15 June 2012

~Plan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

mode : sedang menunggu En Ninja menjemput di office.

Agenda hujung minggu ini tersusun rapi.
Dalam kepala otak ni macam2 nak buat.

Plan pertama
nak update kebun kami. Dah lama tak berkebun. (Bukan saya yang berkebun pun.. En Ninja yang Rajin)... sambil-sambil tu nak minta tolong En Ninja ajarkan cara nak kawenkan pokok bunga.


Teringin nak buat macam ni.


Plan kedua.
macam biasa. rutin hujung minggu. Mengemas rumah. tapi lately bila siap menyapu. saya selalu sakit pingang. Nampak sangat dah lama tak excercise.

Plan Ketiga.
Nak melawat Nur Amani. Kawan baik saya baru bersalin. Dah seminggu baru nak gi menjenguk si comel tu... Tahniah Yana. Semoga nur Amani menjadi anak yang solehah.

Plan Keempat.
Buat cookies. macam dah lama sangat tak buat cookies untuk en Ninja. Dulu sebelum kawen.. rajin je cik meeko buat cookies untuk en Ninja.

alamak.. en ninja dah sampai.. tak sempat nak update next agenda. nanti saya update ya!.

~Untuk En Ninja
Jom tengok wayang. :P

tata.

With The Greatest Love~
-chenta hati En Ninja.

No comments: