Daisypath Anniversary tickers

22 June 2012

Muadzzin Ar-Rasul.

سم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Curirculum Vitae Muadzzin Ar-Rasul.

Nama : Bilal Bin Rabah
Gelaran :  Muadzzin Ar-Rasul.
Tarikh lahir : 43 tahun sebelum hijrah
Nama Ayah : Rabah
Nama Ibu : Hammamah (Seorang hamba berkulit hitam)
Sifat Terpuji : Sabar dalam pelbagai dugaan. Taat & Setia pada Rasul.
Pekerjaan : Tukang Azan

Pengalaman Dalam Kerjaya:
Bilal bin Rabah dilantik sebagai tukang azan Rasul s.a.w. Laungan azannya akan bergema 5 kali sehari di seluruh penjuru kota Mekah dan Madinah malah melepasi langit 7 sehingga di Arasyh Rabbul Jalil. Seluruh para malaikat di langit menantikan suara Bilal melaungkan azan setiap hari .

Pernah suatu hari, terdapat seorang pemuda menawarkan diri untuk melaungkan azannya di waktu subuh dan dibenarkan oleh Rasululalh s.a.w. Ketika pemuda itu melaungkan azannya, berduyun-duyun jemaah membanjiri solat subuh. Paginya, malaikat turun ke bumi dan bertanya kepada Rasulullah s.a.w " Mengapa tidak solat subuh pagi tadi?" .. Rasulullah menjawab, berduyun jemaah bersolat jemaah pagi tadi kerana dek laungan azan dari pada pemuda itu mengantikan bilal. "Mengapa kami di langit tidak dengar azan seperti selalu"- Jawab Malaikat. Malangnya azan laungan tidak bergema di langit seperti selalu kerana suara azan yang dilaungkan oleh pemuda itu tidak ikhlas .

Sejak itu, sehingga akhir hayat Rasulullah s.a.w , Bilal menjadi tukang azan. Ketika Baginda wafat dan waktu solat,  Bilal  berdiri untuk melaungkan azan sedangkan ketika itu jasad Nabi SAW masih lagi berbalut dan belum dikebumikan. Apabila sampai pada ungkapan أشهد أن محمدا رسول الله , suaranya tersekat-sekat, sebak di dadanya berombak-ombak menyebabkan semua umat Islam yang ada ketika itu turut menitiskan air mata dan mereka tenggelam dalam kesedihan yang amat sangat.
Bilal bin Rabah hanya melaungkan azan selama tiga hari sahaja selepas kewafatan Rasulullah s.a.w kerana setiap kali tiba pada kalimah أشهد أن محمدا رسول الله dia akan menangis dan terus menangis. Oleh sebab itu, beliau telah meminta kebenaran daripada Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq agar tidak lagi melaungkan azan kerana tidak sanggup lagi menahan kesedihan. Bukan dia tidak mahu, tetapi beliau tidak mampu.

~Untuk En Ninja
Bila saya tanya en Ninja.. nak jadi tukang azan tak?..
Jawapannya : Tak Nak. Nanti saya Nagis.
Ayooo. Sensetip sama je dengan Bilal.

tata.

With The Greatest Love~
-chenta hati En Ninja.

No comments: