putus asa.

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

~Tanda Kiamat

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani; Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau, yang menjadikan aku, dan aku adalah hambaMu, dan aku tetap atas amanahMu, dan janji Mu sekadar kesanggupanku, aku berlindung kepadaMU daripada kejahatan yang telah aku lakukan, aku mengakui bagiMu dengan ni'mat ke atasku dan aku mengakui dosaku, ampunilah aku, maka sesungguhnya tiada siapa boleh megampuni dosa-dosaku melainkan Engkau sahaja."- Penghulu Istighfar

cuba perhatikan tarikh-tarikh penting ini.....
(27-11-2009) Hari raya aidiladha “hari Jumaat”
(18-12-2009) Tahun baru hijrah “hari Jumaat”
(25-12-2009) Hari krismas “hari Jumaat”
(1-1-2010) Tahun baru “hari Jumaat”
(26-2-2010) Maulidur rasul “hari Jumaat”
(2-4-2010) Good friday “hari Jumaat”
(28-5-2010) Hari wesak “hari Jumaat”
(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri “hari Jumaat”
(27-8-2010) Nuzul Al-Quran “hari Jumaat”
(5-11-2010) Depavali “hari Jumaat”


Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi pada hari JUMAAT. Kiamat semakin menghampiri...? Ya Allah...Adakah Dunia Di Penghujung Nyawa?

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:‘Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.’Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. ‘- Sahih Bukhari
~ dah jadi dah…

2) Zina bermaharajalela.
‘Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.’- Sahih Muslim
~ dah nampak dah…

3) Bermaharajalela alat muzik.
‘Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka’. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; ‘Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?’Baginda menjawab: ‘Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita’- Ibnu Majah
~ Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik…

4) Menghias masjid & membanggakannya.
‘Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid’- Riwayat Nasai..
~ memang dah nampak dah…

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
‘Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.’- Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu……

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran’ – Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama’yg tinggal…

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
‘Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’bin Luka’(orang yang ***** & hina).Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia’- Riwayat Thabrani
~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysiapun ada….

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
‘Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.’- Riwayat Ahmad
~ jiran sebelah rumah pon tak bertegur sapa…

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. ‘Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang’.
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)…

10) Bulan sabit kelihatan besar.
‘Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.’- Riwayat Thabrani
~ dah terjadi.. tapi tak pernah saksikan sendri

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
‘Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu’ – Sahih Muslim
~ Melodi.Fuhh.AC DIsini

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
‘Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.’-Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq …

13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.
‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²’- Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji… Mina dah kene banjir…

Untuk En Ninja
”Dah lama ke pakcik pakai kaki tu?”
“Dah lama nak. Dah jauh pakcik jalan. Tapi ingat, jalan mesti ke depan, bukan ke belakang..”(iklan Merdeka Petronas)
saya suka iklan ini... Mengingatkan diri akan perjalanan hidup yang mesti diteruskan walau apa yang kita hadapi sedikit sebanyak melemahkan diri.
saya tetap menjadi cik meeko kamu. (~,o)/

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

25 June 2010

~ Try Not to Cry..

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Please.. Try not to cry my little one
Don't show your tears to your oppressor!

untuk saya juga.. Please try not to cry!

Untuk En Ninja
I’ll stand by you
dengan kamu!.. sentiasa ingin mempercayai kamu sepenuh hati. InsyaAllah =)

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

~ Asma Allah

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Buka speaker kuat-kuat..sambil layan lagu ni... SubhanaALLAH..
pagi-pagi mamat ni dah buat saya nagis..nasib baik ensem..
(opsss kepada en ninja. buat tak dengar ek.. huhuhu ampun.)




Untuk En Ninja
kamu tetap 'ensem' di hati saya.!

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

24 June 2010

~Akan rindu Ta'azim MU...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sedar tak sedar... masa belalu begitu pantas sekali.Pantas sehingga saya tak sedar.. bulan ni.. bulan rejab.Bulan yang penuh keberkatan. (Ya Allah.. ampuni aku.. aku alpa dengan bulan MU YA ALLAH)..Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan dan kemulaian) kerana ALLAH S.W.T. akan melimpahkan rahmat dan kemurahan-NYA.

Rasullullah S.A.W pernah bersabda
Sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Rejab,maka Allah S.W.T menyeru kepada nya ."Telah wajib hakmu atas KU, mintalah oleh mu kepada ku. Demi ketinggian dan kebesaranKu, tidak akan AKU tolak hajatmu. engkau adalah jiran KU di bawah 'Arasy-ku. Engkau kekasih-Ku daripada semua mahluk-Ku. Engkau mulia disisiKu. Berbahagialah kamu, tiada hijab diantara Aku dan Engkau"

Pelbagai peristiwa besar Islam yang berlaku dalam bulan yang penuh ta'azim ini. Mengingatkan kita pada Peristiwa Isra' dan Mi'raj dimana Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Peristiwa Isra' dan Mi'raj diangkat tinggi darjatnya di mana Berpuasa sunat Rejab sehari pada 27 rejab (Peristiwa Isra' dan Mi'raj) di beri pahala seperti puasa 60 bulan. Jika disertai dengan ibadat bersedekah, diberi pahala seperti berpuasa seribu tahun ... Ya Allah besarnya rahmatMu ....

Ibadat puasa sunat pada bulan Rejab ini akan bertambah lipat-ganda ganjaran pahalanya jika dikerjakan pula solat-solat sunat pada malam dan siangnya. Solat-solat sunat ini termasuklah solat sunat bulan rejab dan solat sunat yang lain seperti tahajjud, Tasbih, Hajat, Isyraq, Dhuha, Taubat dan lain-lain.

