14 May 2010

~Mata, Hati & Mata Hati

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

saya nak kongsi satu cerita yang terkesan dalam hidup saya.
bukan cerita saya. cerita untuk kita renung bersama.

*********************************************************************************

Keretapi itu baru hendak memulakan perjalanan dari stesen membawa penumpang yang berbagai ragam. Seorang lelaki tua bersama anak lelaki yang berumur 25 tahun duduk bersebelahan.

Anak lelaki yang duduk dekat tingkap kelihatan sangat teruja dan seronok ketika keretapi mula bergerak. Dia mengeluarkan tangan dari tingkap sambil menikmati tiupan sambil menikmati tiupan angin di tangannya.

Tiba-tiba dia menjerit kegirangan dan berkata dengan ayahnya ".. Ayah!... tengok semua pokok-pokok tu dah ketinggalan keretapi." Si ayah tersenyum. Dia kelihatan sangat terhibur dengan keseronokan anak lelakinya yang berusia 25 tahun itu.

Berdekatan dengan mereka ada pasangan muda yang memerhati galagat dua beranak tersebut. Mereka tidak dapat menyembunyikan perasaan pelik melihat gelagat pemuda 25 tahun yang berperangai kanak-kanak. Mata mereka tidak berkedip dan dahi berkerut memerhati perangainya. Mereka sekali lagi tergangu bila pemuda tadi terus menjerit-jerit keseronokan. " Ayah! tengok tu, Ada Tasik. Haiwan pun banyak kat situ, Awan tu ikut keretapi ni.. ha ha ha.."

"Memalukan sungguh seorang dewasa berperangai seperti budak kecil". Getus hati kedua pasangan muda yang sejak awal tidak selesa dengan perangai pelik pemuda itu.
Hujan mula turun. Titis-titis hujan membasahi tangan si anak. Dia menjerit-jerit keseronokan. " Ayaah!..Hujan turun .. air hujan kene tangan saya.. Sejuk.! seronoknya..

Pasangan muda tadi tidak tertahan lalu mencuit si ayah yang nampaknya tidak kisah pun dengan perangai anaknya yang pelik, malah kelihatan sangat terhibur. Dibisikkan kepada ayahnya ...

"Kenapa tak bawa anak pakcik jumpa doktor untuk rawatan...?"
"Kami dari hospital la ni. Anak saya baru menjalani rawatan. Sejak Lahir, hari ini adalah hari pertama dia dapat melihat " .. jawab ayah nya dengan tenang.............
(sumber - majalah nur)...
**********************************************************************************
haaaa siapa yang perlukan rawatan sebenarnya. Pasangan muda tersebut atau pemuda yang baru dapat melihat itu.....?Bila terbaca kisah ini.. saya ingatkan diri sendiri. Jangan cuba menghukum sesuatu yang kita nampak sebab mata hanya mampu melihat apa yang tersurat. Tapi hati dapat merasa apa yang tersirat. Pandang dengan mata hati... bukan dengan MATA semata-mata.

Mata lahir yang celik bukan syarat untuk mata hati yang celik. Begitu juga, mata lahir yang buta memungkinkan hati yang lebih celik.

Untuk en Ninja
Kamu mataair saya~ lalallalala

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko-

1 comment:

Diyana Zulkifli said...

hmm,aku guna cermin mata untuk melihat..^^hehe