26 January 2012

~Impian Pekebun Yang Serba Canggih

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

kita belajar. bila kehendakkan sesuatu.kita mula tanamkan azam.usaha sehingga dapat. tak kira dari segi sudut material atau apa-apa pun. dah lama saya berazam untuk dapatkan sesuatu untuk en ninja. yelah..asyik dia je yang penuhkan apa yang saya minta. kali ni.. biar saya pula penuhkan impian dia. Menjadi PekeBun yang Serba Teknologi..

Bermula dengan hasil jualan coklat dan kuih muih saya (ni cerita betul-betul ni) saya kumpulkan sikit-sikit duit.usaha pencarian sana sini sebelum nak beli barang tu. puas satu kl,saya round cari barang tu. tak cukul kl. muar melaka pun kami round. tapi masa tu masih belum cukup lagi duit yang dikumpul. alhamdulillah,baru-baru ni misi pencarian dan duit yang dikumpul berakhir.. dapatlah saya belikan barang ini untuk penuhkan impian en ninja saya. Semoga dengan ada barang ini.. En Ninja dapat menjadi Pekebun yang serba canggih.

.......................................................................
................................................................
.........................................................
..................................................
............................................
.....................................
...............................
...........................
....................
...
...
...
...
..
..
..
..
..
..
..
.
.
.


Yohsimotor Japan T33 - RM 480



Ingin halaman bersih. please do contact us - seyes ini bukan iklan tipu-tipu


~Untuk En Ninja
selamat berbudi pada tanah.

tata.

With The Greatest Love~
-chenta hati en ninja

25 January 2012

~@ GOLD COST RESORT MORIB

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Awal januari yang lalu.
En Ninja bawa saya jalan-jalan ke MoRib dan menginap di Gold Cost Morib.
katanya nk bawa saya jalan-jalan untuk happykan saya.
(dengan dia, kat mana pun saya tetap happy, InsyaAllah)
sebenarnya..En ninja ada aktiviti officenya.
saya pula menyibukkan diri dengan aktiviti Office En Ninja.

Kat sini saya suka sebab bilik saya ada jakuzi (boleh berbublle-bublle dengan encik Ninja. Tet! heheh) dan paling besh mengadap theme park. Cuma bila time malam ada bau yang kurang menyenangkan disebabkan depan resort ni ada kilang dedak ayam. saya pun tak paham kenapa depan resort ni ada kilang macam tu. Tapi bila siang...bau nya hilang (mungkin kilang tu beroperasi malam kot). Bagi saya, tempat ni sesuai untuk sesiapa nak buat family day and ada anak-anak kecil. sebabnya. ada theme park dalam resort ni. memang canggih tul. (first time saya jumpa hotel yang ada theme park sendiri. cumanya pantai kat sini tak boleh mandi sebab air surut.

For food. memang out sikit .. sebab tak ada variety makanan & tak berapa sedap. makan pun untuk alas perut saya je. Kebanyakkan masanya saya sibuk menghabiskan masa di bilik sementara menunggu en Ninja menghabiskan aktiviti Officenya. Sempat juga petang sabtu tu, kami dating ke Pantai Morib. makan sotong bakar sambil ditemani angin-angin pantai.

Keesokkan hari nya. kami menghabiskan masa di Theme park. Best untuk kanak-kanak. Kami pun jadi kanak-kanak ribena sekejap.

our PlayLand ♥ ♥ ♥ ♥



♥ ♥ ♥ ♥ lagi



Penerjun Olimpik 2012



Model Gold Cost Morib :p... lariiiiiii


ok..itu je cerita saya di Morib Gold Cost.

~Untuk En Ninja
Pasni saya nak g Berjaya langkawi lagi.
boleh tak? =P

tata.

With The Greatest Love~
-chenta hati en Ninja.

17 January 2012

Happy Birthday my Besh BuddY

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

saya terasa...
dah lama saya tak jumpa dia.
saya dapat rasa...
dah lama saya tak borak-borak dengan dia.
saya merasakan..
dah lama saya tak rindu dengan dia.
saya masih dapat merasai...
yang saya TERLUPA ... hari ni hari Jadi dia.

Untuk Puan Nor Liyana Mohd Shuib.
Selamat Hari Lahir.
Semoga sentiasa diberkati oleh NYA.
Semoga sentiasa menjadi Hamba yang bertakwa dan taat kepada DIA..
semoga segala doa harapan menjadi kenyataan.
amen-amen Ya Rabbalalamin....

nampak sangat dah lama tak amik gambar bersama. :P

note:
aku tetap nk jadi kawan baik ko.
walaupun aku dah lama tak call ko.
aku tetap nk jadi kawan baik ko.
walaupun aku dah lama tak jumpa ko.
aku tetap nk jadi kawan baik ko.
walaupun aku tak rindu ko banyak2 macam dulu.
aku tetap nk jadi kawan baik ko.
walaupun aku dah ada chenta hati aku.
aku tetap nk jadi kawan baik ko.
walaupun aku susah atau senang.
InsyaAllah.

tata.

With The Greatest Love~
-chenta hati En Ninja-

16 January 2012

Projek Kebun Sayur Kami

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

***************Sinopsis********************
Pengarah Projek : En Ninja
Penganjur : En Ninja & Cik Meeko
Setiausaha : Cik Meeko
Tukang Kebun : En Ninja
Tukang Gali : En Ninja
Tukang Sapu : En Ninja
Tukang Tanama : En Ninja
Penasihat Utama : Cik Meeko (watak utama)
********************************************

Tajuk Utama : Projek Kebun Sayur Kami.