Mereka yang mengerjakan ibadat Puasa sunat Rejab pada Khamis, diikuti mengerjakan solat rejab 12 rakaat (6 salam) pada malamnya (malam jumaat) selepas fardu Magrib,maka akan diampunkan dosa-dosanya dan dilipatgandakan ganjaran pahalanya.
Amalan solat itu di lakukan dengan

1. Selepas Fatihah Rakaat pertama, baca Surah Al-Qadr 3 kali
2. Selepas Fatihah Rakaat kedua, baca surah Al-ikhlas 12 kali.
3. Selepas salam, berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W 70 kali
4. Diikuti sujud pertama dengan berdoa
"Tuhanku ampunilah aku dan rahmatilah aku, dan hindarilah dari apa jua keburukan yang ENGKAU ketahui"
4. Bangun dari sujud dan ikuti sujud kedua dengan beroda mengikut hajat yang baik. (InsyaAllah akan dimakbulkan)..

Subhanallah.. besarnya Rahmat Mu.. Agungnya Cinta Mu...

jom sama-sama meriahkan bulan yang penuh ta'azim ini..

Untuk En Ninja
Syukur... betapa 'nikmatnya Ujian NYA kepada kita.
mendapat nikmat yang kadang2 orang lain tak dapat. Alhamdulilah.
Syukur.. ada kamu di situ.


tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

23 June 2010

~Mencari Ketenangan Diri 2

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

satu lagi bingkisan 'bekalan hidup' yang ingin saya kongsi.
untuk mengingatkan saya. untuk mengingatkan dia. dan untuk mengingatkan kita semua.(semoga ia menjadi bekalan dalam hidup saya. Thanks to Penulis yang sudi berkongsi ilmu sentiasa yang rindu kata-kata hikmah.)

Bahagia itu bila kita membahagiakan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Pegang kata-kata itu. Impilikasinya, untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiaakanlah mereka. Hanya setelah itu, barulah kita akan merasa bahagia. Sesungguhnya bahagia itu bukan “benda” yang akan berkurang bila diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang semakin “diberikan” akan bertambah terangnya. Kata bijak pandai, dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam… tetapi kita akan mendapat lebih banyak cahaya.
Siapakah orang yang paling hampir? Siapakah yang paling layak kita berikan bahagia? Selain kedua ibu-bapa (bagi seorang lelaki), maka isterinyalah yang paling utama diberikan kebahagiaan itu. Jika isteri yang di sisi tidak bahagia, jangan harap kita boleh membahagiakan orang lain. Dan paling penting, jika isteri sudah menderita itu juga petanda yang kita juga menderita – ingat, kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia.

Apakah langkah pertama untuk membahagiakan isteri? Ya, pertama, hargailah kehadirannya. Rasakan benar-benar bahawa sidia adalah anugerah Allah yang paling berharga. Jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan, justeru dia adalah anugerah khusus daripada-Nya buat teman hidup kita sepanjang kembara di dunia. Isteri kita ialah jawapan Tuhan pada doa yang selalu kita pohonkan.

Ingatlah bahawa yang paling berharga di dalam rumah kita bukannya perabot, bukan peralatan eletronik, komputer ataupun barang-barang antik yang lain. Yang paling berharga ialah manusianya – isteri atau suami kita itu. Itulah” modal insan” yang sewajarnya lebih kita hargai daripada segala-galanya. Tetapi benarkah kita telah menghargai isteri atau suami lebih daripada barang-barang berharga di rumah kita?

Sayang sekali, lain yang difikirkan lain pula yang dirasa. Cuba renanungkan, berapa ramai para suami yang lebih prihatin tentang perasaan isteri berbanding ‘keadaan’ keretanya. Batuk isteri yang berpanjangan semacam tidak kedengaran. “Batuk” kereta yang sedikit cepat-cepat dihantar ke “workshop” untuk diselenggarakan.

Itu belum dikira lagi kaki pancing yang setiap hujung minggu berkepit dengan joran dan umpan tetapi membiarkan anak-anak dan isteri kesepian di rumah. Atau para isteri yang leka dengan aorkid dan barang antik, dibelek dan dikelek siang malam, sedangkan suami terbiar tanpa ditanya perasaan dan didengar luahan hatinya.

Bila kereta ‘aneh’ sedikit bunyinya, cepat-cepat diusung ke workshop, dibetulkan enjin, ditunekan semula bunyinya. Tetapi isteri yang batuk-batuk, lenguh dan sembab dibiarkan… alasannya, itu memang adat, badan dah tua. Itu belum dikira yang ‘workoholic’ – bekerja siang, malam, tak kenal cuti dan rehat… Bila ditanya mengapa begitu sibok? Dia menjawab, demi isteri. Padahal, dia bekerja sampai ke tahap mengabaikan isteri. Aneh juga, ada yang mencari duit sampai tidak sempat menikmati duit. Bila duit sudah terkumpul, kesihatan sudah tergadai, rumah tangga sudah berkecai, isteri telah terabai.

Sesetengah bertanya? Bagaimana kita boleh mengharagai pasangan kita. Insya-Allah, bila ada kemahuan pasti ada jalan. Dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. Kata orang, kasih, cinta dan sayang umpama aliran air, sentiasa tahu ke arah mana ia hendak mengalir. Mulakan dengan memandangnya dengan pandangan kasih… mungkin wajah isteri kita sudah kedut, tetapi rasakanlah mungkin separuh “kedutan” itu kerana memikirkan kesusahan bersama kita. Mungkin uban telah penuh di kepala suami kita, tetapi uban itu “mercu tanda” pengorbanannya membina rumah tangga dan keluarga kita.

Itulah pandangan mata hati namanya. Kalau dulu semasa awal bercinta, pandangan kita dari mata turun ke hati. Tetapi kini setelah lama bersama, pandangan kita mesti lebih murni. Tidak dari mata turun ke hati lagi, tetapi sudah dari hati “turun” ke mata. Yang kita lihat bukan “body” tetapi budi. Yang kita pandang bukan urat, tulang dan daging lagi… tetapi suatu yang murni dan hakiki – kasih, kasihan, cinta, sayang, mesra, ceria, duka, gagal, jaya, pengorbanan, penderitaan – dalam jiwanya yang melakarkan sejarah kehidupan berumah tangga bersama kita!

Daripada pandangan mata hati itulah lahirlah sikap dan tindakan. Love is verb – cinta itu tindakan. Kata penyair bila sudah cinta, ingin dipintal awan-gemawan untuk dijadikan kerosang di dada isteri, ingin dijadikan rembulan untuk menjadi lentera teman beradunya, mentari sebagai sinar dalam duka dan nestanya… Ah, kita tidak payah mengajar cara apabila sudah cinta. Kerana dalam cinta itu sudah menyala kemahuan.

Mungkin sikaya pulang bersama cincin permata untuk menghargai siisteri. Atau petani hanya membawa sebiji mangga untuk dimakan bersama sang “permaisuri”. Buruh yang pulang bersama keringat disambut senyuman dan dihadiahkan seteguk air sejuk oleh isteri tentunya lebih bahagia dan dihargai oleh seorang jutawan yang disambut di muka pintu villanya tetapi hanya oleh seorang “orang gaji”. Begitulah ajaibnya cinta yang dicipta Allah, ia hanya boleh dinikmati oleh hati yang suci. Ia terlalu mahal harganya. Intan, permata tidak akan mampu membeli cinta!

Hargailah sesuatu selagi ia masih di depan mata. Begitu selalu pesan cerdikiawan dan pujangga. Malangnya, kita selalu lepas pandang. Sesuatu yang ‘terlalu’ dekat, kekadang lebih sukar dilihat dengan jelas. Isteri di depan mata, tidak dihargai. Kajian menunjukkan bahawa para suami di Amerika lebih banyak meluangkan masa menonton TV daripada bercakap dengan isteri. Di sini apa kurangnya, tiga jam menonton TV bersama tanpa sepatahpun berbual. Suami dan isteri sibok melayani fikiran sendiri walaupun duduk hanya berselang beberapa inci.

Malah, bila berjauhan pun kekadang terlalu lokek bertanyakan berita. Jika duduk berjauhan, masa berSMS dengan teman lebih banyak berbanding dengan isteri. No news is a good news. Begitu selalunya, rasa di hati. Tetapi bila isteri atau suami diserang “sakit” – katalah hilang keupayaan bercakap dan bergerak, maka ketika itu puaslah kita menangis kerana tidak dapat mendengar suaranya lagi. Waktu itu barulah duduk di tepi katil hospital, merenung mata isteri atau suami kita yang berkelip-kelip, tanpa kata, tanpa suara…

Hidup terlalu singkat. Hidup hanya sekali. Yang pergi tak kan kembali. Yang hilang, mungkin tumbuh lagi… Tetapi tidak semua perkara akan tumbuh semula. Apakah ibu-bapa yang ‘hilang’ akan berganti? Apakah anak, isteri, suami yang ‘pergi’… akan pulang semula? Jadi, hargailah semuanya selama segalanya masih ada. Pulanglah ke rumah dengan ceria, tebarkan salam, lebarkan senyuman. Mungkin esok, anda tidak ‘pulang’ atau tidak ada lagi sidia yang setia menunggu di sebalik pintu. Mungkin anda ‘pergi’ atau dia yang ‘pergi’. Hargailah nyawa dan kehidupan dengan sayang dan cinta. Kita tidak akan bahagia, selagi orang di sisi kita tidak bahagia!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Memberi akan menyebabkan kita akan lebih banyak menerima.InsyaAllah!

Untuk En Ninja
ingin membahagiakan kamu!
Ya Allah. Ya Rahman Ya Rahim. jadikanlah dia dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakan dia dengan kekayaan sehingga seratus dua puluh kebaikan. Agar cinta kami membumbung tinggi. Tiada sempadan.Tiada Tara....sampai syurga!


tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

22 June 2010

~ Unggun

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Seorang budak menangis ketika melihat unggun api terbakar. Bila khalifah Harun Ar Rasyid bertanya, “mengapa dia menangis?” Budak itu menjawab, “aku takutkan api neraka.” Khalifah yang adil itu memujuk, “anak kecil seperti mu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.” Sebaliknya budak itu menjawab, “aku lihat ketika orang menyalakan api, mereka akan memasukkan ranting-ranting kecil dahulu. Setelah ranting kecil terbakar, barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar. Aku takut hal yang sama berlaku di neraka kelak…Aku umpama kayu kecil itukah?” Mendengar jawapan itu, khalifah turut menangis…
(sumber dari penulis kegemaran cik meeko!Thanks!)

Ya Allah!... Celiknya hati anak kecil itu...saya?...

Untuk En Ninja
Bersama kamu.
Terasa ingin bahagia berkali-kali di syurga.
Ya Allah hiasilah hati kami untuk melihat keindahan ajaranMu!

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

21 June 2010

~ Mencari Ketenangan Diri

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

semalam.
saya teringat satu kisah yang pernah diceritakan oleh kawan saya...
"miey..cerita ni banyak ingtkan aku pada ko"...
[yanie.. thanks pernah kongsi cerita ini !.. ]


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"cerite pasal nurul qamariah. Nurul Qamariah ni sangat cantik... dah la cantik ada kerjaya lagi.. kiranya kerjayanya ini sangat membanggakan keluarganya di kampung.. serba serbi lengkap si nurul kamariah ni..Cuma yang tak lengkap... nurul qamariah ni masih single lagi. Nurul ni bukan saja cantik duaniawi... akhirat pun nurul cantik. Jaga sembahyang.. jaga aurat ....jaga adab... Pernah sekali nurul jumpa ustat. Ustat ni pernah bagi kuliah dan ceramah di tempat tinggalnya..
"ustat.. saya teringin menjadi wanita yang ustat ceritakan tempoh hari... melayan suami dengan baik .. taat dan patuh pada suami.. dan itulah golongan wanita yang akan masuk syurga..... masalahnya ustat.. saya tiada pasangan hidup lagi.. bagimana tu ustat" pastu ustat pun tanya la.. apa usaha yang nurul qamariah dah lakukan untuk mendapatkan jodoh tu..
"kamu ada puasa isnin dan khamis?" - ustat
"alhamdulilah ustat kebelakangan ini.. saya selalu puasa isnin dan khamis.." - nurul
"kamu ada lakukan sembahyang tahjud?.. meminta pertolongan dari Allah? - ustat
"ya ustat .. ada.. saya ada lakukan...." - nurul
" kamu ada bersedekah nurul?" - ustat
" arrr erm.. yg itu sy kurang lakukan ustaz" - nurul

ustat pun berpesan pada Nurul..
"Selepas ini .. awak perbanyakkan sedekah.. Semoga dengan amalam bersedekah dengan niat yang ikhlas.. Allah akan bantu dalam mempertemukan jodoh..."
"Rasulullah pernah bersabda.. sedekah itu jalan memudahkan yang sulit.. InsyaAllah bila kita bersedekah, yang susah akan menjadi senang. dan Allah menyukai hambanya yang bersedekah"..Rasiaonal juga.. Bila kita banyak bersedekah.. Banyaklah orang doakan yang baik-baik untuk kita.....berbalik daripada perjumpaan itu, Nurul mulalah melakukan amalan bersedekah itu...selepas tiga bulan .. Ada tiga lamaran yang datang pada nurul.. dua orang bujang dan satu duda. Tapi yelah kan.. jodoh tu semua ketentuan Allah.. Walau datang lamaran yang banyak pun.. Kalao dia bukan untuk kita.. bukan juga.

bujang 1
-terpaksa direject sebab dia ditangkap khalwat dengan seoarang janda
bujang 2
- dia balik kampung.. alih-alih dia disuruh oleh maknya kahwin dengan orang lain.
duda
- dia ok.. dia pun boleh terima duda tu. tapi alih-alih dia disuruh kahwin dengan adik iparnya....

sedihlah hati si nurul ni dalam hati dua tertanya-tanya.. ada lagi yang tak cukup dia lakukan.. yang kurang dengan dia.. nurul pun berjumpa semula dengan ustat..bertanya kekurangan dalam diri dia..

"Kenapa awak sedih dan nak menagis.. Orang itu bukan jodoh yang ditetapkan oleh Allah. Jodoh diibaratkan menunggu pokok berbunga.. cepat pokok itu berbunga cepatlah.. lambat pokok itu berbunga maka lambatlah.. yang penting bersabar dan pasrah.. Kata ustat itu.. teruskan apa yang dia pernah buat.. satu hati dia sembahyang tajhud.. dia bermimpi.. dia nampak matahari terbit .. dia pun kurang faham dengan maksud mimpinya.. dia pun bercerita tentang mimpinya pada ustat itu.. Pesan ustat itu.. teruskan usaha nurul.

satu hari ada gotong royong di masjid .. nurul qamariah pun melibatkan diri dan dia tertarik hati dengan peribadi seseorang... tup tup orang tu sms dia .. cakap nak melamar dia.. dia pun suka lah.. dan nama orang tu shamsul falaq.
dia pun mula keliru dalam diri dia.. dan dia menceritakan kepada ustat...
ustat tu pun cakap lah... memang shamsul pun insyaAllah jodoh dia.. Jodoh dari Allah.. dan berketepatan dengan mimpi dia.. nurul pun macam pelik dan apa kaitan dengan mimpinya itu.. rupanya-rupanya.. makna samsul falaq ialah matahari kejayaan... maka betulah.. ada kaitan dengan mimpinya.. iaitu suami dia ialah matahari kemenangan dia...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

cik meeko sama macam nurul qamariah ke?.. macam langit dan bumi.
luar dan dalam nurul sangat cantik sangat cantik di mata 'dunia dan akhirat'.saya?.. Ya Allah.. kerdilnya aku di MATA MU YA ALLAH...
saya jeles dengan keperibadian Nurul Qamariah.. saya sangat jeles dengan nurul

Ya Allah, sejak akhir2 ni, terasa penat sangat nak beramal. Badan terasa penat semacam untuk bangun di awal pagi. Terasa hubungan denganNya semakin lemah..Nauzubillah min zalik. Aku pohon kekuatan dariMu ya Allah.

