السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Mungkin selama ini kita tak tahu. Mungkin selama ini kita tak sedar.
ada beberapa peristiwa aneh berlaku sebelum kewafatan Rasulullah s.a.w.
(sumber: solusi No 38)
Ada lapan peristiwa aneh sebelum kewafatan Rasulullah s.a.w:-
~1. Rasulullah Mengajar Cara Solat Jenazah
Peristiwa berlaku ketika Baginda berada di rumah Aisyah r.a, Baginda memanggil para sahabat supaya berkumpul dan Baginda memesan sesuatu serta mengajar cara mengkafankan jenazahnya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Selamat datang kamu semua, semoga Allah s.w.t mengasihi kamu semua. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua telah dekat, dan dekat pula saat kembalinya hamba kepada Allah s.w.t. Kalau telah sampai ajalku, maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah Bin Zaid hendaklah menolong kedua-duanya."
"Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri, atau kafanilah aku dengan kain Yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, hendaklah kamu meletakkan aku di atas balai tempat tidurku di dalam rumah ini. Kemudian, kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku"
"Pertama yang akan berselawat atas aku ialah Allah s.w.t, kemudian yang akan solatkan aku ialah Jibrail a.s, kemudian diikuti malaikat israfil a.s, malaikat mikail a.s dan yang terakhir malaikat izrail a.s berserta para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk bergantian secara kelompok untuk solat atasku"
~2. Pesanan Terakhir Kepada Para Sahabat
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang bemar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kamu semua 'dua penasihat' yang satu daripadanya pandai berbicara dan satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada persoalan yang rumit timbul antara kamu, hendaklah kamu kembali kepada al Quran dan hadisku. Sekiranya hati kamu keras, maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran daripada mati"
~3. Rasulullah meminta Abu Bakar menjadi Imam
Semasa Baginda s.a.w sakit, telah menyuruh Abu bakar untuk mengimani jemaah menggantikan tempatnya. Pada mulanya Abu Bakar menyatakan kurang senang dengan suruhan itu dan Aisyah menerangkan Baginda tidak sihat, mudah jatuh sakit dan suaranya lemah.
Semasa Abu Bakar menjadi iman, beliau membaca ayat-ayat al Quran, beliau cepat beremosi, mengenang dan mencurah-curah air matanya. Abu Bakar menjadi imam sebanyak 17 kali semasa Rasulullah s.a.w sakit kali terakhir.
~4. Rasulullah Dipapah ke Masjid
Semasa Baginda s.a.w sakit teruk, Rasulullah s.a.w memanggil Ali dan Fadl bin Abbas, Rasulullah bersandar kepada mereka berdua dab terus dipapah pergi ke Masjid bersolat subuh berjemaah.
~5. Pemergiannya Sengaja Dibayang-bayangkan
Semasa Baginda menyampaikan perutusan di Gunung Arafah semasa mengerjakan Haji Wada', Baginda berkata bahawa mereka tidak akan berjumpa lagi selepas tahun itu.Semasa menyempurnakan pengebumian pejuang yang gugur di peperangan Uhud, Baginda telah membaca sural al-fatihah dan Talkin. Dalam talkin itu, baginda telah berkata yang bermaksud " Saya akan mengikuti saudara tidak lama lagi".
Di Jaunt al-Banuqui, Baginda secara terang-terangan menyatakan masa baginya semakin dekat.
~6. Sakit yang membawa maut
Ketika baginda semakin tenat, baginda bersabda yang bermaksud " Setelah aku mati, jangan sekali-sekali aku dipuja dan jangan sekali-sekali perkuburanku dijadikan satu tempat pemujaan dan penyembahan".
Semasa Rasulullah berbaring tidak sedarkan diri, baginda didatangi seorang muslim pulang daripada Abyssinia dan membawa ubat. Lalu Sayidina Ali mengambil ubat tersebut dan memasukkan sedikit ke dalam mulit Baginda. Setelah Rasulullah s.a.w sedar, baginda menyatakan baginda tidak suka diberikan ubat tanpa izin baginda. Sebagai hukuman, semua yang hadir minum sedikit ubat tersebut.
~7. Khutbah Rasulullah Semasa baginda sakit
"Sesungguhnya sudah dekat pemergianku daripada kamu semua, siapa yang pernah aku rotan belakangnya, ini belakangku, Sila balas kepadaku, Sesiapa yang pernah aku hina, ini diriku. Silalah dia membalasnya. Siapa yang pernah aku ambil hartanya,ini hartaku. Silalah dia ambil kembali dan janganlah takut kemarahan daripadaku kerana itu bukan akhlakku. Sesungguhnya orang yang paling aku sukai dalam kalangan kamu ialah orang yang mengambil haknya daripada aku sekiranya dia mempunyai hak itu".
Mendengar ucapan itu, Abu Bakar menangis teresak-esak.
~8. Pesanan Akhir, Ciuman Akhir.
Baginda berkata pada Fatimah " aku aakan pergi sebentar lagi. Engkaulah ahli keluarga yang pertama menemui aku di syurga". Rasulullah wafat dalam pangkuan Sayiditina Aisyah pada sebelah petang hari isnin 1 Rabiulawal.
Insan yang paling pengasih pernah lahir di bumi ini.
4 comments:
sedihnya baca..
miss u kak rumie :)
miss u too adik.
Kalo nak baca full artikel.. cari solusi edisi 38.
akak baca pun..rasa sayu.
thanx rumi for the sharing...
sama2 yanie. Rasa rindunya ngan ko!.
Post a Comment