Alhamdulillah.
Dengan jiwa kental En Ninja.
Dengan diiringi doa dan kata-kata peransang Cik Meeko nya..
Projek Kebun Sayur Kami menjadi.
jom tinjau tempat kejadian.


Keadaan sebelum kebun dikerjakan


kebun yang sedang dibersihkan


Sekangkang Kera Tanah yang telah dikerjakan



Watak Utama - Merangkap Chenta Hati saya


Hasilnya...
dengan berGAYA Pokok Cili Menjuarai Hasil Tuaian kami.
dengan gigih.. pokok Limau membuah buah.
dengan cantiknya Pokok Pandan membesar.
dan banyak lagi pokok-pokok yang ditaman oleh tukang Kebun
membesar dengan sihatnya.

Gambar Terkini Projek Kebun Kami tergendala Sementara waktu
(Kebun dah jadi semak semula dek kerana kesibukan tuan kebun)
nanti saya update ye.

~Untuk En Ninja
i love u.
dunia akhirat.InsyaALLAH.

tata.

With The Greatest Love~
-chenta Hati En Ninja.

07 June 2011

Learn CPR .. You Can Do It !!!!

سم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم
ورحمة الله وبركاته

Sebelum-sebelum ni..
memang tak pandai sangat tentang CPR
(memang selama ni buat tak endah dengan semua tu)
Kebetulan baru-baru ni ada segmen macam mana nak lakukan CPR.
ada Tiga langkah yang senang je kita boleh lakukan untuk menyelamatkan mangsa

Langkah Pertama "CALL".
Check mangsa samaada mangsa bagi tindakbalas atau tidak.
if mangsa tidak memberi tindak balas atau tidak bernafas atau tidak bernafas secara normal, call 911. Dan if masa tu Ambulans tak datang lagi..haruslah kita membantu mangsa untuk bernafas.

Langkah Kedua "PUMP"
Make sure mangsa terbaring tempat yang rata. If mangsa tidak bernafas secara normal, batuk atau bergerak, mulakan menekan dada mangsa. Tekan ke bawah di tengah-tengah dada mangsa sebanyak 30 kali, once per second.

Langkah Ketiga "BLOW"
Picit hidung mangsa dan berikan nafas mulut ke mulut sebanyak 2 kali. once per second. Check mangsa, if tak sedar lagi.. ulang lagi langkah kedua dan ketiga.

jum kita tengok demonstration CPR daripada Pakar.
(harap dapat membantu)

video

~Untuk En Ninja
Balik umah ni .. nak pura-pura pengsan depan abang.
kikikiki (lari)

tata.

With The Greatest Love~
- cik meeko.

03 June 2011

Mungkin abang Tak Perasan ..

سم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Entry to my lovely 'abang'.
(aka.. watak sebelum ini my encik Ninja)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mungkin abang tak perasan,
abang mungkin bukan orang paling kacak kat di dunia..
sama juga macam saya... bukan Miss universe of the year,
Mungkin kadang-kadang abang terbuat salah dan dosa
tapi saya prefer to see your beauty within

Mungkin abang tak perasan,
abang tidak mungkin membaca Qur'an tanpa salah.
abang tidak mungkin dapat hafal semua surah
Tapi bila dengar abang baca, hati saya tenang dan lega.
mungkin disebabkan keikhlasan hati abang membaca.

Mungkin abang tak perasan,
abang tegur dan nasihat saya
saya faham, sebab saya pun ada kelemahan saya sendiri.
Namun kita saling memaafkan sesama kita. (kan?)
dan saya sentiasa menghormati abang.

Mungkin abang tak perasan,
abang menjadi lelaki yang dipilih Allah untuk saya
untuk menjadi pelindung saya.
dan untuk itu.. saya memberi hati saya..
kerana Allah.

Mungkin abang tak perasan,
abang takut akan Allah dan tidak pernah tinggal untuk berdoa kepadaNya.
abang suka Nabi dan selalu ingin cuba mencontohi Baginda.
abang selalu cuba sentiasa mempunyai wudhu'
dan menjadikan sunnah itu wajib.

Mungkin abang tak perasan,
abang suka sangat bila saya rajin.
kadang-kadang abang suka puji masakan saya.
tapi saya orang paling beruntung bila abang rajin
dan saya adalah orang gembira bila abang makan masakan saya.

Mungkin abang tak perasan,
abang selalu membaca Qur'an bila saya sedih
& selalu mengingatkan saya untuk membaca Al Qur'an
abang tak pernah mengganggu & menghalang saya
dan selalu mendekatkan cinta saya dengan nabi & Allah.

Mungkin abang tak perasan
abang selalu berkongsi rahsia & impian abang
kadang-kadang ketakutan abang.
InsyaAllah saya akan menjadi isteri abang & kawan baik abang,
comforter abang, recharge abang & wiper air mata abang.

Mungkin abang tak perasan
abang tetap panggil saya comel
walaupun masa tu saya paling comot di dunia.
abang tetap jadi Wiper air mata saya
walaupun abang tahu saya suka menagis.

My dear Abang..
I hope you know I’ll always need you
This girl will love you more than all her barang-barang dapurnya.
i love you more every day...
Thank you for bringing love into my love...

My abang.. My Encik Ninja.. My Imam..
in this life & the next.

♥ u soo much!!

tata.

With The Greatest Love~
- cik meeko.
(saya masih ingin gunakan nick ini)

08 March 2011

~It's Real Love

سم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

saya tak nak cakap banyak hari ni.
jUm tengok video ni.
Speechless!



Tabik "spring" 23 ganda dengan mamat ni.

~Untuk En Ninja
The best part of me was always you.

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko