Daisypath Anniversary tickers

24 June 2010

~Akan rindu Ta'azim MU...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sedar tak sedar... masa belalu begitu pantas sekali.Pantas sehingga saya tak sedar.. bulan ni.. bulan rejab.Bulan yang penuh keberkatan. (Ya Allah.. ampuni aku.. aku alpa dengan bulan MU YA ALLAH)..Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan dan kemulaian) kerana ALLAH S.W.T. akan melimpahkan rahmat dan kemurahan-NYA.

Rasullullah S.A.W pernah bersabda
Sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Rejab,maka Allah S.W.T menyeru kepada nya ."Telah wajib hakmu atas KU, mintalah oleh mu kepada ku. Demi ketinggian dan kebesaranKu, tidak akan AKU tolak hajatmu. engkau adalah jiran KU di bawah 'Arasy-ku. Engkau kekasih-Ku daripada semua mahluk-Ku. Engkau mulia disisiKu. Berbahagialah kamu, tiada hijab diantara Aku dan Engkau"

Pelbagai peristiwa besar Islam yang berlaku dalam bulan yang penuh ta'azim ini. Mengingatkan kita pada Peristiwa Isra' dan Mi'raj dimana Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Peristiwa Isra' dan Mi'raj diangkat tinggi darjatnya di mana Berpuasa sunat Rejab sehari pada 27 rejab (Peristiwa Isra' dan Mi'raj) di beri pahala seperti puasa 60 bulan. Jika disertai dengan ibadat bersedekah, diberi pahala seperti berpuasa seribu tahun ... Ya Allah besarnya rahmatMu ....

Ibadat puasa sunat pada bulan Rejab ini akan bertambah lipat-ganda ganjaran pahalanya jika dikerjakan pula solat-solat sunat pada malam dan siangnya. Solat-solat sunat ini termasuklah solat sunat bulan rejab dan solat sunat yang lain seperti tahajjud, Tasbih, Hajat, Isyraq, Dhuha, Taubat dan lain-lain.

Mereka yang mengerjakan ibadat Puasa sunat Rejab pada Khamis, diikuti mengerjakan solat rejab 12 rakaat (6 salam) pada malamnya (malam jumaat) selepas fardu Magrib,maka akan diampunkan dosa-dosanya dan dilipatgandakan ganjaran pahalanya.
Amalan solat itu di lakukan dengan

1. Selepas Fatihah Rakaat pertama, baca Surah Al-Qadr 3 kali
2. Selepas Fatihah Rakaat kedua, baca surah Al-ikhlas 12 kali.
3. Selepas salam, berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W 70 kali
4. Diikuti sujud pertama dengan berdoa
"Tuhanku ampunilah aku dan rahmatilah aku, dan hindarilah dari apa jua keburukan yang ENGKAU ketahui"
4. Bangun dari sujud dan ikuti sujud kedua dengan beroda mengikut hajat yang baik. (InsyaAllah akan dimakbulkan)..

Subhanallah.. besarnya Rahmat Mu.. Agungnya Cinta Mu...

jom sama-sama meriahkan bulan yang penuh ta'azim ini..

Untuk En Ninja
Syukur... betapa 'nikmatnya Ujian NYA kepada kita.
mendapat nikmat yang kadang2 orang lain tak dapat. Alhamdulilah.
Syukur.. ada kamu di situ.


tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

No comments: