21 May 2012

~Hari ini tentang Donut

سم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Donat..
kau ingat tak ..
masa ko terbongkok-bongkok sakit perut nak muntah..
kononnya aku nak selamatkan ko.. tapi aku yang muntah kat belakang.
(sampai bila-bila aku tak boleh lupa peristiwa tu)

Donat..
kau ingat tak ..
masa kita jatuh motor plus motor hempap aku
tapi ko selamatkan motor dulu dari selamatkan aku.
kata ko. takut motor terbakar.. yelah tu kawan.

Donat..
kau ingat tak ..
masa exam ko jatuh pengsan...
glamour sekejap geng kita. disebabkan ko pengsan

Donat..
kau ingat tak ..
kitaorang pinjam duit ko.. buat belanja jalan2 kat langkawi.
masa tu ko jadi "orang kaya " dapat duit terpijak.
heaven.

Donat..
kau ingat tak ..
kita gaduh.. sampaikan aku tak dapat tengok Shepia (Last episode)
sampai sekarang aku tak tahu apa endingnya cete tu.

Donat..
kau ingat tak ..
kau curi-curi rakam masa aku tido.
kononnya ko nak tunjukkan bukti dalam tido aku suka makan.
cet!.

Donat..
kau ingat tak ..
aku tak dapat attend "BIG DAY" ko....
tiap kali jumpa ko mesti ungkit.. huhuuhu sedih..

Sampai sekarang aku masih terasa.
rasa macam semalam benda-benda tu belaku.
rasa macam semalam aku dapat jadi kawan ko.
anyway aku harap..
jauh macammana pun ko dengan aku..
aku tetap nak kawan dengan ko.
lama macam mana pun tak bertanya khabar.
u still in my mind.
dan aku nak ko tahu..
i love u too three four.


Untuk Puan Nur Diyana Zulkifli.
Selamat Hari Jadi.
Semoga menjadi isteri. anak.cikgu.ibu yang diredhaiNYA
Semoga segala impian + doa doa selama ini termakbul.
Dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baik.
Dilimpahkan kebahagian yang berkekalan.
amen-amen ya Rabbalalamin..

With The Greatest Love~
-Cik Meeko.

3 comments:

NettoAsh said...

Meeko..i like this poem.
buat org tegelak je depan pc ni
Hehehhehe

Diyana said...

meekooooooooo...timeseh...ilebiu muah muah muah.*baru sempat baca weh.huhu

cik me3ko said...

i leb u too three four.. (dah lama tak menyebutnya kat ko)