Subhanallah,Agung nya Maha Pencipta.Sekurang-kurang dapat mengerti mengapa dan kenapa doa dan permintaan kita tidak diterimaNya.Adakah Allah itu zalim? Tidak….. tapi sebab kita yang menzalimi Allah.

doa saya untuk en ninja
"Ya ALLAH.. kenalkanlah kami dengan agungnya cintaMU.. Amin.."


tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

17 June 2010

~Jangan Biarkan Mulut Menjadikan Telinga Kita Menjadi Tuli

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sekadar berkongsi satu input yang terkesan pada saya..
untuk mengingatkan saya.
"jangan biarkan mulut menjadikan telinga kita menjadi tuli!"
(amik kesempatan kepada penulis asal...untuk dikongsi cerita ini supaya boleh dijadikan pegangan dalam kehidupan~ Thanks!)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Manusia memerlukan didengar kata-katanya sama seperti dia perlukan makanan. Tanpa makanan akan lemahlah jasad, sakitlah badan. Tanpa didengar akan tumpullah perasaan dan lumpuhlah emosi. Manusia yang membesar tanpa diberi hak didengar akan menjadi manusia yang kurang cerdas emosinya apabila dewasa kelak. Dia akan gagal mengurus perasaan marah, kecewa, takut dan dendamnya.

Orang yang begini, akan gagal dalam hidupnya. Peri pentingnya didengar dalam hidup seseorang itu hingga menyebabkan bijak pandai mengungkapkannya melalui kata-kata hikmah yang berbunyi: “Tugas cinta yang pertama ialah mendengar.” Ertinya, kekasih yang baik ialah kekasih yang mendengar. Mendengar rintihan, keluhan, aduan dan rayuan pasangannya. Justeru, dengan mendengar cinta akan lebih subur dan harum. Dengan mendengar ertinya kita memberi telinga, mata dan hati.

Orang yang mendengar sebenarnya adalah orang yang “memberi”… Bukankah cinta itu bererti memberi? Memberi kasih-sayang, perhatian dan perlindungan. Orang yang banyak mendengar akan banyak belajar dalam hidup ini. Orang yang banyak mendengar bukan sahaja banyak pengetahuan tetapi akan banyak kawan dalam masyarakat. Mungkin kerana itu Allah ciptakan kita dua telinga dan satu mulut sebagai simbolik, kurangkan berkata-kata tetapi banyakkan mendengar.

Malangnya, kebanyakan manusia lebih suka “memperdengarkan” daripada mendengar cakap orang lain. Lidah selalu menyebabkan telinga menjadi tuli. Dalam pergaulan, kita selalu sahaja ingin memonopoli perbualan. Kononnya dengan banyak bercakap kita akan terlihat pandai dan bijak berbanding orang yang diam. Kebanyakan kita menyangka orang yang diam itu bodoh. Tidak ada idea dan pendek wawasan. Sedangkan diam itulah terpuji dan bermanfaat. Kata bijak pandai: “Diam itu banyak hikmahnya tetapi sangat sedikit sekali orang mengambil manfaatnya.”
Cuba lihat orang di sekeliling kita dan lihat kita sendiri. Apakah kita banyak mendengar daripada berkata-kata? Maaf, kerap kali kita ingin jadi jaguh dan wira yang tidak henti-henti berkokok di mana-mana. Bila bercakap kita seolah-olah serba tahu. Kita mengetuai perbualan, kita menjuarai percakapan. Mengapa? Ya, sering berlaku pangkat, harta, nama serta jawatan menyebabkan seseorang tidak sudi lagi menjadi pendengar.

Pangkat ku lebih tinggi, aku cakap kau dengar. Nama ku lebih tersohor, jangan cuba-cuba mencelah bila aku berbicara. Kau tak layak menasihati aku, ilmu ku lebih tinggi. Begitulah yang kerap kita lihat dalam kehidupan. Bukan orang lain tetapi diri kita sendiri! Apakah dengan mendengar kita menjadi hina, miskin dan tidak ternama? Jika itulah anggapan kita jelas kita sudah tersalah. Menjadi pendengar menjadikan kita orang yang tawaduk (rendah diri).

Orang yang tawaduk akan ditinggikan Allah. Orang yang mendengar akan lebih banyak belajar daripada orang yang asyik berkata-kata. Semakin banyak kita belajar semakin banyak ilmu yang kita peroleh. Dan bila semakin banyak ilmu yang kita miliki, maka semakin tinggilah darjat kita di sisi Allah dan manusia. Bukankah dalam Al Quran Allah telah menegaskan bahawa darjat ahli ilmu itu ditinggikan oleh-Nya berbanding orang yang tidak berilmu?

Justeru, Allah yang Maha Pencipta juga bersifat Maha Mendengar – “ sami’“. Dan salah satu nama Allah yang baik dan indah ialah as Sami’. Allah maha mendengar rintihan, aduan, kebimbangan, luahan rasa daripada hamba-hambanya pada setiap masa, tempat dan ketika. Allah adalah “kekasih” setia yang sentiasa mahu mendengar rintihan hamba-hamba-Nya. Jika kekasih di kalangan manusia akan jemu jika masalah yang sama diperdengarkan berulang-ulang kali sebaliknya Allah tidak sebegitu.

Allah bersedia mendengarnya bila-bila masa sahaja. Jika ada jutaan manusia mengadu dan merintih kepada Allah, Allah tetap mendengar semua rintihan itu dengan terang dan jelas. Sedangkan seorang kaunselor, ulama, khadi, hakim yang terbaik sekalipun tidak mampu mendengar dua, tiga masalah daripada klien yang berbeza pada suatu masa dalam keadaan serentak. Inilah kehebatan Allah sebagai As Sami’. Bukan sahaja Allah mahu mendengar bahkan mampu mendengar seluruh pengaduan hamba-Nya pada satu masa!

Allah mulia dan agung kerana kesudian dan kesediaan-Nya mendengar rintihan dan pengaduan manusia. Begitu juga jika ada manusia yang mahu mendengar rintihan dan pengaduan manusia lain… dia juga akan ditinggikan darjatnya. Allah sudi mendengar rintihan semua manusia tanpa mengira pangkat, derjat, harta dan rupa paras. Allah mendengar permintaan seorang raja, Allah juga mendengar rintihan seorang hamba. Allah Maha Adil…

Seorang pesakit, datang merintih kerana penyakitnya… Allah mendengar. Seorang menteri mengadu hal-hal negara… Allah mendengar. Seorang isteri mengadu hal rumah tangga… Allah mendengar. Apa pun dan dari sesiapapun Allah tetap mendengar. Pintalah hal sekecil-kecilnya dan pintalah hal yang sebesar-besarnya, Allah tetap sudi mendengarnya. Daripada rintihan seorang pengemis yang merayu untuk mendapatkan sesuap nasi, sehinggalah kepada munajat seorang soleh yang memohon syurga, Allah tetap sudi mendengar, justeru Allah itu bukan sahaja mendengar tetapi Dia Maha mendengar!

Sebaliknya, manusia terlalu ego dan bersikap berat sebelah termasuk dalam soal mendengar ini. Ya, jika orang yang bercakap tinggi pangkatnya, maka dia senyap terpaku membisu. Tetapi jika yang bersuara itu orang bawahan, maka dia mendengar sambil lewa atau cepat-cepat memotong cakap sebelum orang bawahannya itu dapat menghabiskan percakapannya.

Kalau sikaya menegur, semua menelinga dan tunduk akur. Tetapi bila si miskin yang mengadu, ramai yang berpaling dan menunjukkan reaksi selamba. Namun tidak begitu keadaannya pada insan bernama Muhammad saw. Baginda seorang yang sentiasa memberi hak mendengar kepada sahabat, isteri dan pengikut-pengikutnya. Walaupun, baginda “orang besar” yang memimpin negara, tetapi masih sempat mendengar rintihan anak kecil yang terbiar di tepi jalan di satu pagi Hari Raya.

Di dalam mesyuarat, baginda sering mendengar pendapat sahabat-sahabatnya. Kekadang baginda ada pandangan, tetapi dirasakannya ada pandangan lain yang lebih tepat… maka diambilnya pandangan yang lebih tepat itu!

Itulah Rasulullah saw yang paling berjaya meniru sifat As Sami’ Allah swt. Bagaimana dengan kita? Ah, malang, kekadang pangkat tidaklah setinggi mana… namun egonya sudah setinggi langit. Kononnya kitalah yang paling bijak dan mulia. Jika dalam satu majlis kita tidak dialu-alukan dengan kata-kata sambutan, maka kita rasa dipinggirkan. Jika dalam mesyuarat kita tidak dijemput bercakap, terasa orang menafikan keintelektualan, gelaran dan jawatan kita.

Anda tidak perlu banyak cakap untuk disenangi dan disayangi, cukup dengan menjadi pendengar. Lihat mata orang yang bercakap, buka telinga dan hati, dengarlah dengan penuh simpati dan empati… nescaya orang akan jatuh hati. Bila anak-anak menghampiri kita, pegang tangannya dan ucapkan, apa yang kamu ingin katakan? Ayah atau ibu sudi dan sedia mendengarnya. Jika pekerja bawahan menziarahi atau datang di muka pintu rumah atau bilik anda lalu memberi salam, jawab salamnya dan bawa dia dekat dan dengar luahan katanya. Dengarlah bisikan orang di sekeliling kita.

Insya-Allah, kita tidak akan terpaksa mendengar jeritan. Berapa banyak bisikan yang dibiarkan yang akhirnya bertukar menjadi jeritan yang memeritkan. Isteri ingin mengadu, suami menjauh. Anak hendak bercakap, ibu-bapa membentak menyuruh diam. Pekerja ingin berbincang, dituduh ingin mogok. Rakyat ingin memberitahu, kononnya pemimpin serba tahu… Terlalu banyak bisikan yang dipinggirkan dan disisihkan.

Akhirnya, bisikan menjadi jeritan. Anak derhaka, isteri nusyuz, diceraikan suami, pekerja lari, rakyat berpaling tadah… Semuanya gara-gara dan angkara sikap ingin mendengar yang semakin terhakis dalam kehidupan dan pergaulan. Pesanku untuk ku dan untuk mu… jangan biarkan mulut menjadikan telinga kita menjadi tuli!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

untuk en ninja.
semoga hari-hari mendatang...
saya mendengar kamu dengan telinga hati saya.
InsyaAllah.

