11 June 2010

~Pengajaran

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

semalam sebelum tido.. saya cakap pada diri sendiri.
"esok kerja. nak jadi orang paling ceria. nak jadi pekerja yang paling ikhlas bekerja.berazam untuk siapkan kerja-kerja yang ada."

alhamdulilah.
saya bangun awal.. tak liat pun nak bangun keje.siapkan diri. pergi kerja pun senang..trafic pun ok je. tak seperti selalu. masuk opis, saya orang paling awal. belum pukul 8.30 pagi lagi.. saya dah siapkan 3 tiga skali gus dalam masa setengah jam. ati pun rasa senang je. alhamdulilah...

mungkin betul kata Dr fadzilah kamsah (betul ke ejaan ini).
pakar motivasi.. (mak saya salah seorang peminat kipas mati dia)
...."kalau nak set apa yang jadi esok.. malam sebelum tu.. sebelum tido.. cakap pada diri sendiri.. aku nak jadi apa esok.. InsyaAllah.. kita akan set otak kita apa yang kita azamkan....

dan sekarang.. alhamdulilah.. terbukti petua itu.
bagi cik meeko..pokok pangkalnya ada dalam diri kita sendiri. kalo kita rasa susah nak buat benda tu.. kita akan rasa susah. Tapi kalau kita set kan dengan hati dan minda kita.. "aku akan usaha.. aku rasa boleh buat..." InsyaAllah..mudah saja untuk kita buat sesuatu kerja. minggu ini memang agak serabut dengan masalah-masalah yang bertimpa-timpa.. sebenarnya masalah tu tidak la sebesar mana pun.. tapi bila semua dah mix up.. jadi serabut... saya cuba bertenang.alihkan pandangan hati dan minda saya dari terus memikirkan benda-benda yang serabut tu. . alhamdulillah.. saya ok...dan saya belajar dari benda yang serabut itu.

1. jangan mudah ambil hati dengan sesuatu keadaan yang kadang-kadang tidak memberi faedah kepada saya.
2. banyakkan bersabar bila nak rasa marah.. Sentiasa memperbanyakkan sabar.. Nabi S.A.W pernah perpesan supaya mencari 144 sebab sebelum saya nak mulakan kemarahan pada sesuatu... Banyakkan istifar.
3. Sentiasa setkan hati dan minda saya supaya bersangka baik dengan apa yang berlaku depan mata saya.
4.Saya kena membanyakkan doa dalam kehidupan saya.
5.Pokok pangkal kembali pada yang hakiki. Yang Esa. DIA tahu apa yang terbaik untuk saya.

InsyaAllah ujung minggu ni.. saya ada class memasak.. yeah!(o.o)/ cayok cayok..

untuk en ninja.
tetiba saya teringat masa first time awak makan golden ball..
haha.
lari......

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

No comments: