Daisypath Anniversary tickers

22 June 2012

Muadzzin Ar-Rasul.

سم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Curirculum Vitae Muadzzin Ar-Rasul.

Nama : Bilal Bin Rabah
Gelaran :  Muadzzin Ar-Rasul.
Tarikh lahir : 43 tahun sebelum hijrah
Nama Ayah : Rabah
Nama Ibu : Hammamah (Seorang hamba berkulit hitam)
Sifat Terpuji : Sabar dalam pelbagai dugaan. Taat & Setia pada Rasul.
Pekerjaan : Tukang Azan

Pengalaman Dalam Kerjaya:
Bilal bin Rabah dilantik sebagai tukang azan Rasul s.a.w. Laungan azannya akan bergema 5 kali sehari di seluruh penjuru kota Mekah dan Madinah malah melepasi langit 7 sehingga di Arasyh Rabbul Jalil. Seluruh para malaikat di langit menantikan suara Bilal melaungkan azan setiap hari .

Pernah suatu hari, terdapat seorang pemuda menawarkan diri untuk melaungkan azannya di waktu subuh dan dibenarkan oleh Rasululalh s.a.w. Ketika pemuda itu melaungkan azannya, berduyun-duyun jemaah membanjiri solat subuh. Paginya, malaikat turun ke bumi dan bertanya kepada Rasulullah s.a.w " Mengapa tidak solat subuh pagi tadi?" .. Rasulullah menjawab, berduyun jemaah bersolat jemaah pagi tadi kerana dek laungan azan dari pada pemuda itu mengantikan bilal. "Mengapa kami di langit tidak dengar azan seperti selalu"- Jawab Malaikat. Malangnya azan laungan tidak bergema di langit seperti selalu kerana suara azan yang dilaungkan oleh pemuda itu tidak ikhlas .

Sejak itu, sehingga akhir hayat Rasulullah s.a.w , Bilal menjadi tukang azan. Ketika Baginda wafat dan waktu solat,  Bilal  berdiri untuk melaungkan azan sedangkan ketika itu jasad Nabi SAW masih lagi berbalut dan belum dikebumikan. Apabila sampai pada ungkapan أشهد أن محمدا رسول الله , suaranya tersekat-sekat, sebak di dadanya berombak-ombak menyebabkan semua umat Islam yang ada ketika itu turut menitiskan air mata dan mereka tenggelam dalam kesedihan yang amat sangat.
Bilal bin Rabah hanya melaungkan azan selama tiga hari sahaja selepas kewafatan Rasulullah s.a.w kerana setiap kali tiba pada kalimah أشهد أن محمدا رسول الله dia akan menangis dan terus menangis. Oleh sebab itu, beliau telah meminta kebenaran daripada Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq agar tidak lagi melaungkan azan kerana tidak sanggup lagi menahan kesedihan. Bukan dia tidak mahu, tetapi beliau tidak mampu.

~Untuk En Ninja
Bila saya tanya en Ninja.. nak jadi tukang azan tak?..
Jawapannya : Tak Nak. Nanti saya Nagis.
Ayooo. Sensetip sama je dengan Bilal.

tata.

With The Greatest Love~
-chenta hati En Ninja.

15 June 2012

~Plan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

mode : sedang menunggu En Ninja menjemput di office.

Agenda hujung minggu ini tersusun rapi.
Dalam kepala otak ni macam2 nak buat.

Plan pertama
nak update kebun kami. Dah lama tak berkebun. (Bukan saya yang berkebun pun.. En Ninja yang Rajin)... sambil-sambil tu nak minta tolong En Ninja ajarkan cara nak kawenkan pokok bunga.


Teringin nak buat macam ni.


Plan kedua.
macam biasa. rutin hujung minggu. Mengemas rumah. tapi lately bila siap menyapu. saya selalu sakit pingang. Nampak sangat dah lama tak excercise.

Plan Ketiga.
Nak melawat Nur Amani. Kawan baik saya baru bersalin. Dah seminggu baru nak gi menjenguk si comel tu... Tahniah Yana. Semoga nur Amani menjadi anak yang solehah.

Plan Keempat.
Buat cookies. macam dah lama sangat tak buat cookies untuk en Ninja. Dulu sebelum kawen.. rajin je cik meeko buat cookies untuk en Ninja.

alamak.. en ninja dah sampai.. tak sempat nak update next agenda. nanti saya update ya!.

~Untuk En Ninja
Jom tengok wayang. :P

tata.

With The Greatest Love~
-chenta hati En Ninja.

~ Mengumpul kekuatan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sorry. Saya terpaksa memilih tempat ini untuk meluahkan rasa hati saya. Rutin pejabat menyebabkan “semangat” saya menghilang. Tak tahu kemana. Tak tahu siapa yang bawa pergi ‘semangat” itu. Mungkin dek kerana ‘kesibukan’. Ataupun mungkin kerana.... hmmmmm.

Setahun setengah yang lalu, saya diamanahkan untuk memberi khidmat di tempat sekarang ini. Macam-macam benda yang saya mengadap. Semuanya benda baru. Karenah baru. Politik baru. Suasana yang sentiasa baru. Dan paling baru yang saya belajar. Lebih banyak bersabar.(adooiya)

Yes!.Bersabar. Mental kena kuat. Kalau tak, tak mungkin saya dapat bertahan (Saya beruntung En Ninja sentiasa ada untuk saya) . Sejak akhir-akhir ini politik semakin hebat dicanang-canangkan disini. Kalah musim pilihanraya. Masing-masing ada agenda tersendiri. Buruk niatnya. Baik niatnya.. itu saya tidak tahu. Semuanya ada “udang disebalik batu”. Lemas!

Cuba ingatkan diri saya. Berbalik pada hari pertama saya mula bekerja di sini. Ada yang bertanya apa prinsip kerja saya. Ikhlas. Itulah saya pegang sampai sekarang. Tapi sejak akhir-akhir ini ‘ikhlas’ itu menghilang. Dan saya sedang berusaha mendapatkan ia balik.

Doa dan harapan saya, jangan kiranya ada orang sekeliling yang berkecil hati dan marah dengan kelemahan dan kesalahan saya. Bak lagu Rohana Jalil..”aku insan yang lemah. Hanya mampu berserah”. dan saya benar-benar berserah dan mengharapkan Allah memberikan kekuatan kasih sayang, iman, ilmu, kesihatan, keberkatan, keselamatan untuk saya lebih banyak “memberi”.

Mudah-mudahan Allah memberi pelindungan dari keluh kesah dan dukacita, sikap kelemahan dan kemalasan dan daripada sifat ketakutan sehingga saya cukup “berani” menghadapi.

~Untuk En Ninja
Needing u abang!

tata.

With The Greatest Love~
-chenta hati En Ninja.