Daisypath Anniversary tickers

16 April 2010

~Mak Lang ... Memberi BUkan untuk Menerima

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Jumaat..=)
Pagi ni.. saya nk kongsi satu kisah..
dari~~ "satu rasa dua hati"..
(amik kesempatan kepada penulis "satu rasa dua hati"...untuk kongsi kisah ini supaya boleh dijadikan pegangan dalam kehidupan~ Thanks!)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Mak Lang ada gaduh-gaduh tak dengan Pak Lang?" tanya saya.
"Eh, kau ni.. Pak Lang kau tu panas juga orangnya. Ada la gaduh, tapi tak selalu.."
"kalo gaduh, Mak Lang buat apa?"
" Pak Lang kau tu cepat reda, datang le dia memujuk."
"Wah romantik juga ya. Apa kata-kata pujukan Pak Lang?" usik saya.
"Dia tak cakap apa-apa. Dia tengok apa Mak Lang buat, dia tolong. Itu Mak Lang tahulah.. dia pujuk.. Atau tiba-tiba dia pergi kedai, beli bahan masakan kegemaran Mak Lang...Kemudian dia kata, jom masak sama-sama".
"Apa kau tanya-tanya ni.. Mak Lang bukan pandai sangat.Orang kampung biasa. Kau tu kan belajar tinggi"
"Taklah Mak Lang, saya cuma nk dengar kisah-kisah Mak Lang. Dulu masa ada Pak Lang, takut saya. Dia tu garang orangnya." akui saya terang-terang.
"Garang-garang pun dah suami kita. Mak Lang tak harap apa-apa masa mula dijodohkan dengan Pak Lang Kamu..."
"Maksud Mak Lang?"
" Mak Lang tak pernah bayangkan suami Mak Lang mesti begini, begitu.. Hati Mak Lang terima bulat Pak Lang kamu sejak diakad nikah. Yang Mak Lang fikir, macam mana Mak Lang perlu buat bila dah kahwin nanti...Kena masak, kena jaga rumah.. kene layan suami, kena didik anak. Mak Lang sedia itu sahaja. Mak Lang fikir singkat saja. Tak pandai pasang angan-angan"

Singkat tapi tepat. Mudah tapi berhikmah. Mak Lang mungkin tidak mengtahui falsafah ilmu rumah tanggga. Tetapi, hati, perlakuan dan kata-katanya menepati ilmu yang dihuraikan oleh buku-buku besar ahli falsafah. Ilmu itu pada tindakan.

"Mak Lang belajar urut-urut tak?"
"Manalah ada ."
"Habis... kata Pak Lang dulu Mak Lang pandai mengurut?"
"Gurau dia sahaja tu. Asalnya begini, dia jatuh sewaktu bekerja di kebun. Terhincut-hincur dia balik ke rumah. Tak sampai hati Mak Lang tengok, lalu Mak Lang urut. Ikut sedap tangan je. Baik pula. Sejak tu, apa-apa sakit, dia cari Mak Lang."
"Mak Lang tahu cakar harimau?"
"Apa tu?".
"Eh, tak ada le. Apa petua Mak Lang dalam urut-mengurut ni?"
" Urut dengan hati kita.. kene sayang, kesian, kasihkan dia. bukan sekadar nak ambil hati".
"kerana nak beri kasih sayang, bukan nk dapat kasih sayang?" tanya saya.
"Kau lebih pandai. Mak Lang tak pandai cakap-cakap macam tu."
"Apa yang Mak Lang rasa hilang sangat bila ditinggalkan Pak Lang?"

Dia diam tiba-tiba. Mak Lang memang 'relaks'.Tak pernah saya lihat dia menangis. Sewaktu Pak lang meninggal dunia dulu pun, dia macam biasa. Berdoa. baca al-Quran dan membantu menyelenggarakan urusan-urusan penyempurnaan jenazah...

"Sembang-sembang Pak Lang kamu." katanya pendek,
"sembang-sembang saja?" ujar saya hairan.
"Ya, sembang-sembang pak lang kamu adalah penawar hati Mak Lang. Sambil sembang dia memujuk, memberi ilmu, sampaikan panduan. Pandai dia bercerita. Tapi ada makna. Kekadang penuh gurauan, dia tahu Mak Lang tengah sedih... "
"Bila Pak Lang suka sembang?"

"Bila ada kesempatan. Kadang-kadang sambil kami lipat baju. Masa anak-anak kecil dulu, kami bersembang sewaktu Mak Lang membuai anak.. dia lipat kain. Sekali-sekala sewaktu memasak, kalau dia tak ke kebun. Tapi paling dia tidak pernah tinggalkan ialah sembang malam. sembang-sembang menjelang tidur"...

saya senyum. Dengan pemikiran yang 'simple', bahasa dan istilah yang mudah. Mak Lang berkisah - praktik imlu-ilmu motivasi terkini. Yang ditulis dalam pelbagai buku yang mahal dan tebal-tebal. Tapi Mak Lang dan Pak Lang hanya 'orang kampung', mereka hanya 'menulis' dalam kehidupan. 'Berceramah' dengan amalan harian.

" apa falsafah hidup Mak Lang?"

"Mak Lang tak pandai.. Mak Lang hanya buat apa yang Mak Lang patut buat. Rasanya Pak Lang pun begitu juga. Rasa kami sama, sebab selalu bersama.."
"Tapi ada orang selalu bersama, tapi rasa mereka tetap tak sama.. kenapa Mak Lang?"
"Tak tahulah pula. Tapi Mak Lang dulu selalu buat macam ni.. Mak Lang selalu fikir apa yang Pak Lang rasa, bukan yang Mak Lang rasa. Kalau keadaan macam ni, macam mana Pak Lang buat. Kalau macam tu, macam mana pula Pak Lang bertindak. Entahlah, akhirnya, Mak Lang rasa dalam diri Mak Lang, Mak Lang tak ada.... yang ada cuma Pak Lang"...

Wah, ini lebih tinggi daripada prinsip 7 habits, Steven Covey - seek to understand than to be understood.

"Pak Lang rasa macam tu juga ke? Yang ada hanya Mak Lang?"..
"Sekali-sekala datang juga pertanyaan macam tu. tapi Mak Lang tepis cepat-cepat. Kita buat apa yang patut kita buat. Isteri kene sayang suami tanpa harap balasan dan sebarang alasan"...

ini lebih hebat, prinsip teras dalam cinta rumah tangga - Unconditional LOve.

saya renung buat kesekian kalinya pusara Mak Lang. Sudah lama saya tidak ziarah untuk mengambil ibrah. Namun setelah saya berumah tangga kini, terbayang satu-persatu kata-kata bersahajanya. Mereka bukan wira yang perlukan tugu kenangan. Atau negarawan besar yang perlu diberi pangkat dan gelaran. Mereka hanya manusia biasa, yang menjadi 'luar biasa' dengan sikap biasanya - jujur, telus dan tulus. Memberi bukan untuk menerima!...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hmmmm..
nk jadi macma mak Lang la~...

untuk en ninja~
i swear i never meant for this.
it was an honest mistake,
and YOU are my favourite mistake.


tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko-

No comments: