السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sorry. Saya terpaksa memilih
tempat ini untuk meluahkan rasa hati saya. Rutin pejabat menyebabkan “semangat”
saya menghilang. Tak tahu kemana. Tak tahu siapa yang bawa pergi ‘semangat” itu.
Mungkin dek kerana ‘kesibukan’. Ataupun mungkin kerana.... hmmmmm.
Setahun setengah yang lalu, saya
diamanahkan untuk memberi khidmat di tempat sekarang ini. Macam-macam benda
yang saya mengadap. Semuanya benda baru. Karenah baru. Politik baru. Suasana
yang sentiasa baru. Dan paling baru yang saya belajar. Lebih banyak
bersabar.(adooiya)
Yes!.Bersabar. Mental kena kuat. Kalau
tak, tak mungkin saya dapat bertahan (Saya beruntung En Ninja sentiasa ada
untuk saya) . Sejak akhir-akhir ini politik semakin hebat dicanang-canangkan
disini. Kalah musim pilihanraya. Masing-masing ada agenda tersendiri. Buruk
niatnya. Baik niatnya.. itu saya tidak tahu. Semuanya ada “udang disebalik batu”.
Lemas!
Cuba ingatkan diri saya.
Berbalik pada hari pertama saya mula bekerja di sini. Ada yang bertanya apa
prinsip kerja saya. Ikhlas. Itulah saya pegang sampai sekarang. Tapi sejak
akhir-akhir ini ‘ikhlas’ itu menghilang. Dan saya sedang berusaha mendapatkan
ia balik.
Doa dan harapan saya, jangan
kiranya ada orang sekeliling yang berkecil hati dan marah dengan kelemahan dan
kesalahan saya. Bak lagu Rohana Jalil..”aku insan yang lemah. Hanya mampu
berserah”. dan saya benar-benar berserah dan mengharapkan Allah memberikan kekuatan kasih
sayang, iman, ilmu, kesihatan, keberkatan, keselamatan untuk saya lebih banyak “memberi”.
Mudah-mudahan Allah memberi
pelindungan dari keluh kesah dan dukacita, sikap kelemahan dan kemalasan dan
daripada sifat ketakutan sehingga saya cukup “berani” menghadapi.
~Untuk En Ninja
Needing u abang!
tata.
With The Greatest Love~
-chenta hati En Ninja.
No comments:
Post a Comment