Daisypath Anniversary tickers

02 February 2012

~Mission complete!.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tup tup dah masuk Februari 2012. Sekejapnya. Semalam sempena cuti Hari Wilayah ("Happy Birthday Kuala Lumpur!)... agenda kami tersusun panjang. Hari saya dimulakan dengan masak bubur untuk bekfast kami sekeluarga.lebih kurang jam 9 pagi.. bergegas kami ke Public gold. Mengutip hasil untuk dijadikan koleksi simpanan. Nasib baik tak menunggu lama.

Selesai misi kami di lubuk emas'... terus kami memecut ke Tabung Haji Kelana Jaya. Tersasar sikit sebab en Ninja teruja sehingga termasuk awal simpang ke Tabung Haji. Alhamdulillah urusan di Tabung Haji selesai awal sebab que pendek untuk urusan haji walaupun nampak sesak di kaunter. (rupa-rupanya yang sesak itu disebab urusan keluar masuk duit di tabung haji).

Misi urusan haji Complete. next agenda ialah to renew roadtax pak Unggu. sangat mencabar agenda kali ni. mula-mula sampai di seksyen 14, tercari-cari parking. pusing dah dua tiga kali. tapi masih tak jumpa. akhirnya kami parking kereta agak jauh dari tempat lokasi. terpaksa menapak ke lokasi. tapi disebabkan dah lapar sangat.. singgah sekejap 'charge batery'.Seperti mendapat tenaga baru, kami meneruskan misi kami.. renew roadtax di Pos Office. Tapi disebabkan miss communication, kami diberitahu perlu ke kedai motor untuk renew roadtax. Di Kedai motor after checking, kedai motor tak menawarkan service renew roadtax kete kami. Kami ke pejabat Pos semula. akhirnya selesai. Alhamdulilah. tapi dah exhausted dah masa tu.

Selesai urusan di pejabat pos. kami bekejar ke Masjid Bulat. Selesaikan kewajipan kami. Solat Zohor. The next agenda. Bank Rakyat. Ting Ting!.kami menabung untuk masa depan kami .alhamdulillah rejeki nak menyimpan pun ada ... orang dulu kala ada pesan.. "sikit-sikit lama lama jadi bukit".

Then.. nak jadikan cerita. pak unggu merajuk.. Allah nak uji kami ni.bergegas kami ke Bengkel Uncle'. Encik Ninja suka sangat dengan bengkel uncle ni. Uncle yang berpengalaman katanya.. mana taknya pengalaman uncle ni.. dengan Enjin kereta pun dah tahu apa rosaknya. hebat!. dekat 3 jam juga kami berkampung di bengkel uncle.Disebabkan water Pump yang dah rosak. alhamdulillah selesai misi pak unggu di bengkel Uncle.berhabis juga hampir RM 400 ++.. tapi puas hati. TQ uncle and The Team!

Selesai di Bengkel.. Jam dah menunjukkan hampir Jam 7 malam.. Alamak Asar!. Bergegas kami gerak mencari2 surau. Alhamdulilah Allah mudahkan urusan kami.. Singgah solat di RnR Tol LDP. Selesai solat..kami bergegas ke Columbia Asia Hospital disebabkan berjanji untuk appointment Jam 7.30.

Sampai di Columbia Asia..selepas register.. jam dah menunjukkan pukul 7.45 malam. alamak . Magrib!. Kebetulan masa tu Doc ada patient lain. Alhamdulillah Allah mudahkan perjalanan kami lagi. Siap pesan dengan nurse tu lagi. .. "Kalo Dr Dah selesai.. Tunggu sekejap ye. kami nak Solat magrib". Lega hati bila sempat solat magrib. Then terus next agenda. See Doctor. Allhamdulillah Mission Complete for Today. Walaupun tak sempat nk ke jalan TAr.. kononnya nak cari baju raya tahun ni. (excited tak?!- kononnya perancangan yang mempunyai kos efektif dan berkesan..cet! konon!)

Ok. Balik pada cerita asal. selesai sudah urusan di Columbia Asia, kami bergegas ke Putrajaya.niat nak tido umah kak Lia (kakak ipar saya) . meneman kak lia sementaranya husbandnya outstation. Singgah makan Sate. Sampai di Putrajaya. Main-main dengan anak buah En Ninja. Nabiha. sangat bijak.Then Mandi. Solat isyak. Main-main dengan Biha lagi. Then... Tido dengan penuh keletihan. Tapi Allhamdulillah Allah Permudahkan urusan kami hari ini.

~Untuk En Ninja
Baju raya tahun ni warna Hijau ek!.

tata.

With The Greatest Love~
-chenta hati en Ninja.

2 comments:

NettoAsh said...

miza pi columbia consult dengan doc raja juhaidah ke? nice kan doc tu..

cik me3ko said...

tak la.. bukan jumpa dr Raja.