07 July 2010

~ Chef En Ninja

سم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam . tiba-tiba mood masak saya muncul.
Balik kerja, terus berderummmm gi kedai runcit..(malas nak gi carefour.. nanti mata meliar nk shopping benda lain). saya berkira-kira nak masak apa malam ni.

Situasi di kedai runcit.
amik santan (konon nk masak lemak).. letak balik santan.
amik ikan (konon nk masak 3 rasa ) .. letak balik ikan.
amik cili (konon nk masak sambal) letak balik cili.
tuptup saya beli barang-barang nak masak kek coklat..
n bahan-bahan cucur kentang.

Situasi di rumah...
Operasi memasak dimulakan agak lewat.. Jam 9.30 malam. saya sediakan bahan-bahan nak masak kek coklat dulu.
Bahan-Bahan Kek Coklat
1. 1 cawan tepung gandum *(guna cap yang ada gambar sauh tu)
2. 1 cawan serbuk koko *(saya guna cap van hauten)
3. 1 cawan gula halus *(saya guna gula castor)
4. 1 cawan susu pekat (cap kesukaan ramai - F&N)
5. 1 cawan minyak masak/sayur/jagung
6. 1 cawan air panas
7. 2 biji telur
8. satu teh serbuk bikarbonat
9. satu teh esen vanila
10. satu sudu serbuk nescafe (wangi)
Pesanan saya :- Cawan yang digunakan untuk sukatan mesti sama dengan sukatan bahan2.

sambil-sambil menjengah resepi.. kejap kejap tengok resepi.. Takut tersilap buat. saya mulakan operasi memasak saya.

1. Ayak bahan2 yang berasaskan serbuk.
2. Pukul telur sehingga kembang .
3. campurkan semua bahan2 kek coklat dan kacau sehingga sebati.
4. masukkan air panas dan kacau sekali lagi sehingga sebati.
5. Masukkan dalam bekas. Then bakar selama 1 jam 170 panasnye..

sambil-sambil menunggu kek dibakar siap.. saya siapkan Bahan-bahan cucur kentang.. ..
Bahan-Bahan Cucur Kentang
1. fries yang dibeli di kedai runcit
2. tepung gandung (en ninja selalu gelakkan saya bila nk saya nk menyebut tepung ni)
3. telur
4. bawang
5. garam secukup rasa

cara-cara nak buat:....
gaul semua nyaaaaa.. then masukkan dalam peti sejuk semalaman... esok dah boleh goreng dan hidangkan pada orang tersayang.

senang je kalo nak masak .. kalo rajin dan ada sokongan.. lagi-lagi kalau ada orang suka makan masakan kita. yang penting kesungguhan. harap-harap mood rajin saya makin menjadi-jadi..boleh jadi tukang masak en ninja ameen.

Untuk En Ninja
saya nak belajar jadi Chef Terbaik dalam hidup kamu.

tata.

With The Greatest Love~
-cik meeko

2 comments:

limaedua said...

bestnye ikang tiga rasa cik meeko..ditambah2 ada telur bungkus yg pekat, banyak, puas nak makan..ingat dolu2 proses membalikkan telur bungkus tu dalam kuali..sooo memorable :D

cik me3ko said...

huhuhu..
besh besh zaman tu. teringat semua kene buat masing2 nye keje.. izan ngan periuk nasinya.. ani ngan pisau potong sayurnya.. zen ngan tukang basuh ayamnye.. akak ngan senduk nya.. ehehehe.. besh besh.