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

16 June 2010

~Maafkan saya

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Maafkan saya wahai en ninja.
kadang-kadang saya rasa..
saya selalu banyak meminta itu ini..
sedangkan kamu tak pernah meminta

Maafkan saya wahai en ninja.
kadang-kadang saya bersuara tanpa berfikir
semua perkataan saya menjadi salah.
sedangkan kamu selalu memberi nasihat

Maafkan saya wahai en ninja
kadang-kadang saya suka mengganggu kamu
semua kerja kamu tinggalkan semata untuk saya
sedangkan kamu sedang sibuk.sangat!

Maafkan saya wahai en ninja
kadang-kadang mengada-ngada saya
sengaja mencari perhatian dari kamu
sedangkan kamu pelindung saya

Maafkan saya wahai en ninja
Kadang-kadang pandangan saya berbeza dengan kamu
sedangkan pandangan kamu adalah benar.

Maafkan saya wahai en ninja
Kadang-kadang cemburu saya meruntun jiwa kamu
sedangkan kasih kamu.. tiada bandingan

Maafkan saya wahai en ninja
Kadang-kadang berjauhan dengan kamu
membuatkan diri saya menjerut rindu.
sedangkan saya selalu di hati kamu...

Maafkan saya wahai en ninja
saya yang terlalu tinggi bercita-cita dengan cinta.
sedangkan kamu selalu mengabulkan cita-cita saya

Maafkan saya!...

ditulis ketika sedang menunggu en ninja.
semoga kamu selamat sampai.
(maafkan saya ye .. agak "sentimental"..)
(kes rindu lagi!)..


tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

14 June 2010

~Masak-Masak

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

hari minggu saya..aktiviti bersama "family baru saya"..
masak-masak.

deco deco...

bersama peserta-peserta.


Di bengkel.....
sangat seronok!.
walaupun terasa penat ..tapi sangat-sangat berbaloi.
happening!. even baru first time jumpa.. kami macam dah lama kenal.
kakak-kakak!. makcik-makcik! nenek pun ada!.. sangat sporting dan sangat peramah!

dan berbaloi sangat sebab dapat cabutan bertuah. heheheh..hari mingguku sibuk dengan "mencuci" rumah..


untuk en ninja
yang suka menjadi pengkritik masakan saya
yang sentiasa menghabiskan masakan saya (walaupun tak sedap)
yang sentisa memberi sokongan dalam "karear" masakan saya..
i love u!.. (iklan sekejap hehe)
pst pst.. dah pandai masak kesukaan kamu.


tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko
Read more...

11 June 2010

~Pengajaran

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

semalam sebelum tido.. saya cakap pada diri sendiri.
"esok kerja. nak jadi orang paling ceria. nak jadi pekerja yang paling ikhlas bekerja.berazam untuk siapkan kerja-kerja yang ada."

alhamdulilah.
saya bangun awal.. tak liat pun nak bangun keje.siapkan diri. pergi kerja pun senang..trafic pun ok je. tak seperti selalu. masuk opis, saya orang paling awal. belum pukul 8.30 pagi lagi.. saya dah siapkan 3 tiga skali gus dalam masa setengah jam. ati pun rasa senang je. alhamdulilah...

mungkin betul kata Dr fadzilah kamsah (betul ke ejaan ini).
pakar motivasi.. (mak saya salah seorang peminat kipas mati dia)
...."kalau nak set apa yang jadi esok.. malam sebelum tu.. sebelum tido.. cakap pada diri sendiri.. aku nak jadi apa esok.. InsyaAllah.. kita akan set otak kita apa yang kita azamkan....

dan sekarang.. alhamdulilah.. terbukti petua itu.
bagi cik meeko..pokok pangkalnya ada dalam diri kita sendiri. kalo kita rasa susah nak buat benda tu.. kita akan rasa susah. Tapi kalau kita set kan dengan hati dan minda kita.. "aku akan usaha.. aku rasa boleh buat..." InsyaAllah..mudah saja untuk kita buat sesuatu kerja. minggu ini memang agak serabut dengan masalah-masalah yang bertimpa-timpa.. sebenarnya masalah tu tidak la sebesar mana pun.. tapi bila semua dah mix up.. jadi serabut... saya cuba bertenang.alihkan pandangan hati dan minda saya dari terus memikirkan benda-benda yang serabut tu. . alhamdulillah.. saya ok...dan saya belajar dari benda yang serabut itu.

1. jangan mudah ambil hati dengan sesuatu keadaan yang kadang-kadang tidak memberi faedah kepada saya.
2. banyakkan bersabar bila nak rasa marah.. Sentiasa memperbanyakkan sabar.. Nabi S.A.W pernah perpesan supaya mencari 144 sebab sebelum saya nak mulakan kemarahan pada sesuatu... Banyakkan istifar.
3. Sentiasa setkan hati dan minda saya supaya bersangka baik dengan apa yang berlaku depan mata saya.
4.Saya kena membanyakkan doa dalam kehidupan saya.
5.Pokok pangkal kembali pada yang hakiki. Yang Esa. DIA tahu apa yang terbaik untuk saya.

InsyaAllah ujung minggu ni.. saya ada class memasak.. yeah!(o.o)/ cayok cayok..

untuk en ninja.
tetiba saya teringat masa first time awak makan golden ball..
haha.
lari......

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

10 June 2010

~Serabut

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

minggu ni.. agak serabut.
dengan masalah di pejabat yang 'ting tong'.
dengan masalah ketua jabatan yang sentiasa mencari salah
dengan berita yang tak berapa nak best tentang pejabat baru
dengan keje yang tak sepatutnya saya buat... "big bos" goyang kaki..
(eii bukan big bos dah,, dah jadi big foot!.. asik goyang kaki, jadi macam tu la)
keje sungguh2.. tapi tak dihargai...serabut!
dan lebih-lebih lagi bila saya ada masalah..
en ninja tak ada di sisi.. nun jauh..... huhuhuhu
(kes windu ni)

saya cuba bertenang...fikir benda-benda yang positif. try calm down!.
Allah nak uji hambanya ni... (itu yang terlintas sekarang ni)

"Wahai Tuhanku. Akuu tidak layak masuk ke syurgamu. Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu. Kamilah hamba yang mengharap belas darimu,"

"SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAILA HAILALLAH WALLAHUAKBAR WALA HAULAWALA KUATAAILA BILLA HIL ALIYIL AZIM"
(baca 10X dalam setiap pergerakan solat tasbih)
kata dia yang nun jauh di sana.
~amalkan solat tasbih.
InsyaAllah Allah memberi ketenangan dan dipermudahkan segalanya.

"Wahai ahli takwa dan ahli keampunan, wahai yang mengingat orang-orang yang mengingat, berilah aku taubat nasuha dan tambahlah kurnia rahmat-Mu kepadaku, tambahlah nur dan kejelasan untukku, wahai kekasih-kasih yang mengasihi"..

ameeen.

~untuk encik ninja~
sedikit sebanyak saya dah ok!..
tapi yang buat saya sangat ok.
my en ninja!~.. Thanks!..

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

04 June 2010

~ Masa

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kenapa Jepun siang dulu .... sebabnya dia dapat tengok matahari dulu..
(patutlah sepet matanya)

untuk en ninja.
Hari ini Hari ketiga
Walaupun dipisah masa, terasa kamu ada di sisi!

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

03 June 2010

~ayok!.. tak tahu..

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ayok!..ha.. tak tahu ...
terlupa nak ingatkan dia untuk buat roaming call..

cepat-cepat saya call c***** center..

encik operator : boleh saya bantu.?
cik meeko : Boleh tak saya nk tanya..kalo nk buat roaming call untuk orang lain boleh tak ?
encik operator : untuk orang lain?.. nape orang tu tak buat sendiri.
cik meeko : orang lain itu terlupa. dia dah tak ada kat malaysia ni. boleh tak saya minta tolong untuk buatkan roaming call untuk dia. lagipun line saya satu line dengan dia.
encik operator : tak boleh encik. kena ikut prosedur.. Empunya diri kene call and buat pengesahan roaming call.
cik meeko : abis tu macammana saya nak call dia.
encik operator : tak boleh cik. kami memang tak dapat bantu.. kami nasihat supaya beli sim card yang baru.

eiiiiiii.. geramnya..tak canggih pun network c***** ni.
patutnya kalau pergi mana-mana pun .. ujung dunia pun .. boleh la hubungi orang tersayang.. barulah kita sayang c*****. teknologi canggih konon. hampeh.opssss..saya pun satu.. pelupa!.

tiba-to=iba saya rasa macam nak tulis surat.Pos surat untuk dia. buat macam orang dulu-dulu bercinta.. berutus surat. hmmm.. macam mana la orang-orang dulu boleh bercinta macam tu ek.. hanya dengan tulis surat. dengan tabur bedak wangi..siap ada cop lipstik lagi.. (saya tak pernah buat gitu tau)... di setemkan tiga posen. sebulan selepas tu.. posto posto.. dah buat si perindu tersengih-sengih kerang.kental!.. tapi kalo saya tulis surat .. nak tulis alamat apa ek.
uwaaaaaaaaaa...

Moral of the story :-
1. Sebelum ke luar negara tu.. buat la reminder untuk call c***** center..
2. Minta tolong encik operator untuk buatkan roaming call.
3. kalo dah di luar negara.. nak call encik operator pun tak guna.
4. Pengajaran yang terakhir.. jangan makan semut.. nanti jadi pelupa macam saya.(bila masa pulak saya makan semut ni).

untuk en ninja.
ayok.. kes naya ni.. ayok! tak tahu!..
semoga kamu sihat-sihat saja di hari kedua ini.

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

02 June 2010

~ semoga ....

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ini hari pertama
semoga perjalanan dia selamat,
semoga dia sentiasa dilindungi,
semoga dia sentiasa di rahmati
semoga dia sentiasa diberkati...
semoga dia sentiasa cukup makan..
semoga dia sihat-sihat saja
semoga dia senyum-senyum selalu.
semoga dia sentiasa ceria selalu
semoga dia menjadi bahagia sangat-sangat
semoga dia selalu ingat saya.
semoga dia tidak lupa siapa saya.
semoga dia menjadi en ninja saya dunia akhirat
**************************************
semoga saya tidak rindu dia sangat.
(walaupun sangat-sangat!)
semoga saya kuat sangat sangat
(walaupun saya tak kuat sangat mana pun)
semoga saya boleh laluinya hari hari.
(walaupun tak boleh sangat)
semoga saya selalu tersenyum
(walaupun dia tahu saya tak boleh senyum tanpa dia)
semoga saya menjadi cik meeko dia dunia akhirat
(InsyaAllah.. doakan ek!)
semoga saya sabar menunggu dia.
(walaupun saya tidak sesabar itu)
semoga saya boleh selalu dengar suara dia
(walaupun jauh macam manapun)

semoga semuanya ok saja.

untuk en ninja
saya cik meeko awak dunia akhirat, InsyaAllah.

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko
Read more...